Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, July 20, 2011

Anwar-Najib... Antara 2 Darjat..




Sendiri pikir la siapa yang lebih ikhlas...
Yang dok bermewah-mewah dengan bini atau yang sama-sama sedut gas canister di jalanan bersama rakyat!

betul kata Pak Samad Said..
"Sekian lama Perdana Menteri berasal daripada golongan bangsawan atasan kecuali Dr mahathir.. sudah tiba masanya Perda menteri datangnya dari kalangan rakyat biasa"..
lebih kurang laaaa


Imbas kembali video klip DS Najib mengejek DS Anwar sehari selepas himpunan aman BERSIH 2.0...


budakbalun 20072011

Mari Membantu Pihak Polis!

Adik ni pun pandai layan youtube!


Teman mohon pada teman-teman yang celik IT..
Untuk membuat suatu kunjungan hormat ke mana-mana balai polis di seluruh Malaysia..
Bukan apa..
Nampak gayanye.. pihak berkenaan tak jumpa langsung video klip Himpunan BERSIH 2.0 hari tu..
kena la kita bantu..

so, pada yang handal IT tu.. gi la tolong..
Teman tak tau nengok youtube!
wakakakakaka!

budakbalun 20072011

Video BERSIH akan ditayang pada media

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini memberikan jaminan bahawa siasatan berhubung dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 2.0 akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Rakaman pada 9 Julai itu kemudiannya, menurut Ismail, akan ditayangkan kepada pihak media. "Saya sangat yakin dapat laporan dalam masa terdekat. "Akan ada sesi melihat video bersama-sama media dan menjawab persoalan," kata Ismail dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Berita Penuh

Susahnya PAS Kelantan Nak 'Rawat' Masyarakat


Cina-cina yang saman Kerajaan Kelantan ini bukan mewakili cina malaysia..
Mereka ini saman Kerajaan Kelantan bukan atas nama hak asasi manusia..

Tujuan mereka hanya satu..
Mau cari makan maaa..
Mau cari makan atas tipu.
Judi ini pun dah namanya ikut nasib..

so, harap-harap jangan ada manusia-manusia yang nak bagi komen bangang..

Silap-silap ada orang UMNO yang akan kutuk Kerajaan Kelantan sebab halang hak asasi manusia!
Ke akan ada suara UMNO dari Melaka?

wakakakak!
budakbalun 20072011

Tiga saman kerajaan Kelantan haramkan judi

July 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Julai ─ Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan PAS Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuat kuasa Februari lalu.

Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lepas.

Menurut laporan Bernama Online, ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.-

berita penuh-malaysianinsider

Mari Kenali 'Anjing' UMNO yang Seekor ini..

Klik gambo untuk besorkan..


Teman malas nak ulas..
Kome tengok la sendiri anjing nie...
Patut la ramai polis tak ada nama kat uniform hari tu..

Kepada Ketua Polis Negara yang arif lagi bijaksana..
Ni haaa!! Kat bawah ni ada 1 daripada ribuan klip video pasal kezaliman anak buah ko..
Tak payah la nak suruh-suruh rakyat gi hantar ke balai!
ke nak kena ajar anak-anak buah ko cara-cara nak bukak Youtube?
wakakakak!

budakbalun 20072011

Tuesday, July 19, 2011

Maaf.. Airmata 'Jantan' teman menitis....

Al-Fatehah!


Sebak baca tulisan Dr. Maza ni...
Tak sedor ayormata 'jantan' teman mengalir...
Iskkk...
Begitu hebat keperibadian Allahyarhamah..
Disedari hanya setelah ketiadaannya..

soalan terakhir dia pada Dr. Maza benar-benar menikam jiwa dan iman!

Ya Alllah..
Kau terimalah serikandi AgamaMu ini Ya Allah..
Dengan penerimaan kasih sayang...

Ameen!
budakbalun 19072011

Dr Lo'lo' yang saya kenali

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.
Artikel Penuh -mkini

Monday, July 18, 2011

Kenangan - Allahyarhamah Dr. Lo'Lo berbahas di Parlimen

Al-fatehah buat Srikandi Islam ini..
Yang mengorbankan segala aspek kehidupannya kepada perjuangan Islam..
Menegakkan yang haq dan menentang yang batil..
Dengan restu suami dan keluarga beliau keluar berjuang..

InsyaAllah..
Allahyarhamah sedang menuai segala usahanya di dunia kini dialam baqa..
Semoga Allah SWT memeliharanya disana..
Sepertimana seorang ibu menyayangi anaknya..

Ya Allah..
Kami rela menjadi saksi akan apa yang telah diperjuangkan oleh Allahyarhamah!
Terimalah penyaksian kami ini..
Ya Rahman..

budakbalun 18072011