DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
02 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 18 Oktober 2012
"CHUA SOI LEK LIABILITI KEPADA BN - KETUA PEMUDA PAS"
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini
sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud. Jelas
beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit
mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang
diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh
bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja
bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian,
tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung
tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan
menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru
hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua
Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa
memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam.
Apakah Dr
Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang
mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh
individu yang tidak dikenali.
Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan
berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama’ Muda UMNO. Kesemua
mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran
sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang
sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga
terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali ? saya harap
tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.
Ngo – ngo Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya
bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh
sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya.
Ngo – ngo melayu juga selayaknya berperanan . Terutama JATI dan
PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai
sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan
DAP. Kemana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan
Chua Soi Lek ?
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma
tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum
hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina,
mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta
manusia dan sekelian Ala mini
.
Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera
memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat
diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan
kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau.
Sedang
rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara
non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum
Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus
menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau
diusia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud,
mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah.
Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan
langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti
mungkar yang berleluasa itu.
Disediakan oleh ;
NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia