Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, January 12, 2010

Macam ada Pilihanraya nak mai nih!


Selalunya, bila harga sawit naik tiba-tiba nie.. Pilihanraya nak datang..
Ingat lagi sewaktu PRU12 2008, bukan main mahal lagi harga sawit!
Bukan main suka lagi orang-orang Felda! Itu yang boleh kata PAS kalah di semua UPU Felda tuh!

Wallahua'lam..
sunsnake 12.01.2010

Harga lepasi RM3,000

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Harga minyak sawit mentah (MSM) diramalkan mampu melonjak ke paras RM2,500 setan sehingga melepasi paras RM3,000 setan pada suku pertama tahun ini berikutan peningkatan permintaan dari China, India dan Kesatuan Eropah.

Menurut Pengerusi Kumpulan Perladangan Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, jangkaan ini adalah berdasarkan analisis pelbagai pihak dan aliran harga yang menunjukkan prospek baik menanti tahun ini.

Pada pukul 3.55 petang ini, harga minyak sawit berada pada paras RM2,570 setan.

Musim pengeluaran yang agak rendah disebabkan hujan antara November dan Mac tahun ini turut menjadi faktor yang bakal merangsang kenaikan harga komoditi sawit ini, kata beliau pada majlis perasmian seminar pengurusan Kumpulan Perladangan Felda 2010 di sini.

Mohd Yusof berkata, pengeluaran minyak sawit pada 2010 dijangka berjumlah 17.3 sehingga 17.8 juta metrik tan berbanding 17.5 juta metrik tan bagi tahun 2009.

"Pada masa ini mereka yang terlibat dalam industri sawit merasa lega kerana prospek harga minyak sawit kekal pada RM2,400 setiap tan pada Disember 2009," katanya.

Biarpun harga yang pernah mencecah RM4,4438 pada Mac 2009 sukar diulangi, paras harga minyak sawit bakal bertambah baik, katanya lagi.

Pada minggu lepas harga minyak sawit mentah meningkat kepada RM2,626 manakala harga buah tandan segar (BTS) ialah RM516 satu tan.

Kumpulan Perladangan Felda mensasarkan pengeluaran BTS sebanyak 8.63 juta tan metrik dan sebanyak 15 juta metrik tan BTS turut dijangka diproses oleh Kilang Felda.

Manakala katanya, pengeluaran MSM adalah dijangka sebanyak 3.13 juta metrik dan ini melibatkan kos pengeluaran BTS sebanyak RM198 setiap tan.

Katanya, purata harga jualan MSM adalah RM2,100 setiap tan.

Dalam perkembangan lain, Felda melalui anak syarikatnya, Felda Palm Industries (FPI) akan melaksanakan Projek Loji Janakuasa Biomass kedua di Jengka yang dijangka siap pada Disember 2011.

Katanya, ini memerlukan 300,000 tan tandan kosong kelapa sawit (EFB) sebagai bahan bakar dari tujuh buah kilang sawit.

Ini adalah bagi menyokong usaha dan saranan kerajaan supaya industri komoditi di negara turut serta dalam menyumbang kepada industri tenaga.

Sebelum ini, FPI mempunyai sebuah lagi kemudahan, Biomass Power Plant, di Sahabat, Sabah, yang berjalan lancar sejak 2006. - Bernama

Saturday, January 9, 2010

Catatan Pengalaman di Ekspo "UMNO Juara Rakyat! (Bergambar)

Salam,

Teman berkesempatan turun ke ekspo 'UMNO Juara Rakyat'pagi tadi.. jarak yang hanya beberapa ratus meter dari rumah teman juga menjadi faktor teman tergerak hati.. Tambahan time rehat lak..

Kebetulan pulak,ketibaan teman 'disambut' oleh Najib dimana dia baru je nak memulakan ucapan perasmian..Kelihatan pimpinan UMNO dah penuh atas pentas.. aikk?? Zambry 'Ghandi' pun ada???

Teman yang berpakaian uniform keje dengan yakin dok sekali dalam kumpulan UMNO nih! Perrgghh!!! Berdebar gak syeikh!! selalu dok usha dari jauh je masa penamaan calon! Ini duk dalam kumpulan ni sekali!! "Ya Allah! Janganlah Kau timpakan bala diwaktu ini, idak dengan aku-aku sekali mati katak!!!" bisik teman dalam hati.

Teman dan 2 rakan berjaya melawat hampir kesemua gerai dan pameran.. Laluan becak giler! Hujan lebat sejak pagi semalam (jumaat) memang membantu membecakkan lagi kawasan tuh!
Jelas, Allah SWT lebih berkuasa dari mereka.. Perancangan yang begitu hebat tapi Allah SWT lebih hebat!

Bas dan Gadis Melayu UMNO!
Ini la jumlah bas paling banyak teman pernah tengok di Bukit Sentosa setakat ini! Paling-paling tidak 50 biji! kome darab le sendiri.. Dari orang India,Orang Asli dan paling ramai melayu! Baik yang tua... yang muda..yang bergetah! yang kendur semua ada! Tapi paling ramai perempuan muda laa... Itu kelebihan UMNO.. jenis anak-anak gadis melayu yang pakaian tak berapa senonoh ni memang 'makanan' UMNO laaa!! bukan nak tarik jadi baik! jadi balaci kempen je laaa!! Kesian teman tengok puak-puak gadis ni merayau-rayau edar risalah UMNO.. Pahala tak dapat..dosa lagi ada sebab dedah aurat! Wallahua'lam

Makcik UMNO
Sewaktu Najib berucap, teman berada di sebelah kanan pentas.. melaui 'denai-denai' becak. Akhirnya dengan bersusah-payah,sampai la teman ke pameran perhubungan UMNO negeri-negeri.. Sewaktu di pameran UMNO Negeri Perak, teman dapat cenderamata dari makcik UMNO berupa buku nota kecil Yayasan Perak dan Sticker cermin "Daulat Tuanku"!! Makcik tu siap sound "buku ni boleh tulis no telefon awek! sebab buku ni kecik bini tak tau,boleh sorok!!!" hek elehhh!! Dah la tulisan Wanita UMNO sikit punya besor kat baju merah 'meghelit' dia! Bagi idea yang sungguh kurang sopan! kalau laki dia buat macam tu cemane??

Pemuda UMNO
Di bilik pameran UMNO lain pulak suasananya.. agak tenang macam takde orang.. mungkin semua tengah sibuk layan Najib ceramah! Ada susunan gambor-gambor Ketua-ketua Pemuda UMNO sejak yang pertama sampai la KJ.. Setiap satunya akan ada sedikit biodata dan quote kata-kata keramat mereka.. Tapi sampai tang Anwar Ibrahim selaku Ketua Pemuda UMNO kelapan, kosong je.. takde quote kata-kata Pak Sheikh! mungkin sebab kata-kata keramat Pak Sheikh "Suara Rakyat, Suara Keramat!" tu yang allergic UMNO nak tayang tuhh!! hehehe


Yang geng-geng Pemuda UMNO pulak dah macam bouncer kelab malam! Muka serius macam nak makan orang! Konon dah hensem sangat la dengan kacamata hitam! Berkepul-kepul asap rokok..sambil melayan awek-awek Puteri yang kebanyakkannya tak cukup kain!

Cenderamata
Seperti biasa... key chain berlogo UMNO dan BN menjadi cenderamata wajib. Ada jugak belon UMNO dan BN untuk kanak-kanak. Ada keychain berkompas tuh!!! Ada kalendar kecik.. Ada jugak badge 1 Malaysia.. UMNO dan BN.. tak tergamak nak ambik! dia bagi terus teman 'letak' kat atas tanah! Banyak lagi laaa!!! Surah Yaasin pun ada syeikh!

Air 1Malaysia!
Masa nak balik teman dan kawan-kawan nyinggah kejap di tempat redup tepi tapak ekspotuh.. tekak kering siot! Pekena air 1Malaysia beb! Kata brader tu laaa... hahaha.. airnya warna pink macam bandung tapi ala-ala koktel gitu... ada buah-buahan potong.. layan gak!

Kesimpulannya
Kesimpulan yang teman dapat buat.. Apa sebenarnya juara dalam penafsiran mereka?
aktiviti ini semata-mata mahu mencari keuntungan! serampang dua mata! UMNO mahu menunjukkan kononnya mereka prihatin dengan masalah rakyat tetapi sebenarnya penganjuran ekspo ini adalah semata-mata untuk keuntungan! Semuanya berbayar hatta parking!
Peniaga-peniaga didalam tapak ekspo sudah pastilah kroni-kroni yang bertuah! Dan apa yang ada untuk penduduk Bukit Sentosa? teman dapat melihat beberapa orang penjaja Bukit Sentosa hanya mampu berniaga di celah-celah kenderaan yang parking. Jual air minuman, jual burger dan jajan.. Dan selepas UMNO ini balik nanti, begitulah kehidupan mereka..malah mungkin lebih teruk sebab harga gula dah UMNO naikkan!

Apek pomen motor
Teringat kata-kata apek pomen moto yang ditemui petang tadi sewaktu menukar tiub motosikal teman yang pancet "ini makan-makan saja la best! Semua kena bayar! baik pegi pasar malam lagi selesa maa! Lagi banyak pilihan! Lagi sedap! Itu laki-laki baju putih muka garang maa... macam mau pukul orang! saya sampai depan saja talak berani masuk!"

adusss!!!
sunsnake 09.01.2010

Thursday, January 7, 2010

UMNO, Juara Rakyat?

Salam,

Nampaknya Bukit Sentosa/Bukit Beruntung semakin dipenuhi dengan ‘pejuang-pejuang melayu’ yang bercita-cita mahu menjadi ‘Juara Rakyat!”

Hairannya? Mengapa setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, setelah 6 Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri Malaysia,

UMNO masih lagi terpaksa mengadakan kempen yang bertajuk ‘UMNO Juara Rakyat’?

Apakah mereka masih lagi menjadi naib Juara semenjak merdeka?

Apakah mereka merasakan mereka semakin jauh ketinggalan sehingga terpaksa ‘memaksa’ rakyat menobatkan mereka sebagai juara?

 

Bukit Sentosa

Kelihatan ketika ini persiapan program mereka di Bukit Sentosa, Rawang begitu hebat dan mewah!

Dimana-mana sahaja boleh kelihatan kenderaan-kenderaan mewah dan bergaya yang pastinya berharga ratusan ribu ringgit di sekitar kawasan ini.

Sabtu lepas (2hb Jan 2010) penduduk Bukit Sentosa gempar dengan kehadiran berpuluh-puluh kenderaan mewah yang memenuhi sekitar tapak pesta berkenaan iaitu di tengah-tengah Bandar Bukit Sentosa.

Selaku penduduk yang berstatus ‘luar bandar’ mengungkap status yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, kehadiran sebanyak itu kenderaan mewah benar-benar mengejutkan. Teman sendiri ‘terliur’ melihat jenama kereta-kereta mereka!

 

Oleh kerana istilah ‘Juara Rakyat’ digunakan oleh UMNO, maka agak hairan dan pelik disaat rakyat Malaysia semakin dihimpit dengan tekanan kewangan yang semakin meruncing, kenaikan harga barang yang berpunca daripada kenaikan harga minyak mendadak di zaman Pak Lah dulu namun pimpinan UMNO masih lagi ‘berselera’ mahu menunjukkan kekuatan kewangan mereka kepada rakyat. Inilah dia UMNO, Dulu Kini dan mungkin selamanya gagal memahami apa yang tersirat di hati rakyat terbanyak!

 

Samseng dan kebudak-budakan

Gaya dan tindak-tanduk ahli-ahli UMNO yang semakin memenuhi bandar kecil ini juga agak jelas kelihatan angkuh dan sombong!

Ada kes dimana kereta seorang ahli PAS dikerumuni oleh petugas-petugas UMNO yang amat jelas tidak berpuas hati dengan logo ‘Tuk Guru’ di cermin hadapan keretanya. Malahan hampir-hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita yang datang dari pejabat wakil rakyat BN di Bukit Sentosa.

Inikah dia ‘Juara Rakyat”? Atau inikah dia ‘Samseng Rakyat’? Siapa sokong dia selamat, siapa membangkang dia bakal disakiti?

Apakah UMNO mahu menjadikan Bukit Sentosa dan seluruh Malaysia ini seperti Bagan Pinang.

Semua orang tahu betapa samseng dan biadapnya UMNO di Bagan Pinang semasa PRK Dun tersebut beberapa bulan lepas. Sehinggakan ada petugas PAS yang dikejarkan ke hospital kerana cedera diserang oleh pemuda-pemuda berbaju Dacing dengan parang,helmet malahan ada dilaporkan Pedang Samurai!

Malangnya semua laporan polis yang dibuat disimpan rapi oleh Polis Negeri Sembilan sebagai catatan sejarah yang mungkin tidak akan dimuziumkan.

 

Teruskanlah berlakon sebagai ‘Juara Rakyat’ duhai UMNO.. Dan yang nyata, keyakinan rakyat terbanyak semakin terhakis terhadapmu.

Selagi UMNO menjadikan keruntuhan moral dan akhlak remaja melayu sebagai modal ‘tenaga kerja’ mereka, maka semakin hilanglah keyakinan rakyat terutamanya golongan bukan melayu. Sedih dan pilu sebenarnya apabila terpaksa berhadapan dengan adik-adik sebangsa yang rosak dek ajaran sesat ayahanda UMNO mereka.

 

PEKIDA

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia, itulah keindahan nama pertubuhan ini tetapi malangnya namanya tidak seindah akhlak ahli-ahlinya!

Amat dikesali kerana sepatutnya merekalah yang menjadi ‘juara’ Islam sesuai dengan keindahan namannya. Namun lihatlah dimana-mana pun, jelas kelihatan betapa hodoh dan hinanya gaya ahli-ahli mereka iaitu anak-anak muda yang mengaku memperjuangkan Islam! Adakah mereka keliru dengan perbezaan melayu dan Islam? Wallahua’lam.

Ajaran Islam hampir tidak kelihatan jika dilihat dari segi etika dan gaya hidup mereka! Seperti contoh di kawasan ini, tidak pernah dilihat mereka menjadi ‘Juara’ dalam aktiviti Islam apatah lagi kelihatan di masjid!

Nampaknya pertubuhan ini telah berubah daripada Kebajikan Dakwah Islam kepada Kebajikan Dakwah Melayu. Sekali lagi amat malang kerana sebenarnya masih ada ahli-ahli PEKIDA ini yang ikhlas mahu mendaulatkan Islam lebih daripada mendaulatkan melayu.

 

Semoga Allah SWT membantu perjuangan Islam yang sebenar di muka bumi-Nya ini. Dan buat mereka yang bersungguh-sungguh mahu menjadi ‘Juara Rakyat’, jadikanlah Islam sebagai asas dalam segala tindakan agar Keredhaan Allah SWT menjadi agenda utama dan pastinya akan disusuli dengan ‘keredhaan’ rakyat.

 

Wallahua’lam.

 

Sunsnake 07.01.2010

 

 

 

Wednesday, January 6, 2010

Apabila Menteri UMNO bagi nasihat pasal Islam...


Pendapat teman yang jahil agama ni..
Puak-puak Kristian yang masuk court tu bukan lagi kafir Zimmi.. tapi dah jadi kafir harbi!
So, ini bukan masa nak 'bertoleransi' dengan mereka!
Dah banyak kali perbincangan yang dianjurkan oleh Menteri UMNO yang jaga agama Islam ni.
PASTI akan berakhir dengan kerugian di pihak Islam!

Teman secara peribadinya memang tak harap langsung yang UMNO dan agensi-agensinya mampu melawan balik untuk menghalang puak-puak Kristian kafir Harbi ni!

Malah, nak menentang Sister In Islam yang jelas sesat itu pun Najib Tun Razak takut!!
Zaman Pak Lah dulu lagi haru!! Anak dia dok orang kuat SIS ni!

Jangan harap la weiii!!

sunsnake 06.01.2009

Kalimah 'Allah': Nasihat menteri pada penulis blog
Jan 5, 10 2:56pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menggesa penulis blog dan laman internet supaya tidak menyiarkan apa-apa yang negatif berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katholik, Herald.

Katanya, pihak terbabit khususnya penulis blog dan laman-laman internet harus memelihara batasan yang ditetapkan apabila berkarya supaya tidak mewujudkan ruang negatif yang boleh disalah guna oleh golongan tertentu.

Katanya, ruang-ruang negatif seumpama itu sekiranya disalah gunakan boleh mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat setempat, apatah lagi isu melibatkan agama sangat sensitif untuk diperdebatkan.

"Dalam hal ini kita menyeru laman-laman blog termasuk laman-laman lain dalam internet, dan mengharapkan kebijaksanaan mereka agar kesempatan itu tidak digunakan oleh orang lain yang melihat ada ruang negatif yang timbul daripada tulisan-tulisan yang mereka hasilkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan 22 NGO Islam semalam untuk membincangkan pandangan masing-masing berhubung tindakan kerajaan memfailkan rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald - The Catholic Weekly.

Beliau berkata, kesemua pihak yang terlibat dalam pertemuan itu sepakat berdiri dan menyokong penuh tindakan kerajaan dan turut menyarankan agar ia dibincangkan mengikut saluran perundangan yang ada, termasuk membawa isu berkenaan kepada Majlis Raja-Raja.

"Dalam saluran perundangan ini, kita ada enakmen kawalan di negeri-negeri, iaitu enakmen yang diwartakan untuk pengawalan dan sekatan terhadap pengembangan agama bukan Islam. Enakmen ini diwartakan kepada semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Dalam hal ini jelas Jamil Khir, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneruskan dialog bersifat intelektual bersama golongan bukan Islam supaya penggunaan kalimah Allah ini dapat diperjelaskan.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan jelaskan mengenai kemurnian dan keindahan agama Islam mengikut perundangan dan sejarah Islam itu sediri.

"Untuk umat Islam pula, penjelasan yang lebih dalam akan disampaikan menerusi medium sedia ada seperti khutbah Jumaat dan forum Islam untuk menjaga keharmonian yang sedia terbentuk selama ini," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan dalam kitab suci Injil dan Taurat, beliau berkata penggunaan kalimah Allah pada kitab tersebut tidak berpandukan kepada konteks "lam yalid walam yulad" (tidak beranak dan diperanakkan) yang disebut dalam Surah Al-Ikhlas.

"Dalam kajian yang dibuat tidak ada kitab lain yang menggunakan kalimah ini. Walaupun ajaran Samawi ada menggunakan Allah, tapi bukan dalam konteks yang kita perkatakan sekarang. Bukan dalam konteks "lam yalid walam yulad", jadi kekeliruan akan timbul jika penggunaan itu dialihkan daripada konteks itu," katanya.

- Bernama

Jadi Polis pun tak tentu selamat daa...


Aduh!!
Teman ingatkan dah jadi polis.. pangkat inspektor pun dah leh selamat dah!
Rupenye idak daa..
Inspektor polis pun nyaris-nyaris kena rogol la pulak!!

Iskk!!! makin 'tak selamat' duk Malaysia nih!!
sunsnake 06.01.2010

Kerani dituduh cuba rogol inspektor polis
Jan 5, 10 3:47pm
Seorang kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas dua pertuduhan cuba merogol dan mencederakan seorang
inspektor polis yang juga bekas teman wanitanya di sebuah hotel di sini bulan lepas.

Wan Abdul Haniff Wan Abdul Hisham, 30, dari Pelabuhan Klang, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Tertuduh didakwa cuba merogol mangsa yang berusia 28 tahun di sebuah bilik di No: 111, Hotel Royal Comfort, Jalan Meru di Klang kira-kira pukul 10 malam 12 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Abdul Haniff juga didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama dan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berkhidmat kira-kira enam bulan sebagai anggota polis mengalami lebam-lebam pada badannya.

Timbalan pendakwa raya Siti Syuhaida Alwi yang mewakili pihak pendakwaan mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua tuduhan.

Wan Abdul Haniff bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan dia perlu menanggung ibu bapa dan adik-adik yang masih bersekolah.

Hakim Anita kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Feb depan untuk sebutan dan untuk tertuduh melantik peguam.

- Bernama

Thursday, December 31, 2009

Penghormatan buat Mendiang Teoh Beng Hock


Teoh Beng Hock..
Walaupun ko bangsa cina..
Walaupun ko bukan Islam..
Walaupun ko bukan PAS..
Walaupun ko bukan melayu..

Teman tetap respect kat ko..
Atas keberanian ko ikut SPRM ke pejabatnya..
Atas keberanian ko lawan kata SPRM..
Atas keberanian ko menanti siasatan SPRM sehingga 'selesai'..

Dan..
Atas nama kebenaran...
Bukan atas nama bangsa..
Tetapi atas dasar Islam adalah agama sejagat dan mempertahankan keadilan untuk semua manusia!
Teman akan terus berdoa agar kematianmu akan terbela..
Terbela dengan perkara sebenar akan terbongkar..
Yang bersalah akan termuktamad..
Dan pastinya akan menerima hukuman..

InsyaAllah..

sunsnake 31.12.2009

Di kalangan gergasiBukan gergasi, bukan raksasa, namun dia berdiri tinggi di kalangan mereka.
Dia adalah insan berusia 31 tahun yang ceria, aktif dan rendah diri.
Setiausaha politik kepada seorang ahli majlis mesyuarat negeri Selangor.
Seorang pemuda yang giat dan bercita-cita tinggi.

Kepada mereka yang pernah mengenali atau bekerja dengannya, mendiang Teoh Beng Hock adalah seorang yang rajin, jujur dan agak kendiri.
Hasratnya adalah untuk berkhidmat dalam arena politik untuk membina masa depan yang cerah untuk semua.

Anak kedua termuda dari lima adik-beradik, Teoh datang dari sebuah keluarga yang sederhana. Bapanya seorang pemandu teksi, manakala ibunya seorang suri rumah.
Beliau adalah anak pertama dari keluarga tersebut yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Mendiang yang merupakan seorang wartawan akhbar bahasa Cina Sin Chew Jit Poh sebelumnya, tercebur ke dalam kancah politik selepas tsunami politik pasca pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

Dia telah diminta oleh ahli politik DAP yang baru ketika itu, Ean Yong Hian Wah untuk mencadangkan sesiapa yang boleh menjadi pembantu politiknya.
Teoh sebaliknya secara sukarela menawarkan dirinya untuk berkhidmat dengan Ean.
Apabila Ean Yong menang tanpa disangka di kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan yang dahulunya kubu kuat bagi MCA, pada usia 29 tahun, dia dilantik menjadi ahli majlis mensyuarat kerajaan negeri yang termuda.

Teoh turut serta di dalam perjalanan Ean Yong menyertai pentadbiran kerajaan negeri Selangor, sebagai setiausaha politik exco termuda itu.
Kali terakhir dilihatTeoh diingati sebagai seorang yang peramah.
Dia dikatakan saban bercakap di dalam telefon bimbitnya, mungkin untuk menangani beban kerja yang berat dipikul.

Malah, gambaran inilah yang menjadi ingatan terakhir tentang beliau bagi banyak pihak...
dia bercakap di dalam telefon bimbit, ketika berjalan menuju takdirnya di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Terbentang di hadapannya adalah masa hadapan yang cerah, kerjaya yang cemerlang dan sedang berada di ambang hidup berkeluarga.
Dia sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang sedang mengandungkan anak sulung mereka berdua.

Namun, semuanya tidak kesampaian...
Mayat Teoh dijumpai terbujur kaku di tingkat lima aras bumbung Plaza Masalam pada hari berikutnya, kurang beberapa jam selepas dia 'disoal siasat' SPRM.
Kematiannya telah membuka pekung banyak perkara, meraup segenap kupas lapisan, dalam politik, pentadbiran kerajaan dan kemelut yang berbagai macam.
Ianya juga bak menyimbah minyak tanah ke atas unggun khabaran cubaan rampasan kuasa BN di Selangor, menempelak SPRM yang kononya telah disalahguna sebagai alat politik, menyingkap isu ketelusan dalam pengagihan peruntukan bagi ahli parlimen dan ADUN, serta membawa isu kematian misteri tahanan agensi penguatkuasa undang-undang negara ke muka penghakiman rakyat.

Peninggalan beliau

Kemungkinan besar, kematian Teoh terngiang di telinga dan bermain di benak ramai, kerana ia melakuri pengalaman rakyat dewasa kini.
Imbasan kisahnya terus menghantui kita, dalam siasatan kematiannya, cakap kosong kedai kopi, perbualan internet dan perbincangan umum.
Ada juga yang mengaku telah 'menurun' roh Teoh, serta mereka yang kononnya telah terlihat bayangan lembaga Teoh menyusuri pelusuk bangunan Plaza Masalam waktu malam.
Lebih kurang dua ribu insan teah menghadiri majlis pengkebumian Teoh Beng Hock.
Kisahnya telah menyentuh hati dan mengubah hdup lebih ramai lagi.
Walaupun mendiang tidak lagi bersama kita, namun kematiannya telah banyak membantu dalam memulakan perubahan ke arah dunia baru yang dia sememangnya inginkan.
Memori beliau, mengusap hati keluarga dan rakan.
Nama beliau, di mulut aktivis berkumandang.
Wajah beliau, bendera cogan keadilan.Kisah beliau, manjana mercu kebangkitan.
Tinggalan beliau, mengubat demokrasi kepincangan.
Teoh Beng Hock, Newsmaker 2009.

sumber - malaysiakini