Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 6, 2012

Susahnya Lawan Politik Dengan Beruk![gambar]




Lokasi : Kalumpang, Hulu Bernam, Hulu Selangor

Sempena aktiviti Semarak Hijau Dun Hulu Bernam, PAS Kawasan Hulu Selangor menaikkan bendera di sepanjang jalan... Malangnya... terjadi jugak kejadian bendera-bendera PAS dibakar oleh beruk-beruk yang mungkin 'tersinggung' dengan banyaknya bendera PAS di sepanjang jalan...

Susah betul lawan politik dengan beruk neh!

budakbalun 06022012

DAP Hasut UMNO Cheras!!!


Haaaa..
ni berita gempar!!
UMNO Cheras dihasut oleh DAP!
Sebagaimana tuduhan pencacai2 UMNO..
DAP dah hasut PAS..
DAP dah hasut PKR..

Ni yang terbaru dan tergempar!
DAP dah berjaya hasut UMNO Cheras!!!

Ayuhhhh!!! Selamatkan UMNO Cheras daripada hasutan DAP!!!

wakakakaka!!
Bangang punya pencacai UMNO!

budakbalun 06022012

'Jangan jadikan Wanita Umno perisai isu NFC'

Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

azlan"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam.-Mkini

Friday, February 3, 2012

Budakbalun Saluteee Kak Pidah!


hehehe..
'Kalau tak suka dengan Kerajaan(UMNO), sila keluar cari negara lain"!!
Itulah lebih kurang bunyinya Kak Pidah sound pada pro-pembangkang Malaysia dulu..
macam sama lebih kurang dengan Samy vellu..
"Kalau tak mau bayar tol, sila ikut jalan lama!" wakakakaka!

Kali ni kak Pidah sound tepat tang batang hidung Kak Ijat yang mancung tuh!
Ambikkkk!!

hmmmm....
macam mana la nak bagi makcik pakcik felda faham neh!

budakbalun 03022012

Rafidah: Leave if you are a burden!

KUALA LUMPUR: Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz has launched a scathing, thinly-veiled attack on her successor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, suggesting that the latter should vacate all posts in Umno and the government.

In a candid interview with The Malay Mail recently, Rafidah stopped short of naming Shahrizat but the references were clearly pointed at the Women, Family and Community Development Minister.

“If you are a problem to the party and government, please move out!

“That’s it (for) everyone, whether it’s got to do with cows or anything (else). That’s the most matured way of dealing with your problems,” said Rafidah.

“Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You’re missing the point!

“The point is: damn it, decide, don’t leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don’t leave the onus on the Prime Minister to decide for you.”

Rafidah’s remarks are bound to re-ignite talks of hostility between the two Umno heavyweights. Shahrizat had toppled Rafidah from her Wanita chief post in 2009. - Anak Sg Derhaka

Pak Brahim... Ikhlaslah sikit brader....

Pak Brahim tahu ke sebelah dia tu bukan melayu? wakakakaka!

Dari hari tu teman dah kabo..
Pak Brahim ni memang pandai cari publisiti...
Semua isu dia nak komen..
semua aktiviti dia nak joint!

la ni..
orang bagi angpow.. dia pun nak bagi angpow!
orang bagi angpow Raya cina..
dia bagi angpow orang mati!!

wakakakakaka!

adehhhh!!!

budakbalun 03022012

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

“Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.-mkini

Thursday, February 2, 2012

Hasan Ali... Lebih UMNO daripada UMNO?


Hasan Ali... Hasan Ali..
Nampaknya dia pun dah semacam blogger pulak..
Mengupas isu ikut isu semasa..

Kata nak dedahkan parasit?
Istilah parasit tu pun tak berapa clear..

Lepas kena pecat.. dia semacam syok pulak mengulas dan menyalak ikut apa tajuk muka depan Utusan!

Utusan cerita pasal kenyataan Anwar pasal Gay..
Dia pun ikut menyalak pasal gay...
Utusan cerita pasa kenyataan Anwar pasal Israel..
dia pun sibuk nak menyalak pasal Israel!

Wakakakakak!

Woi! Bila nak masuk UMNO?

Hasan Ali ni sedang berusaha alihkan perhatian rakyat pada dia..
dan dia nak maintainkan perhatian tu kepada dia selama mungkin...

so, kepada semua..
jangan layan dah apa jua kenyataan Hasan Ali nie..
Biorkan ajeeeee..

p/s: mula2 dulu teman simpati gak pada Hasan Ali ni.. tapi makin lama makin menyampak pulak.. dia suka benor la ni jadi umno lebih daripada umno! wakakakak!

budakbalun 02022012

Hasan Ali dakwa Pakatan ancaman kepada Islam

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.-Mkini

Friday, January 20, 2012

Mari Nipiskan bulu Kening!

Habis? Gua Takde Bulu kening cemane?


Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
(Surah an-Nur, ayat 31)

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).