Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, May 18, 2011

Penjelasan Isu 60 Pemuda 'PAS' Sertai UMNO



Kenyataan Media

Merujuk kepada kenyataan yang bertajuk ’60 orang permuda PAS sertai UMNO’ yang disiarkan Sinar Harian pada hari ini (17 Mei 2011), Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor (DPPKHS) melihat ianya hanyalah merupakan propaganda UMNO.

Untuk makluman para pembaca, saudara Azhar yang menyerahkan kepada Dato’ Idris hanyalah bekas ketua pemuda ketika PAS Sungai Tengi masih dalam peringkat penaja. Beliau telah meninggalkan PAS cawangan tersebut sejak slebih setahun lalu. Namun PAS cawangan langsung tidak merasakan kehilangan beliau kerana sebelum itu pun beliau tidak aktif menggerakkan PAS cawangan tersebut.

Selain itu, kenyataan bahawa beliau menyertai UMNO bersama 59 orang yang lain adalah meragukan. Ini kerana semasa beliau meyertai PAS dahulu juga beliau menyatakan terdapat jumlah pemuda yang sama akan turut menyertai PAS. Namun apabila diminta menyenaraikan nama-nama pemuda yang dimaksudkan ternyata beliau gagal.

Di samping itu, sebelum beliau mengumumkan menyertai UMNO, jumlah ahli pemuda PAS cawangan Sungai Tengi hanyalah 45 orang. Bagaimana beliau boleh mengisytiharkan seramai 60 orang pemuda PAS menyertai UMNO?

Hasil siasatan, DPPKHS juga berpendapat Saudara Azhar menyertai UMNO bukanlah dengan alasan sebagaimana yang dinyatakan. Sebaliknyadisebabkan beberapa perkara yang ingin beliau perolehi melalui PAS cawangan Sungai Tengi tetapi tidak dapat dipenuhi kerana ianya adalah untuk kepentingan peribadi beliau.

Ini juga membuktikan kelemahan pimpinan UMNO bahagian Hulu Selangor yang begitu terdesak untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada pimpinan tertinggi mereka.Kesimpulannya DPPKHS ingin menyatakan bahawa kami sedikit pun tidak merasa tergugat dengan apa yang disiarkan.

Sekian Terima Kasih,

“MEMPERSADA PERJUANGAN”

Yang Menjalankan Amanah,

Mohd Nizam Mat Rahim

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

17 hb Mei 2011 / 13 Jamadilakhir 1432H

s.k

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

budakbalun 17052011


60 Pemuda Pas sertai UMNO

SUNGAI TENGI - Menyedari hanya dengan penyatuan Pas dan UMNO dapat memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, 60 orang Pemuda Pas cawangan Ranting Sungai Tengi keluar parti menyertai UMNO.

Bekas Ketua Pemudanya, Azhar Shamsuddin berkata, kemasukan mereka ke dalam UMNO dianggap penggerak ke arah merealisasikan usaha menyatukan dua parti yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.

“Saya telah berfikir panjang dan memikirkan kata-kata serta cadangan Perdana Menteri supaya Pas dan UMNO bersatu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kerana sekiranya kita tidak bersatu, bagaimana usaha memperjuangkan bangsa dan agama ini akan terlaksana," katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar dalam program Komuniti Bestari 1 Malaysia.

Penyerahan borang keahlian UMNO itu disaksikan Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Husin dan Pegawai Jasa, Riduan Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Sungai Tengi, Saad Latip dan wakil Jabatan Penerangan Daerah Hulu Selangor, Khairil Anuar Ahmad.

Azhar berkata, beliau bimbang sekiranya DAP yang memperjuangkan sentimen perkauman terus menghimpit Pas sehingga parti berkenaan gagal dalam memperjuangkan agenda untuk bangsa Melayu.

Menurutnya, kaum Cina dalam DAP terus bertepuk tangan melihat gelagat Pas yang gagal dalam membawa membela bangsa malah sering bercakaran dengan UMNO.

“Bila Pemuda Pas ini masuk UMNO, sedikit sebanyak menggerakkan usaha dalam menyatukan dua kuasa politik Melayu dan Islam, malah kemasukan saya atas rela hati dan sedar dengan apa berlaku kini," katanya.


Monday, May 16, 2011

UMNO Si Gembala Kambing!

Kamilah Wira Melayu!!! Ke Wira Aeroback!!


Wakakakak!
Tergelak besor teman baca berita ni..

Pemuda UMNO desak Kerajaan Malaysia jangan naikkan harga barang??
memang 'pandy kutty' laaaa..
Sejak bila Pemuda UMNO ni ada taring?

Yang bestu tuh!
Kenyataan ini pun tak petik langsung nama- nama pemimpin pemuda UMNO..
macam secara tiba-tiba sahaja difax ke meja wartawan..
hahahaha!!
Safe play ke bro?
Sok kalau tetiba ada isu.. leh kata ini bukan kenyataan pemuda UMNO!
Ini dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu!!

Wakakakaka!!

Sudah-sudahlah berlakon..
Konon tak setuju.. konon membangkang..
walhal.. kerosakan sudah pun berlaku..
Dan agak mustahil dengan bangkangan ini..
harga barangan akan turun..
yillek!! poccik! pandy kutty!

wakakakaka!
budakbalun 16052011

Pemuda Umno desak k'jaan jangan naik harga RON95


Pergerakan Pemuda Umno Malaysia gusar dengan kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga minyak RON95. "Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak," kata kenyataan pergerakan itu hari ini. Sebagai contoh, katanya, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. - Malaysiakini

"Nasib Baik UMNO memerintah" kata makcik Felda..


Semalam teman balik kampung bini teman..
Ada kenduri kawin jiran di kampung iaitu felda..
Memang best la kendurinya..
teman pun dah lama tak jumpa kawan-kawan di kampung..
Sesambil menyembang.. sempat selit-selit 'pencerahan' politik sikit..

Ntah cemane masa menyembang dengan 2-3 orang makcik..
Mak mentua teman sempat perli pasal gula mahal la ni..
Tetiba je sorang makcik ni menyampuk..
"Nasib baik kerajaan Malaysia tolong bagi subsidi.. idak lagi la mahalnya gula tuh!"
teman terus nak bukak mulut tapi mak mentua teman sempat jeling..
ye la.. mak mentua teman dah tau dah..
tak best le bertengkar dengan makcik-makcik nih..
so, teman batalkan niat teman nak menyampuk..

makcik tu sambung lagi..
"Tu dalam TV dah kata.. Muhyiddin Yaasin kabo.. harga gula di Thailand(siam),di Singapura, di Filipina lagi mahal dari malaysia.. Nasib baik laaaa.."

adessss!!! mulut teman ni dah merenyam macam kena lumur dengan miang buluh wehhh!!!

wakakakaka!

apa nak kata?

budakbalun 16052011

Saiful Bukhari - 'Super' wibawa pada Hakim?


skripnya mudah..
"Selagi susuk tubuh Anwar Ibrahim ini tidak dihantar ke penjara.. PRU 13 tidak akan diadakan!"..
So hakim nak tak nak kena follow objektif skrip ini..

perkataan 'Prima Facie' ni dah diluahkan sejak zaman Mendiang Augustine Paul lagi..
Sejak Allahyarham Mokhtar Abdullah lagi...
Sejak Allahyarham Aris Rizal Christoper Fernando lagi...

Dan Malaysia sekali lagi diperingatkan dengan perkataan yang sama hari ni..

Ayuh rakyat Malaysia!
Buktikan 'prima facie' untuk kita nyahkan UMNO-BN jauh-jauh di PRU13 nanti!
budakbalun 16052011

Hakim: Saiful Bukhari saksi benar, berwibawa

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”. Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya. Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar. Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful. - Malaysiakini

Braheng oi.. Mengigau ko?


Adehhh..
Teman dok muyskil betul dengan hamba Allah yang seorang ni..
Ni la agaknya kesan dok hina ulama'..
Mengigau-ngigau..
Dia rasa macam rakyat Malaysia pandang dia sebagai ikon Islam kot?
tetiba mengamuk-ngamuk.. meracau-racau..
Jihad la.. perang salib laa..

Wehhh!!
Sedor la sikit..
Tak payah Kristian sibuk nak jadi agama rasmi Malaysia neh..
La ni pun makin ramai melayu yang ngaku Islam tapi hidup macam kristian!

Solat langsung diabaikan secara total..
Hiburan dan jadi kewajipan dalam hidup..
aurat dah jadi macam takde dah..
Hukum hakam Islam dilanggar sesedap hati dan nafsu..

Di televisyen..
Dari umur budak kecik..
sampai la tahap umur tua nak mampos..
semua nak disesatkan dengan pertandingan nyanyian yang langsung takde kena mengena dengan Islam!

Itu jauhhhh lagi bahaya daripada yang dikecoh-kecoh dek Braheng neh!!
adehhh!!
budakbalun 16052011

Ibrahim: 'Kalau nak perang salib boleh'


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini. “Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin. - Malaysiakini

Thursday, May 12, 2011

Undi Pos Dihapuskan? Terbaekkk!


Hmmmm..
Member teman sms bagitau berita ni..
Macam tak caya!

Usha-usha website sinar harian..
ye laaaa..
tapi ada musykil skit...
tetap dibuat 2-3 hari lebih awal?
apsal tak buat sekali aje dengan rakyat lain?
bukan 24 jam pun polis berkawal..
bukan 3 jam pun nak buang undi.. silap-silap tak sampai 20 minit pun!

lagi satu..
adakah kiraan undi 'awal' ni dikira pada hari pengundian tersebut atau kena tunggu hari penjumlahan undi?

adehhh!!

minta pencerahan skit pada yang tau?


silap-silap, last-last minit SPR adakan balik..
alasan ada maklumat undi 'awal' ini akan disabotaj!

macam guna dakwat dulu!

budakbalun 12052011

Tiada undi pos

PUTRAJAYA – Undi pos pada pilihan raya umum (PRU) akan datang hanya akan diguna pakai untuk anggota keselamatan yang bertugas di luar negara dan di perbatasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi anggota keselamatan yang tidak terlibat, undi mereka adalah seperti undi awam, di mana penggunaan borang khas untuk undi pos tidak perlu digunakan lagi.

Katanya, undi anggota keselamatan ini akan dikenali sebagai ‘undi awal’ kerana mereka tetap akan menunaikan tanggungjawab dua atau tiga hari lebih awal seperti undi pos sebelum ini.
“Mereka datang ke pusat pengundian yang ditentukan dan kita hanya serahkan kertas undi untuk dipangkah. Tidak ada lagi borang dua.

“Kita akan laksanakan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam.

Isu undi pos sering menjadi bahan kempen utama pihak tertentu yang menyifatkan undi tersebut sebagai penyelamat kepada calon-calon tertentu.-sinar harian