Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 29, 2010

PRK Hulu Selangor (5)- Lagi calon recycle dari UMNO?

"Kita ada banyak calon yang berkelayakan"..
Itulah jugak kata-katanya sewaktu dalam proses pemilihan calon UMNO di PRK Dun Bagan Pinang dahulu namun akhirnya calon 'recycle' jugak yang terpaksa dinamakan sebagai calon UMNO!

Kali ini ayat yang sama jugak berulang bagi tokoh UMNO 'Mike Tyson'! Apakah ini juga akan membuahkan kemenangan buat UMNO-BN?

Perlu diingat, reputasi UMNO-BN sebenar semakin merudum selepas kemenangan mereka di Bagan Pinang. Kedua-dua bekas pemimpin UMNO ini sememangnya sangat diketahui terlalu banyak kes rasuah termasuk yang berskala besar! Mungkin tak perlu teman ulangi kes-kes tersebut terutama kes 'wang tunai berjuta dalam bes' oleh MIke Tyson suatu ketika dahulu yang langsung menamatkan kariernya sebagai Menteri Besar Selangor!

Apa-apa hal.. teman sokong MIC dalam isu calon ini!
sunsnake 29032010

TPM TAK FIKIR MAT TAIB MAHU BERTANDING DI HULU SELANGOR - malaysianinsider

Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Muhyiddin Yassin.

Dia berkata BN tidak berada dalam dilema untuk menentukan calon sama ada daripada Umno atau MIC, tetapi berada dalam dilema kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan.

"Kita tidak berada dalam dilema, tetapi dilema kita kerana ramai calon yang layak... calon yang baik yang boleh kita ketengahkan. Kita tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh kita ketengahkan," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan daripada Umno yang ingin mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berkata: "Saya tidak fikir Mat Taib (Muhammad) setuju."

Berita 'standard' bila nak ada PRK


Asal nak ada Pilihanraya kecik aje..
Adalah berita-berita macam ni..
Kompom punyalah!
Dulu nak PRK Kuala Terengganu.. macam dah habis dah semua cawangan PAS di situ bubar!
Last-last mari PRK leh menang pulak!

Di PRK Bukit Gantang lagi teruk!
Macam dah habis dah semua cawangan-cawangan PAS di Changakat Jering!
Ahli PKR jangan cerita la.. macam dah tutup semua ranting PKR di Perak tuh!
Last-last kena titik gak UMNO-BN!

Di PRK Permatang Pauh, Penanti lagi laa jangan cerita..
Tinggal Anwar Ibrahim dan keluarga dia je PKR kat situ..
Last-last tak cukup tanah si Ariff tu kena titik!

NI dah dekat-dekat nak PRK Hulu Selangor nie..
taktik yang sama gak kedengaran..
err.. petanda PR nak menang la tu kot?
sunsnake 29032010

700 anggota Pemuda PKR keluar parti
Mac 28, 10 8:30pm
Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh. Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti. "Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail. - Bernama

Tajol Rosli 'lempang' Zambry Kader!

Aduhhh!!!!
Tambah kronik negeriku ini...
Apa la perancangan sebenar Tajul Rosli nih!
Apa la maksud sebenar dia terima surat nih!
Apa la yang dia nak buat?
Dan yang paling misteri..
Apsal la dia macam tak puas hati kat Zambry nih!
sunsnake 29032010

TAJOL ROSLI IKTIRAF SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER YANG SAH

Posted by MisbahulMunir Sunday, March 28, 2010
YB Sivakumar menunjukkan surat jawapan yang ditandatangani oleh Tajol Rosli.


YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Sunday, March 28, 2010

PAS menyantuni penduduk Estet di Hulu Selangor!

Ladang Escot hilang di peta Kemajuan Selangor dahulu!

Pada pagi 27 Mac 2010, satu aktiviti yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah didakan di Ladang Escot, Hulu Bernam. Majlis yang diberikan kerjsama oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam ini adalah bertujuan mengadakan sesi dialog dan penerangan diantara penduduk dengan exco-exco, PKNS dan pihak yang berkaitan. Turut diadakan adalah aktiviti khidmat pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

Sesi yang bermula kira-kira jam 10.00 pagi ini telah berlangsung selama lebih 2 jam dan diantara pengisiannya adalah penerangan oleh YB Xavier dan YB Saari Sungib disamping penjelasan oleh wakil PKNS.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk disini adalah berkaitan dengan perumahan dimana Ladang tempat mereka bekerja selama puluhan tahun telah pun ditutup dan diserahkan kepada pihak lain. Nasib mereka terumbang-ambing dan menambah lagi bebanan mereka adalah boleh dikatakan setiap rumah disini ketua keluarganya mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik. Ramai dikalangan ketua-ketua keluarga mereka menghidapai sakit jantung, kencing manis, darah tinggi yang menyebabkan kehilangan punca pendapatan.

Sebelum ini mereka ditawarkan untuk membeli rumah-rumah PKNS namun oleh kerana pendapatan yang kecil dan tidak menentu, pihak pemberi pinjaman tidak mahu menerima permohonan mereka.

YB Xavier selaku Exco bagi Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin telah memberikan penerangan yang sangat baik disamping berjanji dirinya sendiri akan memantau dan melaksanakan apa yang termampu bagi mencari penyelesaian. Beliau meminta agar penduduk kampung menubuhkan satu jawatankuasa dan akan mengadakan satu pertemuan di pejabat beliau dalam waktu terdekat.

YB Saari Sungib yang turut hadir bagi menggantikan YB Iskandar Samad turut sama berjanji akan memberikan kerjasama dalam menangani masalah penduduk miskin ini. Sebagai pengganti, beliau akan mengutarakan segala permasalahan hari ini kepada YB Iskandar yang juga selaku exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Aktiviti berakhir kira-kira jam 12.30 petang dan diakhiri dengan sedikit sumbangan yang disampaikan oleh YB Xavier kepada penduduk-penduduk yang layak. Majlis bersurai selepas makan tengah hari.

p/s: Pada pandangan teman, permasalahan utamanya adalah kemiskinan. Walaupun petempatan ini kecil namun ianya agak hampir dengan pekan namun seolah-olah dipinggirkan dari peta kemajuan Selangor! Projek Lembah Bernam yang dijalankan betul-betul diatas tanah tempat tinggal mereka sepatutnya memberikan banyak kelebihan namun akhirnya mereka yang terpaksa mencari tempat tinggal baru!

sedikit rakaman peristiwa..

Tekun betul cik-cik misi kita buat kerja.. hehehe suka tengok!

Barisan Exco-exco dan pimpinan masyarakat serta wakil dari PKNS

Penduduk Ladang yang hadir bagi mendengar sendiri maklumat

Pengarah Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor menyampaikan ucaptama

Salah seorang penduduk meluahkan permasalahan dan kemusykilan

YB Xavier menjawab dan memberi penjelasan.. serta tindakan yang akan dilakukan..
"jangan janji kosong ye YB?"

Sumbangan disampaikan buat mereka yang layak..

Misi akhir.. bergambar dengan YB Saari Sungib!

Kebaikan Akhlak bukan lagi keutamaan BN!


Seks bebas tak mengapa asal jangan tak mengaku!
Itulah prinsip politik Amerika sejak dulu.. Sememangnya mereka tidak pernah menggunakan agama sebagai asas politik dan mungkin sesetangahnya dalam hidup mereka sendiri!

Kemenangan Chua Soi Lek benar-benar telah membuktikan bahawa buruklah macam mana pun peranagi kamu, bebas lah macam mana pun seks kamu.. Asalkan kamu jangan menipu pastinya kamu akan dipilih sebagai ketua!

Adakah ini suatu fenomena yang baik?
sunsnake 28032010

Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
Mac 28, 10 10:33am
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

artikel penuh

PRK Hulu Selangor (4)- Malaysiakini gagal fahami mesej rakyat disini?





Teman mendalami tulisan wartawan Malaysiakini ini namun nampaknya dia tertinggal suatu fakta yang amat penting pada malam tersebut.

Wartawan ini cuba membandingkan kehadiran rakyat ke majlis anjuran PKR pada malam tersebut dengan Majlis Juara Rakyat di Bukit Sentosa sedangkan perbezaan antara 2 aktiviti ini terlalu jauh!

Sedarkah wartawan tersebut, karnival UMNO Juara Rakyat adalah dianjurkan oleh UMNO Pusat dan yang 'dipaksa' hadir adalah dari segenap pelusuk negara? Malahan yang dari Johor pun diangkut dengan berpuluh-puluh buah bas! Sedangkan yang hadir di Stadium Kuala Kubu pada malam tersebut datang dengan kenderaan sendiri ataupun bas yang disewa sendiri?

Yang paling penting, kehadiran rakyat Hulu Selangor pada malam tersebut adalah 'pure' rakyat Hulu Selangor. Tidak ramai orang luar dan kalau ada pun hanyalah yang datang dari kawasan sekitar seperti Tanjung Malim dan Slim River.

Teman dan beberapa orang sahabat juga sangat terkejut dengan kehadiran orang ramai pada malam tersebut terutama dari Felda-felda dan kawasan-kawasan yang agak jauh!

Mungkinkah ini petanda baik buat Pakatan Rakyat?
sunsnake 28032010

Acara malam semalam menjadi pembuka tirai kepada pilihan raya kecil yang bakal diadakan bagi Hulu Selangor. Kesannya masih terlalu awal untuk diteka. Kehadiran sekitar 5,000 di ceramah tersebut jauh lebih kecil berbanding kira-kira 10,000 yang hadir di program Juara Rakyat pada 9 Januari lalu. BN juga dilihat berada dalam kedudukan lebih selesa, berbanding Pakatan. Sejak sebulan yang lalu, tiga ahli parlimen PKR berpaling tadah dan seorang lagi pula dengan rela hati dipecat daripada parti itu.

artikel penuh