Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 13, 2011

UMNO-BN Gali Lubang Kubur Sendiri?


Gila punya Rang Undang-undang!
Tak cukup dengan kegilaan RUU Perhimpunan Aman..
Ni RUU Jurukomputer pulak?

Woi! IT ni luas giler!
Kenapa mesti dikecikkan?

Teman rasa ini semua berkaitan dengan duit!
Apa lagi?

Bila semuanya mesti didaftarkan..
Kompom kena bayar bulanan ataupun tahunan ataupun seumur hidup!
hmmmm..
apa lagi yang mampu menyebabkan UMNO-BN bertindak zalim selain kerana duit?
wakakaaka!

Syabas UMNO-BN!
Kamu sedang menggali kubur kamu sendiri!
Lagi dalam laaagi bagus!
budakbalun 13122011

Kekeliruan di hari terbuka Bil Juru Komputer Mosti


Hari terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diselubungi kekeliruan apabila panelnya yang menggubal rang undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) gagal menjawap soalan daripada beberapa hadirin yang terdiri daripada pakar IT Malaysia.

"Kami tidak mahu undang-undan itu,” kata seorang profesional IT yang jelas tidak gembira dan ini disambut oleh hadirin lain dengan berdiri bagi menyokongnya. Ini kerana sebahagian besar soalan yang diajukan bukan sahaja tidak dijawap dengan jelas tetapi pihak kementerian tidak mempunyai jawapannya.-Mkini

MCA tuntut Bil Juru Komputer ditarik balik

MCA hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendesak supaya Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 ditarik balik.

"Kita tidak boleh sokong ini, dan oleh itu menuntut supaya rang undang-undang itu ditarik balik," kata Ketua Biro Profesional Muda, parti itu Chua Tee Yong.

Bercakap kepada pemberita pada Hari Terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Putrajaya selepas menyerahkan memo berkenaan kepada panel yang merangka rang undang-undang, Chua yang juga ahli parlimen Labis juga melahirkan kebimbangannya.

Katanya, beliau gusar undang-undang yang bakal diperkenalkan itu mungkin memudaratkan orang ramai.-Mkini

Friday, December 9, 2011

Ini Iktikad Politik Kita!


budakbalun 09122011

Thursday, December 8, 2011

UMNO:Wasatiah ke Wasataik?



hmm..
Inilah salah satu kemuncak kejahilan manusia terhadap nilai-nilai manusia itu sendiri!
Dan malangnya ianya berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini..Tak sangka sungguh teman, kebiadapan dan kebodohan jenis ni yang selalu kita dengar berlaku di negara barat..
Telah sampai disini! di Malaysia yang mengaku negara Islam ini!

terima kasih kepada brader mamak yang sudi menambah lagi cuka ke dalam belanga susu UMNO!

wakakakaka!

budakbalun 08122011

Wasatiyyah Sudah Lama Jadi Tunjang UMNO – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 3 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas manipulasi yang memandang konsep wasatiyyah yang dilakukan UMNO sebagai kononnya parti ini sedang bergelora.

Katanya, berkaitan dengan konsep tersebut semua pihak perlu kembali menoleh kepada sejarah daripada dulu sejak kemerdekaan 54 tahun khususnya apabila bercakap soal pembangunan fizikal, pembangunan spiritual dan juga pembangunan dalam bentuk pendidikan.

“Pembangunan tersebut semuanya adalah merupakan hasil daripada sumbangan UMNO sendiri; masakan kita mempunyai 22, 000 buah surau dan masjid di Malaysia kalau tidak ada yang membinanya? Tentunya yang membinanya adalah daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN). - UMNO Online

Hadiah 'Kek Tahi' : Tindakan Paling Hina Dan Keji Umno Pulau Pinang

SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.-Tinta hijau

Kantoi! UMNO Jawabkan untuk SPR!


Sah!
Kalau Akad Nikah ni..
Dah kompom Tok Qadhi jerit Sah!
Saksi pun kata Sah!

YB Nurul Izzah tanya SPR..
Tiba-tiba SPR belum kata apa-apa UMNO pulak yang jawabkan??

Ni dah macam yang kena tuduh Shahrizat dan keluarga..
Yang mula-mula respons Khairi Jamaluddin!???
Shahrizat dan keluarga tak jawab apa pun lagi!

aduhhh!!
Takkan tak nampak lagiiiiiiii!??????
budakbalun 08122011

4 sebab pengundi pos ramai di Lembah Pantai

PETALING JAYA: Umno bahagian Lembah Pantai menjelaskan empat faktor mengapa jumlah pengundi pos meningkat mendadak di parlimen Lembah Pantai.

Empat faktor berkenaan ialah pembesaran balai polis Jalan Travers, pembukaan pusat tahanan polis di Bukit Jalil, ramai pegawai petugas pilihan raya dan kaki tangan kedutaan negara di luar yang menetap di Lembah Pantai.

Timbalan ketua Umno bahagian, Yusri Ahmad berkata, berikutan itu jumlah daerah mengundi di Lembah Pantai meningkat kepada 19 berbanding 18 pada 2008.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan naib presiden PKR yang juga ahli parlimen lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai peningkatan mendadak pengundi pos di parlimen tersebut.

Dalam sidang media semalam, beliau mendakwa pengundi pos di Lembah Pantai ialah 2, 180 orang atau 3.1 peratus dari jumlah pengundi 70, 000 orang.
-Greenboc

Rahsia Besar Pemuda UMNO Malaysia? Bongkar!!!


No komen!
Baru nak berkhatan ghopenyerrr!
wakakakakaka!

budakbalun 08122011

PBB Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara!!

memang nak kena P*kimak la PBB neh! wakakaka!

Aduyaiii.. PBB nie...
Jangan masuk campur laa...
Ini urusan pejuang-pejuang bangsa,agama dan tanahair!

Ini melayu laaa...
kalau ikut UMNO, melayu otomatik Islam..
so, Islam UMNO mana ada zalim?
Islam UMNO lagi betul daripada Islam Syeikh Abdul Rahman As-Sudais!
lagi Islam daripada Sheikh Mohaisany!
Jauh lagi Islam daripada Sheikh Yusuf Al-Qardhawi!
Alim lagi kak Rosmah daripada Sheikh Mehdi Akif, Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir!
Tak caya? tanya Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor!

wakakakaka!!

Jangan tetiba PEKIDA/PERKASA gi demo depan pejabat PBB di Geneva dah laaaa!!
wakakakaka!!

budakbalun 08122011

RUU Perhimpunan Aman jadi sasaran pelapor khas PBB

Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.

Maina (kanan) berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri.

"Banyak sekatan ini adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Ia juga memberi budi bicara kepada pihak polis untuk membuat apa saja bentuk rakaman perhimpunan," kata Maina yang merupakan pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan.-Mkini