Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, February 7, 2010

Inilah bukti Kemajuan Malaysia!! Tahniah UMNO

Gambor hiasan aje wehh!!


Tu laaa.. Sepatutnya kita semua follow je apa yang Menteri2 ni cakap..
Kita ni sedang menuju Negara Maju..
Bila nak jadi negara Maju.. Harga barang keperluan kena naik..
Baru sesuai dengan taraf Negara Maju tu..
Hangpa pernah ke gi Amerika?? Amerika kan negara maju?

Jamaludin Jarjis kan la ni duta Malaysia kat sana..
So, dia la yang kabo kat kabinet yang harga barang di Amerika mahal dan kalau Malaysia nak setanding dengan Amerika, kena la follow...

p/s: UMNO2 totok kalau baca petikan di atas kompom akan melopong mulut sambil berkata
"woooo.. macam tu rupanya... baru aku tau... Hidup Melayu!!!"
sunsnake 07022010

BEBERAPA HARGA BARANGAN NAIK HINGGA 140% : CAP - melayau

Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.

"Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti Milo, susu pekat manis dan rempah-ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini.

Sumber - Utusan

Saturday, February 6, 2010

Bila mengadu kat tuhan pun kena paksa....


Buat majlis ceramah kena paksa orang datang..
Buat perasmian kena paksa orang datang..
Buat Karnival kena sogok orang datang..
Buat Juara Rakyat pun kena sogok orang datang..

La ni yang terbaru..
Nak buat Solat Hajat pun main paksa-paksa orang datang!!!

Subhanallah!
Ape ke he nye yeob?
Dengan tuhan pun nak paksa-paksa!
Apsal tak paksa semua ketua-ketua MCA dan MIC datang sekali?

UMNO..UMNO.. Saat-saat kehancuranmu semakin jelas..
Tiada penafian..
sunsnake 06022010

Zambry gelisah, guna jentera kerajaan untuk politik
Harakahdaily
IPOH, 6 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kerajaan BN/Umno semakin resah gelisah sehingga menggunakan jentera kerajaan termasuk setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk mengerah pegawai kerajaan dan isteri hadir solat hajat di kediaman menteri besar malam ini.

Setiausaha PAS negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menganjurkan solat hajat waktu menjadi kerajaan tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau jabatan agama untuk mengerah pegawai kerajaan hadir.

“Kita guna jentera parti pertahan kerajaan tetapi Umno/BN guna jentera dan pegawai kerajaan untuk pertahan kerajaan. Jadi Umno peralat pegawai kerajaan untuk kepentingan politik,” ujarnya.

Selain itu, katanya penyelaras masjid juga diperkuda untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid melalui panggilan telefon supaya hadir ke majlis itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jemputan yang dihantar oleh SUK melalui sms kepada semua pegawai kerajaan bersama pasangan ke program solat hajat itu dengan berpakaian baju kebangsaan dan sopan.

Najib...Najib.. Sama level je hotak dengan Saiful CIFU!


Harap teman-teman semua pikir la sendiri dengan statement Perdana Menteri kita nie..
Kalau teman.. kalau dah nama beli guna duit negara.. bukan itu jawapannya!
Abiss?? sape berkenan dengan kereta proton saga 1st model kat Muzium Negara tu leh la amik??
Barang dah lama maaaa!! bukan aset strategik pun!!!!

sunsnake 06022010

Enjin F-5E yang hilang bukan aset strategik: PM

KUALA LUMPUR: Semua usaha diambil untuk menemui semula dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang dan dikesan di Uruguay walaupun ia bukan aset strategik kepada negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kedua-dua enjin jet pejuang F-5E itu berusia lebih 35 tahun kerana ia dibeli pada 1972.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan tinjauan di Kampung Baru di sini hari ini, katanya nilai enjin berkenaan ialah kira-kira RM303,000 setiap satu.

"Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18," katanya.

Najib berkata, enjin itu bukan lagi untuk pesawat barisan hadapan dari aspek kemampuan dan teknologi.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata kerajaan Uruguay telah mengesan dua enjin yang hilang itu dan usaha sedang dilakukan untuk membawanya balik.

Enjin itu dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Disember 2007 dan 1 Januari 2008.

Dua individu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kehilangan enjin itu dan kedua-duanya meminta dibicarakan. - Bernama

Sorry Saiful, gua tak dapat pecahkan lu punya!


Aduhh..
Petang semalam dah sekali...
Malam tadi dah sekali..
Pagi tadi dah sekali..
ni lepas Asar ni jadi lak lagi!!??

Dah naik penat dan sengal dah nih!
Dah tak ter'kemut' dah ni..

Belakang parang pun kalau diasah! boleh guna untuk potong daging!
Inikan pulak untuk potong 'balak'!

Orang rumah pun naik pelik..
Bior benor abang nie.. Dah 3 kali dah sejak semalam!
"hebat betul abang kali ni!
"Apa yang abang makan?"

Haaaa.. jangan pikir macam-macam haaa..
Masuk ini dah hampir 4 kali teman ke 'jamban'!!
Gara-gara banyak sangat 'rasuah' limau raya cina la nih!!
berkotak-kotak sampai ke opis!
Berkotak-kotak jugak la teman bawak kerumah..

Sesambil layan internet ni pun haa..
dah 5-6 biji teman 'balun'!!
bukan selalu syeikh..
time Raya cina ni melayu plak yang 'overdose' Vitamin C!!

Buat Saiful "CIFU"..
Sorry bro, gua belum dapat pecahkan rekod lu 2.7 hari tak mem'buang'!!!
sunsnake 06022010


Bomba pun ada? Macam tau-tau je nak bakar-bakar?

Suburnya Demokrasi di Negeri Pakatan Rakyat

Begitulah hebatnya... Betapa bebasnya bersuara di Pulau Pinang, salah sebuah negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat atau secara khasnya DAP.

Tidak ada water canon yang memancutkan air..
Tidak ada FRU yang melayan manusia seperti binatang..
Tidak ada Polis yang menjerit-jerit macam kongkang..

Yang ada di sini..
Polis yang hampir tersenyum sepanjang demo,
FRU yang sudi membuka jalan bagi pendemo lalu..
Mungkin sepatutnya FRU tolong bancuhkan air sirap kerana cuaca agak panas hari tu..

Kalau kat KL? Nak mampos!
Kat Tg. Malim lagi dah ada roadblock!
Kat Seremban lagi dah kena sekat!
Kat Maran lagi dah 3-4 lapis polis bersidai!
Kat Sekinchan lagi Polis dah letak kon!

Tapi lain di Pulau Pinang...

Yang istimewanya, Bomba pun ada!!
Macam tau2 pulak pendemo nak bakar-membakar!

ke kebetulan balai bomba dekat?
ada sapa orang penang leh komen?
sunsnake 06022010















sumber - Anak Sungai Derhaka

Friday, February 5, 2010

Guan Eng mengaku Cina, tapi mamak mengaku UMNO!


Teman memang sampai bila-bila takkan setuju dengan ISA..
Sebab tu teman sanggup kena hambat dengan Polis dan FRU masa demo anti ISA tahun lepas!

Tapi kalau dah demo sampai bakar-bakar patung pemimpin, sampai maki-maki dan mencarut!
Ini Apa kes?
Mana dia FRU yang bukan main gagah hayun cota kat KL selalunya?
Mana Polis-polis yang bukan main setia tutup jalan-jalan KL sampai traffic jammed 20-30 km?

Yang palin heran apa Polis Penang buat? Kena ikat 'anu' dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Kalau benar siapa yang bayar gaji Polis? Bapak Najib Tun Razak? Tapi bapak dia dah mati?

Kalau rakyat Malaysia buta hati dan jiwa lagi teman tak tau laa..
Terang-terang demo (anjuran UMNO sebenarnya) ini amat merbahaya dan sangat-sangat berbaur perkauman!
Belum sudah kes PA Najib hina Kaum Cina dan India (dia kata Cina datang jadi pelacur, India datang minta sedekah) kat Melaka, dah bakar-bakar gambar pemimpin berbangsa Cina di Penang.. Adusss!!!

Secina-cina Guan Eng, dia tak mengaku dia orang melayu..
SeIndia-india Gobalakrishnan, dia tak mengaku dia orang Melayu..
Semelayu-melayu Zambry dan Azeez, depa tak mengaku depa tu mamak!!!

sunsnake 05022010

Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar
Feb 5, 10
3:19pm

Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

sumber - Malaysiakini