Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 8, 2012

PTPTN-Kronologi Kebodohan UMNO



budakbalun 08062012

Kubur buat UMNO-BN Semakin Sempurna!

 Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan zalim, angkuh dan biadap kerajaan Pusat terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Hanya disebabkan ‘dendam politik’ maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap ‘keseronokan’ Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk ‘membekukan’ pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional mempraktikkan budaya politik ‘zaman batu’ yang cukup jijik.

Hanya kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno dan Barisan Nasional hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengingatkan Umno dan Barisan Nasional bahawa sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka ‘dijatuhkan’ dengan secara hina oleh Allah Taala tanpa mereka sedari.

Dan insyaAllah hasil daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini, seluruh rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangka masa pendek.

Proses perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih terus dijalankan.

Semoga keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang dizalimi oleh Umno dan Barisan Nasional.

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluiddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Umno dan Barisan Nasional supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun.

Sudah tiba masanya untuk rakyat ‘menurunkan’ Umno dan barisan nasional daripada tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat seluruhnya.

Rakyat perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Hasbullah ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. 


budakbalun 08062012

Thursday, June 7, 2012

Satu Selangor Akan Bergelap!






Teman harap sangat-sangat!
Teman rayu sangat-sangat!
Teman minta sangat-sangat!

Janganlah hendaknya PR janjikan Elektrik percuma!

Kelak... Pastinya TNB akan diarahkan agar hentikan bekalan Elektrik ke seluruh Selangor!

Humang aihhhh!! Busuk hati sungguh!

Mula-mula tu tak la nampak sangat busuk hatinye tindakan UMNO hentikan PTPTN kat Unisel nie..

Bila 'bakal' MB Selangor - Noh Omar kepala samseng ni buka mulut je..
naahhhh!!! bersembur kebusukan dan kehapakkan hati perut diaaa!!

Buat adik-adik.. anak-anak yang sedang berjihad menimba ilmu di menara gading..
Lihatlah betapa busuknya hati mereka!
Mari lakukan perubahan!

Buat rakyat Malaysia... jom ubah!
Tinggalkan politik mat samseng UMNO ini!


budakbalun 07062012

Noh: PTPTN sambung jika PKR akui salah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah.

Katanya, sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong, beliau yakin kerajaan persekutuan tidak kejam.-Mkini

Maha Benar kata Mukhriz Che Det ini...



Betul... Betul... betul!
Molek benor kata-kata Mukhriz nih!
PAS memang tak bleh diharap membela Melayu..

PemimpinPAS tak pandai ambik rasuah macam pemimpin UMNO!
Tak pandai kumpul kekayaan macam Pemimpin UMNO!
Tak pandai buat rumah besor macam Mukhriz!

Ada pemimpin PAS yang dah berpuluh tahun jadi Menteri Besor!
Rumah dok macam tu jugak..
Takde pulak pemimpin PAS tu buat banglo!
Takde pulak pemimpin PAS tu buat swimming pool dalam rumah!
takde pulak pemimpin PAS tu buat majlis tari-menari!

Apa punya koman la pemimpin PAS neh!

Tunjuk la bukti sikit yang korang tu membela melayu!

Bagi la duit 2-3 ratus sesekali kat orang melayu..
Agar tak la nampak sangat makan sorang!

Tengok pemimpin UMNO!
Sapu berjuta-juta!
Ada gak la peruntukan untuk rakyat 2-3 ratus..
Jadi laaaaa!!!



Woit anak Che Det!
Kami nak ganti UMNO sebagai parti memerintah Malaysia!
Bukan nak ganti UMNO dengan meneruskan kezaliman UMNO!
Phuiiii!!!



budakbalun 07062012

Buktikan mampu bela Melayu

PULAU PINANG 5 Jun - Pas harus membuktikan kemampuan membela nasib orang Melayu dan Islam terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara tersebut perlu dibuktikan segera memandangkan sehingga kini, ia kelihatan gagal.
"Jika Pas boleh membuktikan mereka mampu membela nasib orang Melayu di Pulau

 Pinang, baru mereka boleh menyasarkan niat sedemikian untuk menggantikan UMNO," katanya.-utusan

Siapalah PAS disisi UMNO....



Teman pun naik heran dengan UMNO neh!
Dan teman yakin jutaan rakyat Malaysia yang berakal pun hairan!

Sekejap..
UMNO kata PAS Parti Ajaran Sesat!
Siap buat wacana bagai di Terengganu..
Fathul Bari 'ulama' muda UMNO antara panelnya!

Sekejap lagi..
UMNO ajak PAS bersatu pulak!
Siap nak anjur 'muzakarah' bagai!
Ketua UMNO Cawangan kat Hulu Selangor ni pun bukan main kecoh!
Sembang kedai kopi pasal muzakarah nih!
Tapi bila tanya apa dia muzakarah..
Haram tak tau! Wakakakaka!

PAS kan sesat?
Apa makna UMNO nak ajak bersatu..
Demi orang Melayu?
aiiikkk?? Tak takut ke orang melayu jadi sesat?
ataupun dengan lain perkataan..
Tak takut ke orang melayu UMNO jadi sesat bila PAS dan UMNO bersatu?

wakakakakakak!!
Sudah-sudahlah isu perpaduan ni..
Salam UMNO untuk berpadu dengan PAS tu penuh dengan racun dan duri yang tersembunyi!

budakbalun 07062012

Ditolak oleh golongan ‘parasit’

SHAH ALAM 6 Jun - Beberapa pemimpin Pas, termasuk Ahli Parlimen parti itu kecewa kerana cadangan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan Melayu tidak dapat dilaksanakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh beberapa pemimpin Pas yang bertemunya secara peribadi.-Utusan

 

LHDN! Sila Henti Kutip Cukai di Selangor!


PTPTN ni pun asalnya modal daripada Kerajaan Malaysia...
Bukan daripada kantung UMNO negeri Johor ke.. UMNO negeri Selangor ke...
UMNO negeri Perak ke... UMNO negeri Pahang kee..
Mana-mana negerilah!

Tak sepatutnya Kerajaan Malaysia buat macam nie..

Ini busuk hati + dendam namanya...

Idea Pendidikan percuma ni diusulkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya menguasai Putrajaya!
Sebab terlalu banyak konflik kewangan dan pengurusan jika dibuat oleh Kerajaan Negeri!

Kalau inilah prinsip menteri UMNO..
Mohon Lembaga Hasil Dalam Negeri tamatkan kutipan hasil daripada rakyat Negeri Selangor!
Amacam? Ada bran?

Apa pun..
Sepertimana posting teman sebelum ni..

Teman berdoa kepada Allah SWT..
Agar tindakan jahat UMNO ini akan menjadi kekuatan kepada pimpinan Kerajaan PR Selangor..
Untuk berusaha mencari jalan merealisasikan Pendidikan Percuma di Negeri Selangor..

Memang susah dan hampir-hampir kepada 'mustahil'!

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata....


budakbalun 07062012

Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

NONEPembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. - mkini