Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 12, 2009

Tak nak kena komen pi jadi Sultan laaa!!

Alhamdulillah..
Inilah dia sebenarnya antara perkara yang penting dalam politik baru..
Keterbukaan dan Lapang dada dalam menerima komen dan pandangan..

Memang lumrah manusia suka dipuji..
Standard la syeikh!
Firaun pun sama..
Karl Marx pun sama..
Chin Peng pun sama..
Hang Tuah pun sama..
Sultan Mansur Syah pun sama..
Mahathir pun sama!
Najib pun sama!
Sunsnake pun sama!

Rosmah laaaaagi teruk dia punya sama!!
Idak takkan 1Malaysia tahu dia pulangkan 'kotak' anak raja arab!
wakakakaka!!!




Agus Akan Dedah Kelemahan Pas

Ahli akademik terkenal Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, beliau akan berterus-terang mengenai kelemahan PAS apabila Dewan Pemudanya menemui beliau minggu depan.

"Saya berterus-terang selama-lamanya. Kita sedang berada dalam politik baru," kata Dr Mohamad Agus - pengacara bual bicara politik mingguan - Hujah - di sebuah stesen TV.

Kelmarin, ketua dewan itu, Nasrudin Hassan memberitahu Malaysiakini, pihaknya akan menemui Dr Mohammad Agus Rabu depan bagi mendapatkan pandangan lanjut beliau mengenai perkembangan politik semasa yang membabitkan parti.

Petang semalam, dewan itu mengadakan pertemuan dengan penyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai pembentangan ahli akdemik itu yang mengkritik keras PAS menjelang seminar politik parti itu Sabtu lalu.

Pemuda PAS juga dilaporkan berhasrat menemui pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang turut membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Mohammad Agus berkata, beliau tidak bimbang terhadap gelaran tertentu - seperti "ejen Umno" - yang mungkin dilemparkan kepadanya kerana mengamalkan sikap berterus-terang.

"Saya bukan ejen PAS. Saya bukan ejen Umno. Saya aktivis politik. Saya boleh tegur sesiapa sahaja dan saya tidak mendapat apa-apa ganjaran (untuk itu)," katanya.

Ketaksuban ahli

Sehari sebelum seminar Sabtu lalu, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mengkritik keras kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwanya sebagai "Pak Lah versi PAS" dan "sudah hilang stim".

Ekoran itu, Nasrudin dalam kenyataan selepas itu menyifatkan pakar perlembagaan itu "ejen UMNO", keterlaluan dan tidak sabar.

Dr Mohamad Agus juga berkata, beliau bersetuju dengan kritikan Dr Abdul Aziz sebelum ini kerana menurutnya "jika tidak ada angin, masakan pohon bergoyang".

Dr Mohamad Agus tidak menolak bahawa masalah PAS, antaranya disebabkan faktor kepimpinan. Bagaimanapun, tambahnya, parti itu juga mengalami masalah ketaksuban ahli-ahlinya.

"Masalahnya ahli-ahli yang taksub. Pemimpin di peringkat pertengahan pula gagal membetulkan persepsi terhadap parti itu. Ini termasuklah Dewan Pemudanya," kata Dr Mohamad Agus.

Mengulas penerimaan terhadap kritikan ahli akademik, beliau menyifatkan sikap sesetengah pemimpinnya sebagai paradoks dan ironi.

"Mereka mendesak kerajaan supaya lebih terbuka. Tetapi sikapnya pada hari itu ironi sekali (dengan apa yang dituntut)," katanya.

0 comments: