Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 11, 2010

Satu Lagi Kejayaan Rakyat Menentang Kezaliman!


Syabas Rakyat Malaysia!
Syabas pimpinan Pakatan Rakyat!
Syabas kepada mereka yang cintakan keadilan!

Syabas kepada penyokong UMNO yang sudah insaf dan mulai sedar..
Bahawa UMNO langsung tak boleh harap!

Syabas jugak kepada Kerajaan Najib yang jelas terpaksa!

errr.. kalau rakyat tak bantah..
kompom benda zalim ni berterusan!
Ni dapat stop kejap pun jadi la!
sementara nak humban terus UMNO-BN di PRU 13 nanti!
InsyaAllah.. Amin!

sunsnake 11082010

Senarai hitam saman trafik ditarik balik
Ogos 11, 10 6:40pm

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri. Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya. "Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya." Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

Berita Penuh

Surat Sokongan - Dah mula jadi Barah dalam PR!


Sudah-sudahlah tu MB Khalid..

Haramkan terus aje benda Surat Sokongan ni..
Banyak keburukan daripada kebaikan!

Sampai terpaksa pecat ahli-ahli majlis yang dilantik sendiri!

aduyaii!!

Sibuk nak bunuh nyamuk aedes..
Tapi air bertakung bekalang rumah dibiarkan!

bila nak abis??

Takkan nak tunggu rumah kena lelong?

sunsnake 11082010

Tee dipecat sebagai ahli MPK
Ogos 11, 10 4:00pm

Menteri Besar Selangor berkata Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Menurut Menteri Besar, tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli majlis supaya jujur dan telus dalam kerja mereka, dan tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan rakan dan anggota keluarga mereka.

Hebatnya Bung!


Bini baru dapat..
Hukuman penjara pun lepas!

Apa lagi nak Bung oii??
banyak-banyak la bersyukur pada Allah...

Lagipun.. undang-undang keizinan isteri pertama ni hanya dibuat manusia..
Dalam Islam leh sampai 4 bini wehh!!

cuma.. Hukum Hudud pun hukum Allah SWT jugak Bung oiii..
awat tak nak tolong tegakkan?
sunsnake 11082010

Poligami: Mahkamah ketepi hukuman penjara Bung

Ogos 11, 10
10:09am

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke ahli parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin atasnya itu dan menggantikannya dengan denda RM1,000. Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.

Bagaimana

pun jika gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama enam bulan.

Bung Mokhtar, ketika ditemui di luar mahkamah kemudian, berkata ia adalah hadiah Ramadan baginya.

"Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya. "Terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya dengan sebak. Isteri kedua beliau, pelakon Zizie Izette A Samad yang hadir menemani Bung Moktar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada mereka.

Apabila Melayu Islam Bunuh Diri...


Teman pernah ceritakan dulu..
Teman asal dari Slim River..
Yang kelilingnya banyak estet..
Yang majoritinya berbangsa India..

Dan minta maaf cakap..
selalu jugak teman dengor cerita India bunuh diri..
Baik gantung leher.. minum racun... bakar diri..
Walaupun tak selalu...
tapi kira pada teman.. bunuh diri ni sinonim dengan bangsa bukan melayu la di Malaysia ni..

Teman tak pasti apa hukumnya bunuh diri dalam agama Hindu atau Buddha mahupun Kristian..
tetapi didalam Islam ianya sangat-sangat berdosa besar!

Agak mustahil memikirkan yang seorang manusia yang mengaku Islam, membunuh diri!
Lebih-lebih lagi seorang manusia yang mengaku sebagai Pejuang Agama, Bangsa dan Negara!

Jauh di sudut hati teman.. teman melihat kes ini seolah-olah 'diselubungi' misteri..
Agak banyak persoalan dan kemusykilan..
Kalau kita baca di pelbagai forum baik pro PR mahupun Pro UMNO..
ramai dikalangan mereka masih sangsi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Polis.

"Terlalu ringkas dan mudah" itulah katakunci kemusykilan mereka.

Ada benarnya juga.. Polis benar-benar terlalu 'hebat' didalam kes ini sehingga berjaya 'menutup' kes ini dalam masa seminggu!

Tapi mana mungkin kita nak mengalahkan teori polis sedangkan kita hanya mengharapkan gambar dan berita di media sahaja?

Jadinya.. setakat ini.. terimalah hakikat akan kesimpulan yang telah dibuat oleh Polis..
Dan jangan lupa terangkan kepada rakyat betapa hinanya pemimpin UMNO yang seorang ini!
yang sanggup membunuh dan bunuh diri!

Sesuatu yang teman langsung tak pernah dengar dibuat oleh Bangsa India dan Cina di kampung teman dulu!

Tahniah UMNO! Satu lagi bukti konsep 1Malaysia!

sunsnake 11082010



Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

K
etua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.

"Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di Kuala Lumpur hari ini.

Berita Penuh

Kami Merinduimu Ya Rasulullah!















Tuesday, August 10, 2010

Isu Pasir - Lagi Bukti PR Selangor Perompak Sebenar!

Bekas Ketua Perompak meninjau bekas kawasan yang pernah dirompak!


Kompom!
Memang PR Selangor adalah perompak sebenar!
Sah! Sah! Sah!
Kompom bekas-bekas Ketua Kampung UMNO dah mula berpinar kepala!

Kalau dulu zaman UMNO memerintah, Ketua-ketua Kampung yang kampungnya takde pasir..
alamat melopong la!!
Itupun kalau kebetulan Ketua Kampung tu Ketua UMNO Cawangan / Bahagian..
merasa la jugak!
Kalau idak? harap 'dana' masyuk sesekali laaa..

Kalau Ketua Kampung tu kampungnya ada pasir..
huihhh!! memang joli katak laaa!!
Time tu memang banyak Ketua Kampung UMNO ada Mercedes menjalar depan rumah!
Time tu kalau nak cari mana rumah Ketua kampung..
Nampak rumah macam Banglo di tengah-tengah rumah orang kampung miskin..
dia la tuhhh!!

La ni... Zaman PR perintah..
semua tu ghuyyyuupp!!
Yillek! Poccik!
Ketua-ketua UMNO ni hilang pencarian!
Itu yang menyalak kononnya Hak Bumiputera dah tergadai!
Hak melayu dah terhakis!!

Kepala hotak korang laaa!!

Memang Kerajaan PR Selangor Perompak Sebenar!
Tapi perompak 'kekayaan' pemimpin UMNO Selangor terdahulu laaa..!!

Bezanya..
UMNO rompak untuk perut dan bawah perut pemimpin mereka!
PR 'rompak' untuk dipulangkan balik kepada rakyat..

Buktinya? abisss?? yang dalam bil Syabas tu apa??
Dulu ada ke Anak Toyo tu bagi?

Wakakakak!

sunsnake 10082010

KSSB sumbang hasil pasir kepada ketua kampung

SHAH ALAM, 10 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menunaikan janji memberikan keuntungan 10 peratus hasil pasir negeri itu kepada semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung seluruh negeri itu.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari semalam.

Seramai 368 pemimpin masyarakat itu dari sembilan daerah di negeri ini menerima sumbangan sekitar RM1793 seorang sebagai mengenang jasa mereka yang berhadapan terus dengan masyarakat akar umbi selama ini.

Haji Yaakob berbuat demikian selepas berucap dalam program Seminar Motivasi dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan Pasir Dari KSSB Kepada Ketua-ketua Kampung Negeri Selangor.

Dalam ucapannya, beliau berharap rakyat seluruhnya dapat menilai bagaimana perbezaan antara bentuk pentadbiran dua kerajaan BN dahulu dan PR sekarang.


Berita Penuh