Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 12, 2010

Sireh sepatutnya pulang ke Gagang..

Ini Sireh..
Ini Gagang
Ini Sireh dan Gagang


Dulu masa kecik..
Teman suke benor layan 'Pesta Pantun Piala Sirih Pulang Ke Gagang"
Dengan Pengacaranya Chuari Selamat... Memang best!
Usikan beliau dan gaya lenggok bahasanya disamping pembantunya yang selalunya cun bersanggol membantu memukul gong..

Selalunya Sekolah-sekolah belah Utara yang menonjol..
Salah sebuah sekolah yang famous rasanya Sekolah Menengah Changloon, Kedah!

errr.. ada lagi ke Pesta Pantun tu ye?
sunsnake 12022010

kemaskini 11:50 pg

Menurut laporan akhbar atas talian itu, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.

Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Beliau cuma turut ditemani bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim.

Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

kemaskini 11:20 pg

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak menyokong BN. - MKini

Kemaskini 11:00pg

Menurut MKini wartawan menunggu di Hotel Singahsana, Petaling Jaya di ibunegara untuk hadirike PC ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim.

Beliau dikatakan akan membuat satu pengumuman penting yang dipercayai berkaitan dengan pengumuman meletak jawatan.

PC itu dijadualkan akan diadakan pada jam 11 pagi.

MKini juga turut menyatakan selain Zahrain Hashim ahli parlimen PKR, Tan Tee Beng (Nibong Tebal, Penang), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru, Kedah) dan yang terbaru Wee Choo Keong (Wangsa Maju, Kuala Lumpur) turut ada di PC itu.

Berita terdahulu

Dato' Zahrain Masuk BN?

Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Dato’ Zahrain Hashim akan mengumumkan keluar dari PKR bersama-sama dengan dua atau tiga lagi Ahli Parlimen PKR untuk menyertai Barisan Nasional esok, 12 Februari 2010.

Menurut maklumat yang diterima, mereka sudah pun berada di Kuala Lumpur dan pengumuman keluar PKR itu akan dibuat disebuah hotel di ibu negara pagi esok.

Dari Umno dia datang… kepada Umno dia kembali.

Dari kami para penyokong Pakatan Rakyat, kami mengucapkan selamat berambus.

sumber - Perakexpress

0 comments: