Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 29, 2012

Malaysiakini Penipu Besar?


Teman sehari kalau tak bukak Malaysiakini..
Memang tak sah!
Kena bukak jugak... walaupun sibuk..
Mujurlah handset pintar teman mampu melayari internet..
Canggih tuuu!!

Tapi hari teman ada rasa kureng sikit!
macam nampak sangat 2 berita ni Malaysiakini menipu!

Mana mungkin 2 syarikat gergasi negara ini rugi?
woii!! ini Kerajaan UMNO-BN beb!
mana boleh rugi??
Ingat slogan keramat panglima melayu?
"hanya UMNO sahaja mampu memerintah!!!"

Tengok Kelantan..
Dan 20 tahun lebih bukan UMNO memerintah..
setiap hari paling kurang 30 orang rakyat Kelantan mati kebulur!

Di Kedah,Selangor dan Penang...
Lagi 20 tahun kompom jadi macam tu!

Nasib baik Perak sempat di'selamat'kan oleh BN daripada PR..
Idak kaluuuu... mati kelaparan lahhhhhh rakyat Perak!
Abis la orang kampung Balun teman wehhhh!!

waakkaakkakaa!!

Sampai bila lah orang melayu nak kena tipu dengan UMNO neh??

p/s: jangan MAS nak kena 'bail-out' lagi udahhh!! ntah berapa bilion lagilahhhh duit rakyat nak kena tanggung!! hairan? Air Asia yang jauhhhhh lebih budak daripada MAS bukan takat untung, siap owner dia boleh beli Kelab Bola England lagi!!! adehhhh!!


budakbalun 29022012

MAS alami kerugian bersih RM2.52 bilion

Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.-Mkini

Proton rugi RM84j dalam suku ketiga 2011

Kerugian pracukai syarikat pembuat kereta negara, Proton Holdings Bhd telah meningkat kepada RM84.054 juta untuk suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011 berbanding kerugian pracukai RM51.535 juta dalam tempoh yang sama 2010.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkata prestasi yang lemah itu adalah disebabkan penurunan dalam jualan akhir tahun yang menyaksikan pelarasan jumlah pengeluaran dalam usaha untuk menguruskan kos dengan lebih baik.

Pendapatan merosot kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.-mkini

Monday, February 27, 2012

Janji Pilihanraya Jenis Apa nie UMNO oiii!!

Kita menang besor 2/3 PRU 2004 dulu pun kita tak ubah.. Ini Najib lak berjanji? hehehehe..


Kalau dapat 2/3 majoriti akan bagi kuasa lebih pada SPRM!

Ini apa jenis janji nie..
Pernah ke Ahli parlimen PR bantah nak tambah kuasa SPRM?
Apa perlunya majoriti 2/3 dalam parlimen kalau sekadar untuk tambah kuasa SPRM?

aduhhh!!
Yang paling best! Sejak bila UMNO-BN ikhlas nak tambah kuasa SPRM?

Sudah-sudahlah..

Dah lama sangat melayu kena bodoh dengan UMNO nehhh!!
Bagi la peluang melayu berfikir sendiri... Asyik pemimpin-pemimpin UMNO je yang fikirkan untuk melayu UMNO!

budakbalun 26022012

PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.-Mkini

Friday, February 24, 2012

Dr.M-Hang dengan aku sama aja! Jangan Bising2 arrrr!!

mashyukkkkkk!!!!


ha.. eloklah tu..
Pembohong ungkit dosa si penipu..
Perompak tuduh pencuri berdosa..

yang leboh bak kata orang perak..
Duit rakyat...
nak cover balik..
kena la naikkan harga minyak..
kena la naikkan cukai barangan..
lepas cukai perkhidmatan.. (GST)..
lepas ni cukai prepaid...
lepas ni... apa lagi?

kerugian sudahpun berlaku..
Itu pun tak nak mengaku lagi tuh!

Najib salahkan Pak lah..
Paklah Salahkan Mahathir.. opsss!
Silap... bukan Pak lah..
Khairi Jamaludin salahkan Mahathir..
Mahathir salahkan siapa?? Anwar??
opssss silap lagi...
KJ yang salahkan Anwar!
KJ nak tibai Mahathir tapi pukul anak sindir menantu laaa...

Yang rakyat ni melopongggg je la tengok..
yang untung?
Anak Mahathir antara yang terkaya di Malaysia!
Adik beradik Najib sedang menuju arah yang sama!
KJ sebab dah kantoi jual la saham ECm Libra dia..
itu yang kantoi laaa...
yang tak kantoi?

benarlah kata Ayahanda Samad Said..
"Kita ini sejak dahulu dipimpin oleh golongan bangsawan...."

Yang kaya makin kaya...
Pemimpin UMNO makin raya-kaya..
Rakyat nak dapat RM500..
terpaksa panjat pagar dewan!
terpaksa panjat tembok!
terpaksa beratur panjang macam Bujang Lapuk nak berak di pagi hari!

Syabas Malaysia!
Dari Wawasan 2020 hinggalah 1Malaysia!
retorik indah peluang berniaga mereka!

khakk tuihhh!
rakyat kena panjat tembok nak dapat RM500... sedihnya melihat nasib bangsaku....

budakbalun 24022012

DR M pertahan langkah selamatkan MAS

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui langkah kerajaan menyelamatkan MAS mengakibatkan kerugian dana awam, tetapi menegaskan ia bukan yang paling buruk berbanding kes lain.

Katanya, kerajaan juga kerugian RM8 bilion apabila membatalkan projek landasaan berkembar elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar .

Projek itu dibatalkan oleh pengganti Dr Mahathir - Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru, beliau menegur pihak media yang didakwanya agak terpilih dalam isu-isu melibatkan keputusan kerajaan.-mkini

PAS dan PKR Tak Sedar Diri!


Wehh!!
Pakatan Rakyat ni memang tak sedar diri...
Dan tak akan sedar diri!
tak tau la sampai bila..

bermula dari peringkat kawasan,cabang...
Hinggalah ke peringkat pusat...
Tak sedar-sedar lagi ke??

UMNO tak nak debat!
UMNO tak suka debat!
UMNO tak hingin debat!
UMNO tak mahu debat!

Tak faham-faham ke?

Debat boleh memecah-belahkan umat!
Debat boleh memporak-perandakan negara!

tak percaya?

tunggulah.. tak lama lagi MCA dan DAP akan porak peranda!
sebab MCA dan DAP dah berdebat hari tu!
Soi Lek dan Guan Eng dah ter'berdebat' lak hari tuh!

Debat ni macam virus denggi..
macam kencing tikus..

dia senyapppp dulu 2-3 hari..
lepas tu baru ada kesan...

haaaa.....

Jadikan peringatan..
jangan sesekali ajak UMNO berdebat...

Lagipun bak kata Najib..
"Saya tak nak debat kerana bimbang DS Anwar akan kalah!!!"

wakakakakaak!!
Lawak jenis apakah ini???

budakbalun 24022012

Penyenaraian Felda: PKR cabar Isa Samad debat

PKR mencabar pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Mengeluarkan cabaran itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata ia selari dengan tren terbaru politik Malaysia.

Katanya, beliau berharap kedua-dua pemimpin Umno itu menyertai debat yang akan dianjurkan PKR berhubung perkara itu.

Rafizi berkata, hanya melalui debat terbuka di hadapan kakitangan dan peneroka Felda sahaja penyelesaian terbaik dalam isu penyenaraian di Bursa Malaysia itu.-mkini

Jangan Jadi Jahil Muraqab! Gi Ngaji!


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

ISU BAI’AH : PEMUDA PAS TAWAR KHIDMAT PENERANGAN KEPADA TUN DR MAHATHIR

01 Rabi’u al-Akhir 1433 bersamaan 23 Febuari 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkejut dengan apa yang telah dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir di dalam satu kenyataannya bertarikh 22 Febuari 2012. Menurut apa yang dilaporkan di dalam Berita Harian, beliau cuba membidas kenyataan Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang meminta setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai isu ba’iah hanya menampakkan kejahilan beliau di dalam agama. Bai’ah adalah satu perjanjian di antara dua pihak yang menuntut kepada kesetiaan. Bai’ah yang dilakukan di dalam PAS bukan seperti mana ikrar atau sumpah yang diucapkan oleh ahli UMNO dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpinnya.

Adapun kenyataan beliau mengenai seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah ta’ala dan mengiktiraf Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai pesuruh Allah dan tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya orang biasa sangat-sangat berlawanan dengan ajaran Islam.

Ketundukkan dan penyerahan diri kepada Allah dan mengiktiraf Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai perantara bagi risalahNya adalah satu penyerahan jiwa dan ketundukkan yang total tanpa diikat dengan syarat. Dewan Pemuda PAS merasa tindakan Tun Dr Mahathir dalam menyamakan konsep bai’ah [janji setia] kepada pimpinan mengikut perspektif Islam dengan penyerahan diri kepada Allah dan rasul Nya adalah satu contoh yang salah.

Firman Allah di dalam surah al-Nisaak ayat 59 berbunyi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…”

Ayat tersebut jelas memberitahu kita bahawasanya “taat setia” kepada pemimpin itu mestilah didasari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul. Inilah sebenarnya konsep bai’ah yang terdapat di dalam Islam. Hal ini diikat pula dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” [Riwayat Muslim]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggalkan kita garis panduan atau had sempadan dalam memberi ketaatan kepada hamba Allah yang lain. Termasuklah di dalamnya pemimpin. Kesimpulannya bai’ah itu adalah satu ketaatan bersyarat dan sekiranya syarat-syarat tersebut ternafi maka terbatallah bai’ah. Demikian juga di dalam PAS, kita mempunyai janji untuk taat setia dan menjadikan landasan Islam sebagai syaratnya.

Dewan Pemuda PAS juga melihat kenyataan Tun Dr Mahathir yang menafikan hak pemimpin di dalam Islam untuk dibai’ah apabila beliau menyebut, "tidak ada perlu baiah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak baiah buat apa?". Kenyataan seperti ini hanya memperlihatkan betapa beliau adalah seorang yang jahil di dalam sejarah Islam yang mana telah berlaku banyak peristiwa bai’ah semasa era khulafa selepas kewafatan Rasulullah.

Dewan Pemuda PAS ingin bertanya kepada Tun Dr Mahathir, sekiranya bai’ah yang jelas sejarahnya dan hukumnya di dalam Islam itu dinafikan oleh beliau mengapa beliau tidak menafikan sekali ikrar ahli UMNO dalam memberikan taat setia kepada pimpinannya ? Mengapa perlu diberikan ikrar taat setia kepada UMNO sedangkan sering kita dapati pimpinan UMNO banyak buat salah dari sudut moral dan agama ?

Pemuda PAS sedia menawarkan kepada Tun Dr Mahathir sesi pengajian untuk memberikan kefahaman mengenai isu bai’ah ini.

Disediakan oleh,

Dr Raja Ahmad al-Hiss

Naib Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, February 23, 2012

KUPEKMAS pulak dahhhhh??

contoh saja haaaa!

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

KUPEKMAS CALAR IMEJ PENJAWAT AWAM

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melihat agenda penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) sebagai satu tindakan terdesak pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan tekanan kepada penjawat-penjawat awam yang masih belum bersara dari perkhidmatan mereka. Ini terjadi apabila kebelakangan ini ramai bekas-bekas kakitangan awam yang telah secara terbuka menyokong dan menyertai parti PAS dan Pakatan Rakyat.

Penubuhan KUPEKMAS adalah didalangi oleh ‘pembodek-pembodek Umno’ yang telah memberikan khidmat kepada Umno walaupun masih berkhidmat sebagai penjawat awamsebelum daripada ini. Dan dengan dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sudah pasti NGO ini mempunyai muslihat yang tertentu untuk mempastikan kakitangan awam sekarang terus memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melihat KUPEKMAS adalah hasil daripada kegusaran Umno dan Barisan Nasional di dalam menghadapi gelombang ‘penghijrahan’ bekas-bekas kakitangan kerajaan yang telah bersara yang kini telah menyertai PAS dan Pakatan Rakyat dan berceramah di seluruh negara menceritakan keburukan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional di dalam mengurus tadbir negera ini.

Pesara-pesara kerajaan seperti Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas pegawai tinggi TLDM, Datuk Adnan Ibrahim, bekas pengarah pendidikan negeri Perak, bekas pengarah kastam negeri Kedah, Hj Ishak dan beberapa orang lagi yang kini sedang rancak ‘berceramah’ di atas pentas PAS menceritakan segala tingkah laku buruk pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk kepentingan diri, ahli keluarga dan kroni-kroni mereka. Umno dan Barisan Nasional telah ‘mengurung dan mengunci mulut’ kakitangan kerajaan semasa dalam perkhidmatan dangan ancaman dan ugutan supaya mereka menjadi ‘hamba’ yang setia kepada kerajaan.

Kini ramai kakitangan awam telah sedar kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat dari sudut urus tadbir negara apabila melihat kejayaan dan kecemerlangan kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang manjaga kebajikan kakitangan awam mereka sedangkan kerajaan pusat sehingga kini masih lagi mengabaikan kebajikan kakitangan mereka dan hanya meniru polisi-polisi yang diperkenalkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh kakitangan awam di seluruh negara menolak agenda KUPEKMAS dan memberikan sokongan kepada agenda perubahan yang akan menitikberatkan kebajikan dan memartabatkan kakitangan awam oleh Pakatan Rakyat.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

23 Februari 2012