Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Jalan 'Heroin Kotak Pak Arabku"...


Elok la pun.. lagipun apa asasnya nak lantik 'beliau' jadi Canselor...
Setakat terjumpa 'kotak hikmat' Pak Arab.. Ntah ye ntah idak!!

wakakaka!

Ramai lagi Profesional yang mampu & layak dilantik..
Cuma teman harap lantikan selepas ini bukan atas dasar politik..
bau-bau bacang dengan politik pun kalau buleh janganlaaa..

Idak, takyah sembang la lepas ni.... maluuu...

sunsnake 10022010

Exco: Rosmah tidak lagi dilantik canselor Unisel

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan.

sumber - malaysiakini

0 comments: