Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 2, 2012

Baik dan Sucinya Hati DS Najib Kesayanganku...


Kantoi lagi Najib nie..

"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.

YB NAJIB!

Kalau benda tu tak merbahaya, bukan takat Australia, Amerika pun akan suruh bukak KILANG tu kat negara mereka!

Pasal bahayala KAPITALIS Australia tu suruh bukak kat Malaysia. Pasal apa mereka suruh buka di Malaysia?

PASAL ADA PM YANG SENANG KENA CONG!

Besok YB dah tak ada jawatan PM, YB boleh PINDAH keluar negara dengan KELUARGA YB!

RAKYAT KUANTAN? Nak ikut pindah sekali kalau mereka rasa diri mereka tak selamat? Minta maaf. Kalau mereka ada billion2 mcm YB yer.. nie mereka nak beli makanan untuk anak keluarga mereka pun fikir 3 4 kali... apatah lagi nak memikirkan masalah negara nie.

TUMBANGKAN BN pada PRU ke13!

catatan di malaysiakini oleh pembacanya

budakbalun 02022012

PM: Sisa Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penduduk

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.-Malaysiakini

Mari Lihat Anak-anak 'iblis'...

Anak-anak 'iblis'??



Ni anak apa? anak 'malaikat'??

Menteri berotak level pencacai yang selalu mencarut di blog teman je neh!
wakakakaka!!


budakbalun 02032012

Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

NONE"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.-Mkini

Wednesday, February 29, 2012

Malaysiakini Penipu Besar?


Teman sehari kalau tak bukak Malaysiakini..
Memang tak sah!
Kena bukak jugak... walaupun sibuk..
Mujurlah handset pintar teman mampu melayari internet..
Canggih tuuu!!

Tapi hari teman ada rasa kureng sikit!
macam nampak sangat 2 berita ni Malaysiakini menipu!

Mana mungkin 2 syarikat gergasi negara ini rugi?
woii!! ini Kerajaan UMNO-BN beb!
mana boleh rugi??
Ingat slogan keramat panglima melayu?
"hanya UMNO sahaja mampu memerintah!!!"

Tengok Kelantan..
Dan 20 tahun lebih bukan UMNO memerintah..
setiap hari paling kurang 30 orang rakyat Kelantan mati kebulur!

Di Kedah,Selangor dan Penang...
Lagi 20 tahun kompom jadi macam tu!

Nasib baik Perak sempat di'selamat'kan oleh BN daripada PR..
Idak kaluuuu... mati kelaparan lahhhhhh rakyat Perak!
Abis la orang kampung Balun teman wehhhh!!

waakkaakkakaa!!

Sampai bila lah orang melayu nak kena tipu dengan UMNO neh??

p/s: jangan MAS nak kena 'bail-out' lagi udahhh!! ntah berapa bilion lagilahhhh duit rakyat nak kena tanggung!! hairan? Air Asia yang jauhhhhh lebih budak daripada MAS bukan takat untung, siap owner dia boleh beli Kelab Bola England lagi!!! adehhhh!!


budakbalun 29022012

MAS alami kerugian bersih RM2.52 bilion

Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.-Mkini

Proton rugi RM84j dalam suku ketiga 2011

Kerugian pracukai syarikat pembuat kereta negara, Proton Holdings Bhd telah meningkat kepada RM84.054 juta untuk suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011 berbanding kerugian pracukai RM51.535 juta dalam tempoh yang sama 2010.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkata prestasi yang lemah itu adalah disebabkan penurunan dalam jualan akhir tahun yang menyaksikan pelarasan jumlah pengeluaran dalam usaha untuk menguruskan kos dengan lebih baik.

Pendapatan merosot kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.-mkini

Monday, February 27, 2012

Janji Pilihanraya Jenis Apa nie UMNO oiii!!

Kita menang besor 2/3 PRU 2004 dulu pun kita tak ubah.. Ini Najib lak berjanji? hehehehe..


Kalau dapat 2/3 majoriti akan bagi kuasa lebih pada SPRM!

Ini apa jenis janji nie..
Pernah ke Ahli parlimen PR bantah nak tambah kuasa SPRM?
Apa perlunya majoriti 2/3 dalam parlimen kalau sekadar untuk tambah kuasa SPRM?

aduhhh!!
Yang paling best! Sejak bila UMNO-BN ikhlas nak tambah kuasa SPRM?

Sudah-sudahlah..

Dah lama sangat melayu kena bodoh dengan UMNO nehhh!!
Bagi la peluang melayu berfikir sendiri... Asyik pemimpin-pemimpin UMNO je yang fikirkan untuk melayu UMNO!

budakbalun 26022012

PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.-Mkini

Friday, February 24, 2012

Dr.M-Hang dengan aku sama aja! Jangan Bising2 arrrr!!

mashyukkkkkk!!!!


ha.. eloklah tu..
Pembohong ungkit dosa si penipu..
Perompak tuduh pencuri berdosa..

yang leboh bak kata orang perak..
Duit rakyat...
nak cover balik..
kena la naikkan harga minyak..
kena la naikkan cukai barangan..
lepas cukai perkhidmatan.. (GST)..
lepas ni cukai prepaid...
lepas ni... apa lagi?

kerugian sudahpun berlaku..
Itu pun tak nak mengaku lagi tuh!

Najib salahkan Pak lah..
Paklah Salahkan Mahathir.. opsss!
Silap... bukan Pak lah..
Khairi Jamaludin salahkan Mahathir..
Mahathir salahkan siapa?? Anwar??
opssss silap lagi...
KJ yang salahkan Anwar!
KJ nak tibai Mahathir tapi pukul anak sindir menantu laaa...

Yang rakyat ni melopongggg je la tengok..
yang untung?
Anak Mahathir antara yang terkaya di Malaysia!
Adik beradik Najib sedang menuju arah yang sama!
KJ sebab dah kantoi jual la saham ECm Libra dia..
itu yang kantoi laaa...
yang tak kantoi?

benarlah kata Ayahanda Samad Said..
"Kita ini sejak dahulu dipimpin oleh golongan bangsawan...."

Yang kaya makin kaya...
Pemimpin UMNO makin raya-kaya..
Rakyat nak dapat RM500..
terpaksa panjat pagar dewan!
terpaksa panjat tembok!
terpaksa beratur panjang macam Bujang Lapuk nak berak di pagi hari!

Syabas Malaysia!
Dari Wawasan 2020 hinggalah 1Malaysia!
retorik indah peluang berniaga mereka!

khakk tuihhh!
rakyat kena panjat tembok nak dapat RM500... sedihnya melihat nasib bangsaku....

budakbalun 24022012

DR M pertahan langkah selamatkan MAS

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui langkah kerajaan menyelamatkan MAS mengakibatkan kerugian dana awam, tetapi menegaskan ia bukan yang paling buruk berbanding kes lain.

Katanya, kerajaan juga kerugian RM8 bilion apabila membatalkan projek landasaan berkembar elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar .

Projek itu dibatalkan oleh pengganti Dr Mahathir - Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru, beliau menegur pihak media yang didakwanya agak terpilih dalam isu-isu melibatkan keputusan kerajaan.-mkini

PAS dan PKR Tak Sedar Diri!


Wehh!!
Pakatan Rakyat ni memang tak sedar diri...
Dan tak akan sedar diri!
tak tau la sampai bila..

bermula dari peringkat kawasan,cabang...
Hinggalah ke peringkat pusat...
Tak sedar-sedar lagi ke??

UMNO tak nak debat!
UMNO tak suka debat!
UMNO tak hingin debat!
UMNO tak mahu debat!

Tak faham-faham ke?

Debat boleh memecah-belahkan umat!
Debat boleh memporak-perandakan negara!

tak percaya?

tunggulah.. tak lama lagi MCA dan DAP akan porak peranda!
sebab MCA dan DAP dah berdebat hari tu!
Soi Lek dan Guan Eng dah ter'berdebat' lak hari tuh!

Debat ni macam virus denggi..
macam kencing tikus..

dia senyapppp dulu 2-3 hari..
lepas tu baru ada kesan...

haaaa.....

Jadikan peringatan..
jangan sesekali ajak UMNO berdebat...

Lagipun bak kata Najib..
"Saya tak nak debat kerana bimbang DS Anwar akan kalah!!!"

wakakakakaak!!
Lawak jenis apakah ini???

budakbalun 24022012

Penyenaraian Felda: PKR cabar Isa Samad debat

PKR mencabar pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Mengeluarkan cabaran itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata ia selari dengan tren terbaru politik Malaysia.

Katanya, beliau berharap kedua-dua pemimpin Umno itu menyertai debat yang akan dianjurkan PKR berhubung perkara itu.

Rafizi berkata, hanya melalui debat terbuka di hadapan kakitangan dan peneroka Felda sahaja penyelesaian terbaik dalam isu penyenaraian di Bursa Malaysia itu.-mkini