Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 16, 2012

Maaf Dr.. Kamu Hilang Penghormatan Dariku..


Teman selalu menulis betapa teman kagum dengan Dr Hasan Ali ni..
Teman dah tulis betapa gembiranya teman menyaksikan sendiri ceramah perdana pertamanya di perak selepas menyertai PAS di Tg Malim..
Teman sendiri pernah membantu persiapan untuk ceramahnya di Kg Balun!
Teman sendiri pernah bekerja di bawah arahannya di PRK Permatang Pasir...

Malangnya....
Pada teman dia dipecat oleh PAS.. itu perkara biasa dalam politik..
diakhir-akhir ini doa teman selalu ditujukan buat Dr hasan Ali agar masih ada jalan untuk kembali kepada perjuangan PAS...

Namun...
Apabila nadanya kini sama seperti Utusan..
Apabila wajahnya melebihi wajah Najib kekerapan keluar di Buletin Utama Tv3..
Apabila wajahnya melebihi wajah Muhyiddin...
Melebihi wajah Rais Yatim!

Berbelas tahun kamu dalam PAS..
Bertahun sudah jadi exco Selangor..
8 tahun menjadi pesuruhjaya PAS Selangor..
Adakah sebelum ini ada walau seminit kamu diizin bercakap di Tv3?
Dan kini kamu diberi peluang hingga 1 jam diwawancara TV3!!!
Apakah maknanya??
Apakah maksudnya?
Apakah pukatnya?
Apakah tautnya?

Saksikanlah!
Perjuangan itu bukan untuk pangkat!
Jauh lebih daripada itu..
bukan untuk hasil mahsul mahupun kebendaan!
Malah.. bukanlah perjuangan itu kerana kemasyhuran!

Inilah yang berlaku!

Ya Allah... Ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosanya...

budakbalun 16012012

Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual



KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.-Minsider

Saturday, January 14, 2012

Khir Toyo Senyum Je Dengar nie..


hehehhe..
Santa Claus turun Shah Alam...
Macam biasa.. macam-macam hadiah yang dia bawak!
Tapi hadiah yang besor-besor utuk pimpinan UMNO laaa..
untuk rakyat.. janji suddah!

khir Toyo tentu senyum dengor janji-janji Najib di Shah Alam nie...
Kalau tak senyum pun, tentu Khir Toyo tengah meraung!
wakakakaka!

budakbalun 14012012

'Bantu tawan S'gor, kami selesaikan masalah anda'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tindakan kerajaan menaikkan sewa sebanyak 100 peratus adalah keterlaluan, walaupun sewa di situ adalah terendah daripada kompleks membeli-belah yang lain.

Beliau memberitahu mereka demikian sewaktu meninjau sekitar kompleks PKNS hari ini.-mkini

Ini Cara Yang Betul Oleh Ibrahim Ali!


haaa..
Kalau nak belajar cara yang betul untuk dapat publisiti..
Inilah orang yang terbaik untuk dijadikan 'tok guru'..

orang nak berdemo.. dia nak berdemo..
orang nak berhimpun.. dia nak berhimpun..
orang nak berceramah.. dia nak berceramah..
orang nak cium keris... dia nak cium keris..
orang nak gi KL.. dia nak gi KL..
orang nak gi Mahkamah Tinggi... dia nak gi Mahkamah tinggi gak!
Orang nak berkumpul di Masjid Jalan Duta...
Dia pun nak berkumpul di situ gak!

waakaka!!
Hinggakan...
Polis nak bagi reward.. dia pun nak bagi gak!!

adehhhh!! tak boleh blah dengan raja katak nehh!

budakbalun 14012012

Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 9 Jan

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.

Dalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga
ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

"Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.

"Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," katanya dalam SMS tersebut.-mkini

Thursday, January 12, 2012

Pengkhianatan Terbaru DAP Pulau Pinang!

Isytihar harta? Harta saya dan keluarga sikit niiiii je tau!


Sialan betul laaa!
DAP Pulau Pinang ni tak habis-habis nak buat keje khianat!
Suka sangat buat kerja yang tak pernah dibuat dek orang!
Especially tak pernah dibuat dek orang UMNO!

Ghani othman MB UMNO Johor tak pernah buat..
Adnan yaakob MB UMNO Pahang? Laagi jauh!
Ganu? Perlis? Muhamad N9?
Gila! Takde keroje cari keroje kata Zambry MB Haram UMNO Perak!

Tapi MB PKR Khalid Selangor dah buat awal dah..
Ni KM Guan Eng DAP Penang lak buat..

ishhh!!!
Macam mana la nak bagi makcik pakcik felda faham nehhh!!!

budakbalun 12012012

Exco Pulau Pinang isytihar harta secara terbuka

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.-Mkini

Monday, January 9, 2012

Rakyat Hakim Negara!


Ya Allah..
Kau satukanlah hati kami dalam menentang kezaliman ini!
Istiqamahkan hati kami dalam melawan sang pemerintah yang zalim lagi membusukkan ini!
Kau tabahkanlah hati Anwar Ibrahim dan keluarganya menghadapi fitnah dan dungu politik UMNO-Barisan Nasional!
Ya Allah.. Kau hancurkanlah kesatuan musuh-musuh rakyat iaitu UMNO-Barisan Nasional ini! Kembalikanlah kuasa kepada yang haq dan musnahkanlah kebatilan UMNO-Barisan Nasional!
Ameen!

budakbalun 09012012

Anwar Tak Bersalah! - Menitis Airmata Jantanku!


Ya Allah...
Hebatnya kuasaMU...
Yang Maha Berkuasa..

Yang sudi mendengar rintihan dan doa sekalian hambaMu yang penuh dosa ini!

Syukur ku padaMu Ya Allah...

budakbalun 09012012