Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, November 29, 2009

Siapa yang kacau-bilau sebenarnya?


Teman merayu kepada semua tak kira pendokong mahupun penyokong PAS-PR agar menghentikan segala persoalan berkenaan MB Kelantan. Tiada gunanya..

Ibaratkan bermain bolasepak didalam satu pasukan, mengapa kita sibuk bertelagah sesama sendiri sedangkan tiang gol lawan dah jelas terngadah! Dalam keadaan pemain-pemain pasukan lawan sedang bertelagah kerana berebutkan hadiah kemenangan lalu, inilah masa terbaik untuk kita susun semula permainan dan letakkan pemain-pemain yang terbaik untuk menjana kemenangan!

Jangan sibuk bergaduh sesama sendiri berebut posisi!

Buat bloggers Pakatan Rakyat, mari kita abaikan nama-nama bloggers yang semakin galak menghentam pimpinan sendiri (jika benar mereka bloggers PR) kerana kadangkala tulisan-tulisan mereka lebih hina daripada Parpukari!

Lupakan semua pertelingkahan, lurus dan rapatkan saf!

Takbir! Allahuakbar!!
Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!


sunsnake 29.11.2009

PPP tuntut Murugiah letak jawatan Timbalan Menteri

29/11/2009 4:02pm

JOHOR BAHARU 29 Nov. — Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan notis kepada Senator Datuk T. Murugiah esok untuk memintanya mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri dalam masa 14 hari, kata Presidennya, Datuk M. Kayveas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis PPP di sini hari ini, Kayveas berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu patut meletakkan jawatan kerana beliau memperoleh jawatan itu semasa beliau masih menjadi anggota parti itu.

Murugiah dipecat daripada parti pada 16 Mei tahun ini.

Kayveas juga berkata, parti itu akan menganjurkan pertandingan mencipta logo baru PPP yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pemenang bagi tempat pertama, dua dan tiga, masing-masing akan menerima RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 manakala RM500 akan diberikan kepada tiga pemenang sagu hati.

Butiran mengenai pertandingan itu boleh didapati di www.ppp.org.my bermula 7 Disember ini. - Bernama


Sikap gila kuasa punca krisis MCA - Mei Fun

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menyifatkan sikap gila kuasa telah menyebabkan sesetengah pemimpin tertinggi parti itu lupa matlamat dan merosakkan sistem demokrasi parti berkenaan.

Katanya, kekuasaan menyebabkan pemimpin tersebut lupa tujuan sebenar seorang ahli politik adalah untuk berkhidmat kepada orang ramai.

"Pemimpin yang gila kuasa itu menyalahgunakan kuasanya untuk menolak keputusan yang telah diputuskan oleh para perwakilan pusat parti pada mesyuarat agung luar biasa (EGM), 10 Oktober lalu.

"Tindakan ini menunjukkan pemimpin tersebut tidak menghormati keputusan para perwakilan Pusat parti dan menyebabkan kemerosotan parti," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat secara terbuka untuk para perwakilan parti dan ahli-ahli akar umbi di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir Bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Naib-naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; serta Tan Kok Hong; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong; dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (CC), Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, dan Datuk Liew Yuen Keong,

Taklimat MCA itu menarik perhatian lebih 1,600 ahli parti termasuk di peringkat akar umbi yang bertujuan memberi sokongan kepada kumpulan 16 ahli CC yang menyarankan pemilihan semula diadakan demi kepentingan parti dan masyarakat Cina.

0 comments: