Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 18, 2010

Lagi 'Kangkong' berkata-kata..




Nak kata bodoh.. Pensyarah..
Nak kata pandai.. lagak dan cakap macam bodoh!
Yang pasti memang bodoh mangkuk ni..

Mana-mana pertubuhan Islam pun..
Memang jawatan Mursyidul Am tidak dipertandingkan..
Maksudnya pun penasihat..
Takkan penasihat pun nak kena bertanding?

Woi kangkung!
Sila fahami dulu perbezaan antara Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS..
Mengapa jawatan Presiden PAS melalui pertandingan..
Mengapa Jawatan Mursyidul Am PAS melalui lantikan..

hmmm... kot ye pun dapat jawatan profesor melalui UMNO..
jangan la tunjuk sangat brooooo!!
sunsnake 18022010

Nik Aziz amal demokrasi terpilih

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan jawatan membuktikan beliau mengamalkan demokrasi terpilih dan seorang yang tidak konsisten.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, kenyataan Nik Aziz itu mengelirukan serta bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini.

Beliau mengingatkan yang Menteri Besar Kelantan itu pernah menyokong amalan melompat parti apabila tindakan itu dilihat menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang.

"Nik Aziz mengamalkan demokrasi terpilih kerana apa sahaja yang dilihat menguntungkan Pas serta pembangkang 'dihalalkan' dan sudah tentu perkara ini (percanggahan) menjejaskan imej Islam yang dibawa Pas.

"Justeru, saya mencabar kepimpinan Pas supaya meminda perlembagaan parti agar jawatan Mursyidul Am dapat dipertandingkan seterusnya menentukan sokongan ahli terhadap Nik Aziz," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Md. Shukri mengulas kenyataan Nik Aziz yang meminta Zahrain supaya mengosongkan jawatannya ekoran keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu.

Menurut Nik Aziz, tindakan Zahrain untuk keluar parti merupakan satu pengkhianatan ke atas amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasan Parlimen Bayan Baru.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini pernah menegaskan amalan lompat parti menepati peruntukan undang-undang serta sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

Kenyataan itu dibuat Nik Aziz ketika mengulas pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah lompat parti oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.

Md. Shukri menambah, kenyataan bercanggah oleh Nik Aziz itu membahayakan negara kerana beliau berupaya mengheret para penyokongnya ke arah sistem anarki berikutan prinsip politik yang tidak jelas.

"Sudah tentu dia (Nik Aziz) bukan tok guru agama, tetapi lebih kepada 'tok guru siasah' yang pandai mengambil segala kesempatan," jelasnya.

Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian pula berkata, percanggahan prinsip Nik Aziz itu menunjukkan beliau sedia berkompromi dengan prinsip peribadi dan Pas bagi menjayakan sesuatu agenda.

Katanya, kenyataan pemimpin itu juga menghairankan kerana sebagai pemimpin parti politik berpengaruh, Nik Aziz sepatutnya mempunyai prinsip yang jelas serta konsisten dalam setiap isu.

"Sudah pasti ia mengejutkan kerana dengan latar belakang dan imej parti (Pas), Nik Aziz sepatutnya tidak berdolak-dalik dalam membincangkan isu tersebut," jelasnya.

0 comments: