Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 26, 2010

Pengarah LPKP pun terkena!


Hmmmm..
Nak kesian pun macam tak nak kesian..
Dan tak tau nak kesian kat sapa..
Kat Driver teksi tu pun kena kesian gak sebab kita semua tahu yang dia kena tanggung bayaran macam-macam.. sewa teksi laa.. apa laaa..

harap ada jalan keluar..
sunsnake 26022010

Pengerusi LPKP mangsa pemandu teksi

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique (gambar) tidak terkecuali menjadi mangsa pemandu teksi tidak bertanggungjawab sewaktu menggunakan perkhidmatan itu di ibu negara baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman itu, beliau berkata, kejadian berlaku sewaktu menaiki teksi dari KLCC menuju sebuah pusat membeli belah tidak jauh dari situ dengan dikenakan tambang RM20 tanpa menggunakan meter.

"Saya pun kena (mangsa pemandu teksi), bila saya keluar dari KLCC untuk dihantar ke The Mall, dia (pemandu teksi) kata dia nak naik tambang RM20. Bila saya tanya kenapa tak pakai meter, dia kata tak pakai meter kerana tak ada orang nak naik teksi dia untuk balik semula ke KLCC.

"Saya kena banyak kali dari KLCC ke The Mall, mereka kenakan tambang RM20 dan bila kita tanya pasal tambang, dia (pemandu teksi) kata kalau tak nak naik sudah, dan bila saya kata akan lapor kepada LPKP dan penguatkuasa lain, dia beri bermacam alasan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Surat Tawaran Kelulusan dan majlis Interaksi Bersama Persatuan dan Pengusaha Kenderaan Perdagangan Wilayah Timur di sini hari ini.

Halimah berkata, beliau kesal dengan tindakan pemandu teksi terbabit yang mengenakan tambang mahal kerana ia memberi imej negatif kepada para pelancong memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan pelancong asing.

Malah jelas beliau, pihaknya sering menerima aduan pelancong asing mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu teksi sebegitu.

Menurutnya, pemandu teksi tidak sepatutnya mengenakan tambang sesuka hati disebabkan kerajaan sudah menaikkan kadar tambang 30 peratus berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang mengalami nasib serupa supaya segera mencatat nombor plat dan nombor syarikat sebelum membuat aduan kepada LPKP untuk tindakan sewajarnya.

0 comments: