Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 8, 2010

Sah! Ini Semua Kerja Lim Guan Eng!!! Hidup Melayu!!!



"Hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah Malaysia!!"
Masih ingatkah kita dengan kata-kata keramat ini??

Errr.. ke DAP punca Johor bakal muflis??

Err.. ke Mazlan Aliman PAS punya kerja?

Atau Salahuddin Ayub diam-diam buat onar di negerinya sendiri??

Kah!kah!Kah! Simpati teman buat rakyat Johor Darul UMNO!

p/s: Teman dengor2 cite, cawangan PAS dan PKR makin banyak di Johor? ye ke?
sunsnake 08022010

Muflis 2012: PAS mohon Sultan Johor campurtangan
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis pada tahun 2012.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

"Dengan kata lain, jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.Sebagai perbandingan jumlah aset semasa negeri Johor adalah RM1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM1,025.89 juta,"katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Sehubungan itu PAS Johor akan mengadakan satu himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Johor, memohon baginda campur tangan dalam urus tadbir kewangan Johor Corporation (Jcorp) dan kerajaan negeri yang sedang mengalami krisis yang serius.

berita penuh

1 comments:

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi blog anda