Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 28, 2009

Md Hassan.. ISA is back!!!

Huh!
Memang teman dan ramai orang dah jangka..

Kembalinya ISA Bagan Pinang akan membawa kepada kejatuhan kamu...

Cuba bayangkan Pak Lah kembali dalam kabinet Najib!

Bekas MB duduk bawah anak buah dia dulu..

Tak lama lagi Tajul Rosli Perak pulak meghoyan..


Teman yakin akan ada yang jadi 'korban' dibulan bukan Zulhijjah nanti nie...


Kalau betui SPRM nak siasat (kalau demeada teloleee)..

Kita sama-sama nantikan kesudahan episod kehancuran UMNO-BN N9 ni..

Yang pasti, pelobi-pelobi Isa sedang bekerja..

Dan pengampu-pengampu Md Hasan sedang kepanasan!!


sunsnake 28.11.2009


BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS Yip Ai Tsin Nov 27, 09 5:44pm Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.


BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan. "Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya. "Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang. Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.


Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober. Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan. Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu. Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

0 comments: