Thursday, August 16, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Target: Anak Cucu Ahli UMNO!
Iman tak dapat diwarisi...
Mahupun diwariskan!
Teman teringat kata sahabat teman yang juga Ketua PAS cawangan teman..
Yang sangat-sangat teman kagumi dengan istiqamah dan ketekunannya dalam perjuangan..
dia kata..
"kita jangan putus asa, target kita anak cucu orang-orang UMNO nie.. kalau tak ayah depa, anak depa, tak anak depa, cucu depa...bukan kita mesti menang sekarang... dah dok dalam kubur pun kalau Islam menang kita laaaaagi syok dok dalam tuh! InsyaAllah"
Allahuakbar!.. Termenung panjang teman memikio ayat-ayat keramat dia ni...
Walaupun dia masih muda awal 40-an... dah mampu bagi ayat-ayat jenis 'heavyweight' macam neh!
Siru 'alaa Barakatillah sahabat!
budakbalun 14082012
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Mahupun diwariskan!
Teman teringat kata sahabat teman yang juga Ketua PAS cawangan teman..
Yang sangat-sangat teman kagumi dengan istiqamah dan ketekunannya dalam perjuangan..
dia kata..
"kita jangan putus asa, target kita anak cucu orang-orang UMNO nie.. kalau tak ayah depa, anak depa, tak anak depa, cucu depa...bukan kita mesti menang sekarang... dah dok dalam kubur pun kalau Islam menang kita laaaaagi syok dok dalam tuh! InsyaAllah"
Allahuakbar!.. Termenung panjang teman memikio ayat-ayat keramat dia ni...
Walaupun dia masih muda awal 40-an... dah mampu bagi ayat-ayat jenis 'heavyweight' macam neh!
Siru 'alaa Barakatillah sahabat!
budakbalun 14082012
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DATUK TAMRIN BUKTIKAN UMNO SEMAKIN TIDAK RELEVAN
24 Ramadhan 1433 bersamaan 03 Ogos 2012
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Tamrin
Ghaffar yang bersama-sama dalam saf perjuangan PAS. DPPM menganggap
Datuk Tamrin seorang yang berprinsip, tegas serta berani menghadapi
risiko yang bakal dihadapinya dengan menyertai PAS.
Penyertaan Datuk Tamrin ke dalam PAS
pastinya memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli dan
pendokong perjuangan Islam di negara ini untuk bekerja dengan lebih
bersungguh-sungguh. Perjuangan Islam yang didokong atas dasar kebenaran
dan keadilan secara ikhlas pasti akan diberikan ganjaran di sisi Allah
SWT.
Allah SWT memberikan hidayah dan taufik
kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Meskipun Datuk Tamrin telah
lama bergelumang dalam UMNO dan menjadi anak kepada bekas pemimpin
tertinggi UMNO, namun akhirnya beliau sanggup mengenepikan segala
keseronokan yang dinikmati semasa di dalam UMNO hanya untuk menyertai
perjuangan Islam melalui wadah PAS.
Ini membuktikan semakin ramai pemimpin
yang sedar bahawa dasar perjuangan UMNO telah jauh tersasar dari
matlamatnya. PAS disertai bukan sahaja oleh tokoh-tokoh bekas pegawai
tinggi kerajaan, selebriti dan artis, malah terdiri daripada para
pemimpin UMNO. DPPM yakin, gelombang ahli dan pemimpin UMNO
meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai PAS akan berlaku suatu
ketika nanti. Bagi rakyat, UMNO pada hari ini adalah untuk survival
diri, keluarga dan suku sakat mereka sahaja berbanding dengan matlamat
perjuangannya dahulu. Malah tokoh besar seperti Tan Sri Kadir Syeikh
Fadzir yang bersama di dalam UMNO dari awal kelahirannya turut isytihar
keluar UMNO kerana sedar dasar perjuangannya sudah jauh menyimpang dari
asal.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang
mulia ini, DPPM menyeru kepada semua pemimpin UMNO yang lain agar
mencari kebenaran dengan melihat kepada realiti dan petunjuk hidayah
daripada Allah SWT untuk turut sama menurut jejak Datuk Tamrin Ghaffar
keluar dari UMNO dan menyertai PAS.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Monday, August 13, 2012
Sorry Bro,Gua Sokong Abdullah Sa'amah!
Teman memang respect giler kat Tok Guru Pondok-pondok nih!
Punya la banyak bukti betapa teruknya UMNO neh!
Betapa jelasnya UMNO tolak hudud!
Betapa sakitnya.. busuknya hati UMNO pada Hukum Hudud Allah SWT!
Langsung terhijab dimata Tok Guru Pondok-pondok neh!
Tapi..
Teman sokong dia ni dengan cara dia cari publisiti!
Sehebat-hebat Harussani bodek UMNO pun,
tak sehebat brader ni wooo!!
Frontpage Utusan maaaa!!
Perghhhh!!! Ibrahim Ali pun susah nak dapat dok front page Utusan!
Zul Nordin pun payah..
Jamal Posmen Behrang? lagi jauhhhhh!!
Phuiiii!
budakbalun 13082012
KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: PAS TETAP MINTA MAJLIS FATWA BERSIDANG, BUKAN KENYATAAN PERIBADI SEORANG DUA MUFTI.
Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan
membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang
membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum
Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang
pelbagai persoalan lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan
secara jelas UMNO juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat
oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 24 September 2011 (rujuk http://www.malaysiakini.com/ news/176760).
Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi UMNO kerana menolak
hukum Allah.
Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.
Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.
Media pro UMNO sering cuba menghinakan minda orang Melayu
berkait hubungan antara PAS dan DAP. Walhal hubungan UMNO-MCA adalah jauh lebih teruk –
dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum
bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara
Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai
penyebab negara mundur dan
menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.
Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno
bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum
hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa ADUN Kemelah yang
mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap,
sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut
dikeluarkan.
Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana
Umno sering menyuruh PAS untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?
Sebelum PAS membuat hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, Umno
sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk
halang Hudud di Kelantan.
Berlatar-belakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan
haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula
hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka
tentulah juga haram dan berdosa.
Perdirian PAS dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai
umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum Allah dapat ditegakkan,
kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.
PAS meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan
oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi.
Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC
sebagai kafir zimmi.
Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang
besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam
dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan
boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari
Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.
Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat
dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas
alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.
Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam.
Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi
hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai
fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori
mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman
dengan wahyu Allah.
Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang
menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang
mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah?
Tentulah hukum antara mereka gidak sama.
PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi
mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan
Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh
Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat
dalam pelbagai blog.
Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk
menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris
yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.
Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam
menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad
lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN,
manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang
PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.
DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka
sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi
maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi
hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.
Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini –
munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Thursday, August 2, 2012
Wednesday, August 1, 2012
Rafizi = Hang Nadim Moden
Sememangnya dah disangka... Kerajaan UMNO-BN dok dendam lama dah dengan susuk tubuh bernama Rafizi Ramli nih!
Depa dok gerammmmm je nak balun!
Dan pastinya tekanan yang amat tinggi kepada pihak Polis dan Bank Negara oleh kerajaan UMNO-BN..
Teringat pulak kisah Hang Nadim.. budak yang bijak yang membantu Sultan menyelesaikan masalah Singapura Dilanggar Todak!
Hang Nadim bagi idea bentengkan pantai dengan batang pisang..
Maka selamat lah seluruh rakyat jelata dengan idea hebat itu!
malangnya pemerintah pulak rasa bimbang..
Kalau bijak sangat masa kecik, bila besar kompom jadi lebih bijak!
Bila jadi lebih bijak maka pastinya akan membahayakan reputasi pemerintah yang pastinya bodoh!
So, bunuh sudda.. terbunuhlah budak yang bijak atas ketakutan dan kebodohan sang penguasa..
apa bezanya dengan rafizi si Hang nadim moden?
Bezanya.. Rafizi memberi idea untuk Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah dan kronisma melampau..
Malangnya sang penguasa bimbang dan takut serta dungu..
Idea yang baik itulah yang akan menghancurkan kekayaan dan ketamakan sang penguasa UMNO-BN!
Maka.. digunakanlah undang-undang yang ada kononnya atas dasar Perlembagaan...
Phuiii!
budakbalun 01082012
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
TANGKAPAN AKTA BAFIA : POLITIK DENDAM KE ATAS RAFIZI?
(1 Ogos 2012)
(1 Ogos 2012)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti
Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini. Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan
kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari
rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.
DPPM
menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu
yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh
beliau. Tindakan ini juga seperti suatu ancaman
ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot
Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi
maklumat lain supaya jangan memberi kerjasama kepada ‘whistle blower’
skandal pemimpin negara ini. Malah beliau juga mempunyai siri-siri pendedahan
skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu
serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan.
Kerajaan sepatutnya melihat isu yang
ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan beliau
membocorkan maklumat. Tindakan Rafizi wajar dipuji kerana usahanya memastikan
negara ini bebas daripada penyangak-penyangak rasuah oleh pemimpin-pemimpin
negara.
DPPM menegaskan, negara ini menuju kemusnahan jika
jenayah rasuah dibiarkan berleluasa manakala pemberi maklumat diambil tindakan.
Politik dendam dan hasad dengan menghukum seseorang hanya kerana individu
tersebut bercakap benar adalah tindakan keji golongan yang menolak kebenaran. Bagi
rakyat, tindakan ini bukan melunturkan semangat mereka mahukan perubahan, malah
menambah lagi sentimen kebencian mereka melihat kemungkaran yang dilakukan oleh
pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri.
DR RAJA AHMAD
AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda
PAS Malaysia
Kesian kat Zul Nordin neh!
Teman pun cuba memahami apa sebenornya berselindung di lubuk hati mamat ni yang paling dalam...
Kenyataan dia agar Lajim letakkan jawatan sangat-sangat kontra dengan dirinya sendiri!
Woi zul...
Kamu sendiri muka tak malu tak mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen setelah melompat..
Ini kamu pulak nak orang lain letak jawatan?
hahahahahah!
Buang la kopiah tu wehhh!!
budakbalun 01082012
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemdua PAS Malaysia
Kenyataan dia agar Lajim letakkan jawatan sangat-sangat kontra dengan dirinya sendiri!
Woi zul...
Kamu sendiri muka tak malu tak mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen setelah melompat..
Ini kamu pulak nak orang lain letak jawatan?
hahahahahah!
Buang la kopiah tu wehhh!!
budakbalun 01082012
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
ZULKIFLI NORDIN MENGATA DIRINYA SENDIRI
11 Ramadhan 1433 bersamaan 31 Julai 2012
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Naib Presiden PERKASA,
Datuk Zulkifli Nordin yang meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan
jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
sebagai ditujukan kepada dirinya sendiri. Kenyataan beliau seperti
memperli diri beliau sendiri yang meninggalkan soal prinsip perjuangan
yang beliau selama ini laungkan hanya kerana mengejar kenikmatan
sementara dengan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan
Nasional.
DPPM hairan bagaimana Datuk Zulkifli
Nordin boleh mengerti soal prinsip demokrasi sedangkan beliau sendiri
yang menghinanya melalui tindakan beliau itu. Sepatutnya beliau sendiri
melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu seperti
yang didesak oleh pengundi di parlimennya.
Mungkin beliau tidak sedar bagaimana
pahitnya rakyat menerima pemimpin yang berpaling tadah dan melompat
parti sebagaimana beliau melihat kepada Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk
Wilfred Bumburing sekarang. Beliau mudah melihat kepada Datuk Seri Lajim
Ukim sebagai insan tidak bermaruah, tetapi beliau tidak pernah melihat
kepada dirinya sendiri yang jauh lebih tidak bermaruah.
Bezanya Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk
Wilfred beralih arah atas kerelaan diri mereka sendiri tanpa paksaan dan
ugutan. Malah, sukar untuk dimengertikan jika mereka berubah kerana
habuan yang menanti. Mustahil untuk difahami seorang Timbalan Menteri
yang mempunyai kedudukan, pengaruh, dan juga kewangan mampu untuk
bertukar haluan kepada Pakatan Rakyat yang tidak memiliki kuasa dan
kedudukan seperti mana yang beliau nikmati sekarang. Malah nasib Pakatan
Rakyat juga belum tentu kerana bakal menghadapi PRU ke 13 dalam keadaan
yang sukar dibaca politik dan selera rakyat. Tetapi itu yang berlaku
dalam politik sebenar dan pastinya rakyat melihat aspek keikhlasan
memainkan peranan dalam penghijrahan kedua-dua Ahli Parlimen ini
Justeru, DPPM meminta Datuk Zulkifli
Nordin dan insan sepertinya melihat ke cermin dan bermuhasabah diri
sebelum menuding jari kepada orang lain. Saranan dan pandangan mereka
hanya menjadi gelak ketawa rakyat atau menjadi cemuhan dan kemarahan
rakyat.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemdua PAS Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)




