Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 2, 2010

Kali ni teman sokong Kerajaan Malaysia!


Siapa kata teman asyik nak bantai je Kerajaan Malaysia?
Siapa kata teman asyik nak 'kondem' je kat UMNO?

Kali ni teman sokong idea/plan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kerja Raya..
Nak buat satu highway dari Sabak Bernam ke Utara ataupun Selatan..
Molek sangat la tu..
Kurangkan kesesakan traffik terutama di musim-musim perayaan..

Cuma.. jangan la mahal sangat tolnya!
Dan kalau Kerajaan mampu buat.. buatkan aje..
So, tak payahlah bagi swasta ataupun GLC..
kelak jadi la macam PLUS ni ha!!
sunsnake 02032010

Kerajaan buat kajian bina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua

01/03/2010 7:59pm

SEREMBAN 1 Mac – Kerajaan kini membuat kajian terperinci bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua bagi menyediakan laluan opsyen kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang sedia ada untuk ke destinasi mereka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kajian itu meliputi kadar trafik serta pekan yang boleh dilalui lebuh raya baru tersebut selain kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan setempat.

“Keperluan untuk membina lebuh raya ini sememangnya ada, namun kita harus menelitinya dengan lebih mendalam,” katanya selepas merasmikan persimpangan Setul dan Ampangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), di sini hari ini.

Untuk rekod, projek itu telah dirancang ketika kementerian tersebut dipegang oleh Datuk Seri S. Samy Vellu dan dijangka dibina dalam dua fasa iaitu fasa pertama menghubungkan Banting dan Sabak Bernam sebelum dihubungkan dengan Taiping dalam fasa kedua.

Mengulas perkara itu, Shaziman bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebuh raya tersebut hanya akan menghubungkan Sabak Bernam ke selatan tanah air jika kajian tersebut mendapati ia kurang sesuai untuk dihubungkan ke utara. – Bernama

0 comments: