Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 21, 2012

Setuju Dengan Pak Rais Yatim! Muuahhh!


Maaf bro..
Teman kali ni memang setuju bangat dengan Menteri UMNO-S46-UMNO nie..
Barangkali inilah kali pertama teman bersetuju dengannya..
(Jambatan UMNO yang dibakar sudah dibaiki ya?)

Memang suatu hari nanti..
Manusia bukan sahaja di Malaysia malah di dunia ini akan mula meninggalkan facebook, twitter dan macam-macam lagi...
Sepertimana manusia mula meninggalkan budaya-budaya lama seperti rock,agogo,hippies dan lain-lain..

Tapi...
yang pasti..
Sebelum sempat rakyat Malaysia jemu dengan media baru nie..
Rakyat Malaysia sudahpun jemu dengan UMNO-Barisan Nasional!
Pada kami..
UMNO-BN telah mencapai kemuncaknya membodohkan rakyat Malaysia!
Enough is enough!
ABU!

budakbalun 21032012

'Rakyat juga akan tinggalkan Twitter, Facebook'

Rakyat Malaysia juga akan meninggalkan laman media sosial popular seperti Twitter dan Facebook, sebagaimana yang berlaku di Eropah, apabila minat mereka terhadap laman itu mencapai kemuncaknya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

"Masalah dengan Twitter dan Facebook di Malaysia adalah tidak lama lagi, ia akan sampai ke peringkat yang sama, seperti yang berlaku di Eropah.

"Orang ramai akan mula untuk meninggalkan aktiviti ini, yang sekarang cukup kerap digunakan sehingga ke tahap sederhana, dan pengguna terutamanya terdiri daripada golongan muda," kata Rais dalam jawapan kepada soalan tambahan daripada Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).-Mkini

Hebat Sungguh bekas 'Bakal' MB Kelantan neh! Phuiii!


Hok aloh lagi sekali..

Kete saga teman tu ada lagi setahun setengah baru habis bayor..
Loan 9 tahun der!
Rasa berat sangat-sangat nak menghabiskan 9 tahun tuh!
Ada la dalam RM8000 lagi kat bank!

Kalaulah teman ni berduit lebih..
Nak gak rasanya teman 'lansome' kan aje bayor ke bank!
Tak le pening2 nak bayor bulan2 dahhh!

itulah susahnya hati teman dengan hutang...

Tapi ada pelik skit?
Timbalan Menteri UMNO yang kalah pilihanraya tapi tetap jadi menteri ni..
Slumber kata tak usah bimbang?
Walhal hutang negara dah nak langgar had Perlembagaan nehhh!!
Limit 55%... la ni dah sampai 53%..
Dia kata jangan bimbang??

Mak aihhhhh!!

Menteri cemane neh??

Sib baik la tak jadi MB Kelantan nate nehhh!!

Aduyaiiiii... macam mana nak bagi makcik pakcik Felda faham nehhhh!!

budakbalun 21032012

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.-Mkini

Sah! PRU Lewat-lewat Bulan Jun!


Hok aloh...
main sukahati mak bapak je buat tuduhan..
tanpa ada dokumen untuk bukti awal..

Cer tengok PKR Rafizi buat tuduhan..
siap dokumen, siap gambo, siap ada hardcopy.. softcopy..
baru lah gentle dan bertanggungjawab!

Ini tuduh hanya untuk persepsi umum yang jahat!
Sekadar nak jadikan muka depan paper munafik!

hmmmmm....
Tak ingat mati langsung puak-puak neh!

budakbalun 21032012

Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti

KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.
"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.

Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).-mkini

Tuesday, March 20, 2012

Ketua 'Kegelapan' UMNO - Papa Jahat!


hehehehe..
Kalau usaha PR nak sedarkan peneroka betapa tanah mereka bakal digadai di Bursa Saham dikatakan jahat..
Tak tau la apa jenis jahat yang hinggap kat batang tubuh Kak Jat sekeluarga yang berjaya merembat RM250 juta duit rakyat dalam kes NFC..

Teman dari dulu dah kabo..
macam mana la mamat ni boleh jadi Ketua Penerangan..
Sepatutnya jadi 'Ketua kegelapan' UMNO Malaysia!!

bak kata Tukartiub,
Woit! Sapa tau Felda mana Ahmad Maslan ni tido minggu nie?
wakakakakak!

budakbalun 20032012

'Pembangkang jahat'

Bercakap dalam sidang di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad juga membidas pembangkang yang bermati-matian mahu menggagalkan usaha untuk menyenaraikan saham Felda di Bursa Malaysia.

Katanya, serangan pembangkang dibuat untuk mengasak penguasaan BN di seluruh kawasan Felda yang tercangkup dalam 54 kawasan parlimen atau 25 peratus kerusi di Dewan Rakyat.

"Mereka tidak mahu peneroka untung. Kalau peneroka untuk, mereka rugi. Mereka ini kira jahatlah," katanya lagi.-Mkini

Senjata 'sulit' UMNO bersuara lagi?

Senjata sulit kena la power maccha!!!


Teman respek kat mamat nie..
Dengan slumber buat kenyataan di dalam opis PERKASA!

perghhh!!!

Pelik pejuang melayu PERKASA nie..
Boleh pulak Ibrahim Ali bagi orang India masuk opis dia?
siap buat PC lagikkk!
Terbaekk!

Yang syok bila 'senjata gelap' UMNO ni siap puji Najib melangit plak tuh!
Siap minta bagi Najib menang sebab ini kali pertama Najib hadapi PRU sebagai PM!
hahahaha!
Kalau nak menjilat pun jangan terang sangat la macchhaa!
kasi pelan-pelan jilat laaa..
jangan sampai habis terussss!!

Itu kes 'pistol' apa macam?
Suda setel ke?
ayyyooo!! kalau sudah setel patut la you jilat lain macam..
ayo yoooooo!!

Nampaknya..
'Senjata sulit' UMNO macam Trio Dato' T dah tak laku..
Dah tak makan...
so, terpaksa la guna 'senjata gelap'...
hehehehe..
kesian... rakyat masih tak percaya!

aduhhh!!

'senjata sulit' mana lagi laaa UMNO nak guna neh!

budakbalun 20032012

Nallakarupan tuduh Anwar biseksual

Ahli Dewan Negara Datuk S Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kuala Lumpur, petang semalam, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa Pakatan Rakyat boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.-Mkini

Thursday, March 15, 2012

Rakyat Rembat UMNO, UMNO Rembat Najib!

Heyyy Shark! Lu rembat Malek, wa rembat lu! wakakakaa!


Hadehhh!!
1 demi 1 'trnasformasi' ekonomi DS najib gagal..

nak satukan MAS-Air Asia... dah dekat-dekat nak kantoi..
nak buat SBPA... kantoi terusss!
Nakbuat gaji minimum.. entah apa cer dah la neh!

hmmmm..
Sama-sama la kita tunggu...

Daim dah sound dah...
silap-silap inilah sesi terakhir Najib sebagai PM..
Daim kata..
"Kalau tak dapat banyak kerusi, UMNO akan tendang Najib..."

hoi! bukan takat tu aja...
Rakyat akan tendang UMNO dulu sebelum sempat UMNO tendang Najib!

InsyaAllah.. jom kita buat kerja sedarkan rakyat!

budakbalun 15032012

Kesatuan pekerja MAS bertindak membawa isu MAS-AA ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang membawa usul melupuskan perjanjian usahasama antara MAS dengan Air Asia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana ketidakpuas hatian terhadap perjanjian usahasama yang dimeterai.

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malek Ariff telah memberitahu The Malaysian Insider mereka akan menghantar memorandum sama yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak menentang pakatan MAS-AA kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).

“Langkah seterusnya adalah untuk bertemu YB-YB di Parlimen,” beliau berkata.

Abdul mendedahkan bahawa Najib, semasa perjumpaan selama sejam dengan kesatuan, telah menyatakan beliau bersimpati dengan keluhan ahli kesatuan, namun perdana menteri belum lagi memberikan kata pemutus.-MInsider