Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, August 27, 2013

SETIAP KERJA BOLEH JADI IBADAH



SETIAP KERJA BOLEH JADI IBADAH
......
Allah telah berfirman di dalam Al Quran, yang bermaksud:
"Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 21)

Seruan ini Allah tujukan kepada semua manusia tidak kira orang Islam, orang yang beriman, orang yang durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap manusia adalah dikehendaki oleh Allah supaya menyembahNya. Ada pun menyembah Allah itu bererti mengabdikan diri atau memberi baktinya kepada Allah swt.

Pengabdian diri ini adalah dikehendaki oleh Allah secara total dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan manusia itu. Ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."” (Surah Az-Zuriat, Ayat 56)  

Dalam ertikata yang lain, setiap jin dan manusia ini adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada Allah. Ertinya, apa saja yang dibuat oleh manusia, ia mesti merupakan ibadahnya atau pengabdiaan dirinya atau amal baktinya kepada Allah swt. Tidak kiralah samada usahanya itu berupa usahanya dalam mencari rezeki, dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur pendidikan anak-anak, dirinya atau pun keluarganya, dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam berekonomi, berjual beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam apa saja baik dalam tidur atau makan minum kita seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada Allah.

Ini jelas Allah gambarkan dalam sepotong lagi firmannya yang bermaksud:

"Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka'."                                     (Surah Ali-Imran, Ayat 191)

Jadi, Allah tuntut dari setiap manusia supaya sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan amal baktinya kepada Allah. Kerana itu, haruslah kita mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada Allah swt.

Ibadah terbahagi kepada tiga: pertama ibadah asas, dan kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu' ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Kita hanya dapat pahala dari sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, wirid (fadhailull a'mal) tapi tidak pernah mengutip pahala dari amalan-amalan yang lebih banyak kita buat tiap-tiap hari itu.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas) contoh – Solat fardhu 5 waktu.

 
Wallahua'lam

Monday, August 26, 2013

Seksa Kubur!



Lelaki & kayu api
Diriwayat kan semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat. 
Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. 
Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati.
Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada allah swt sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut. 

Doanya dimakbulkan oleh Allah, maka terbelahlah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.
 
Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu, 
"apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini".
Lelaki itu menjawab bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. 
Ditanya lagi oleh Nabi Isa, "adakah kamu tidak berpuasa". 
Lelaki itu menjawab, "saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sungguhnya ia taat akan perintah Allah.
Maka ditanya oleh nabi Isa lagi, "apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?"
 
Maka berceritalah lelaki itu, " Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. 
Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . 
Maka pergilah saya mencari kayu di hutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu diikat nya elok- elok dan pergilah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. 

Di pertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk makan. 
Selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu.
 
Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit di celah gigi saya. 
Maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya. 
Kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya tetapi tak berjaya juga. 
Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. 
Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. 
Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang.
 
Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya itu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil
ini.
 
Astaghfirullah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini.
Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya....?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu ada lah benar dan syurga itu ada lah benar.
 
Wassalam...

Tuesday, April 16, 2013

Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!


Semua orang bersemangat nak hadapi pilihanraya..
Semua orang yakin PR boleh menang pilihanraya umum kali ni..
Tapi terlupakah semua orang dengan 8 Tuntutan BERSIH?

Dalam sibuk mencuba juga dalam PRU kali ni jangan sesekali lupa akan tuntutan2 BERSIH itu...

SPR dan konco-konconya sedang dalam keadaan sangat2 resah dan gelisah!
Tapi dalam masa yang sama mereka pastinya mempunya plan A to Z untuk memenangan UMNO-BN hatta jika terpaksa memilih kemenangan yang sangat tipis!

Aku yakin.... PASTI ada sesuatu yang sedang 'bergerak' dalam diam dikala ini...
Sesuatu yang pelik,hina,keji,buruk dan sangat 'ajaib' akan berlaku dalam 19 hari ini...

Ayuh teman-temanku...
'Full throttle' Hablumminallah yakni Hubungan kita dengan Allah SWT..

Hanya Dialah yang akan menghancurkan segala perancangan keji mereka..
Doa Qunut Nazilah jangan tinggal... Inilah senjata yang paling ampuh!
Banyakkan berdoa untuk kemenangan kita sahabat!
Bukan sekadar untuk 19 hari ini.. tetapi untuk selamanya hinggalah kita dibangkitkan bersama-sama Rasulullah SAW manusia yang paling kita cinta dan rindu!


BudakBalun 16042013

Monday, February 18, 2013

Lagi Bukti Kapal UMNO-BN bakal Karam!


Jeneral, Brigadier Jeneral,Laksamana.. semua yang bersara ni dah joint PR..
Semua mereka merasakan dan dengan jelas mahu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran dek regim zalim UMNO-Barisan Nasional!

Alhamdulillah... dan InshaaAllah...
Mari bersama-sama kita membuat perubahan..
Mari bersama-sama kita selamatkan Malaysia!

Allahuakbar!

budakbalun 18032013


Program ini menjadi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional


Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat.
Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.
Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.
 

UMNO Makin Meghoyan?


Kejap UMNO kata PAS sesat..
Kejap lg kang UMNO ajak bersatu..
Mana satu ni deyyy mchai?
Ni siap kantoi UMNO buat banner ni sampai 10k keping! Apa cerr?

UMNO dah nak mati ni mcm2 laaa!



budakbalun

Monday, November 12, 2012

Pemuda UMNO Mampu Ke Buat Macam Ni?

 Isytihar harta? mamposss aku!!





KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


PEMUDA PAS SELANGOR TURUT SOKONG PENGISYTIHARAN HARTA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut menyokong penuh kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat supaya semua Exco Dewan Pemuda PAS Pusat melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan pada minggu ini samada mereka akan dinamakan sebagai calon pilihanraya ataupun tidak.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan ini adalah satu kewajaran yang boleh membentuk persepsi masyarakat bahawa pimpinan PAS terutamanya pimpinan Pemuda PAS Pusat bukanlah seperti pemimpin-pemimpin Pemuda Umno dan Barisan Nasional yang bergelumang dengan kekayaan hasil dari wang yang bukan sebenarnya milik mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat dengan pengisytiharan ini juga akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pimpinan Pemuda PAS Pusat di dalam menjaga amanah perjuangan parti dengan tidak mengumpulkan harta dan bermewah-mewah melalui tindakan yang tidak sewajarnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa pimpinan Pemuda PAS Pusat mempunyai integriti yang cukup tinggi dan penuh bersedia untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat nanti.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mencabar supaya pimpinan Pemuda Umno dan Barisan Nasional supaya dapat juga melakukan pengistiharan harta masing-masing sepanjang mereka diberikan amanah memimpin parti masing-masing. Jangan hanya pandai berkokok mahukan pemimpin yang bersih dan mempunyai integriti tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta sendiri untuk penilaian rakyat. Selain itu juga, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri kabinet berserta pimpinan Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat supaya dapat melakukan pengisytiharan harta masing-masing secara terbuka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

SAUDARA MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

12 November 2012