Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 18, 2011

YB lompat dah Sengkek? Aduiiii!


Hadui..
Dah banyak kali dah MP-MP PR bagitau..
Tak setuju naikkan elaun sebab tak sesuai dengan suasana ekonomi semasa Malaysia!
Yang pergi mengarut sampai ke DUN Selangor apahal?
Ekonomi Selangor makin baik!
Bukan macam ekonomi Malaysia!

Buktinya?
Rezab tunai Selangor meningkat!
Malaysia menurun!

Woi! Woi!
Ingat ni zaman Selangor bawah UMNO ke?
Selangor bawah UMNO dulu bolehlah suka-suka hati Kerajaan Pusat rembat duit!
Wakakaka!

Nak sangat ke naik elaun Zul oiii!!
Hahahahah!
Muka tak malu! Nak naik gaji!

Tak cukup ke wang 'perpindahan' hari tu?
Wakakakaka!
budakbalun 18102011

Elaun: Sikap pembangkang dipertikai

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sesi perbahasan Dewan Rakyat petang ini 'panas' apabila seorang wakil rakyat Bebas menyifatkan keputusan pembangkang menolak cadangan kenaikan elaun ahli Parlimen sebagai hipokrit.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) ketika memperkatakan tentang perkara itu merujuk kepada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu yang meluluskan kenaikan elaun semua wakil rakyat di negeri itu.

"Ini yang kita pertikaikan. DUN Selangor telah menaikkan elaun peruntukan untuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi apabila dicadang untuk menaikkan kadar elaun ahli Parlimen, ada pula wakil rakyat pembangkang menentang.

"Saya tahu sebenarnya golongan hipokrit ini bukan semua wakil rakyat pembangkang tetapi ketua pembangkang dan juak-juaknya. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan cadangan ini," katanya. - Melayau

Apabila 'Kang Kong' Bersuara! Wakakaka!


Hok aloh...

meh layan statement pensyarah kang kong nie..

"penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh Pas selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, Pas bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

''Sekiranya janji yang sama dibuat oleh Pas, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

''Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat,'' katanya"

woi..woi!
Royalti petroleum yang Terengganu patut dapat memang la wajib menjadi modal untuk meringankan beban rakyat!
Hapus cukai pintu adalah salah satu cara yang boleh meringankan beban rakyat la sengal!

Aduyaiii..
Jauh lebih elok bilamana Mahathir masa tu tukar Royalti kepada Ehsan!
Woi! woi! 1Malaysia tahu akhirnya Wang Ehsan tu disalurkan pada Pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu!!
Ibarat meminta Rahim tamby Chik tolong jaga anak dara la jawabnya!!

wakakakkaa!!

budakbalun 18102011

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh Pas selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, Pas bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

''Sekiranya janji yang sama dibuat oleh Pas, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

''Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat,'' katanya. - Melayau

Monday, October 17, 2011

Kerjasama UMNO Penang Diperlukan!

Ketua Pemuda UMNO Penang? Ka Ketua Pemuda KIMMA Penang?
habaq kasi terang skit ceqqq!! wakakaka!

Haaa..
Bukan main meriah pencacai UMNO dok main isu cina perintah Penang bila PR berjaya menguasai pasca PRu12 dulu..
Bukan main bimbang pencacai bila Lim Guan Eng ditabalkan sebagai KM Penang..
Woit! Koh Tsu Koon tu apa? jawa? Bugis? Melanau?

Dah DAP menang majoriti kerusi Dun..
nak buat macam mana?
Takde Exco PAS di Penang?
Dah PAS pun ada satu kerusi aja?
Logik arrr..

Serupa gak di Selangor..
PAS minoriti dalam kemenangan kerusi DUN..
So, logik la tak dapat jadi MB..

Kepada UMNO Penang...
Semua kerusi yang hangpa menang tu kali ni cuba bagi kat PAS..
biar PAS menang lebih kerusi Dun daripada DAP dan PKR di Penang..
Kita tengok macam mana??

Amacam ada bran??

Hidup melayu!!! wakakakakak!

budakbalun 17102011

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.-Mkini

Friday, October 14, 2011

Baik Berhenti jadi Manusia la woi!!!

PATI sedang diambil butiran sebelum dihantar ke program kursus Keusahawanan!!
wakakaka!


Aduiii!!
Mengalir airmata teman gelak beria benor!

Kalau alasan ini pun Polis Malaysia boleh terima..
Sodaqallahul'azim la integriti di Malaysia ni..

Tak payah sembang pasal amanah la..
Tak payah cerita pasal dedikasi laa.
Tak payah cerita pasal maruah laaa..
Laagi tak payah cerita pasal Rosmah!

Teman dah 32 tahun hidup kat Malaysia ni..
Ayah teman orang Kg Balun, Malaysia..
Mak teman pun orang Kg Balun Malaysia...
Atok teman belah ayah pun orang Kg Balun Malaysia..
Atok teman belah mak pun orang kampung Balun Malaysia..
Opah belah ayah pun orang Kampung Balun Malaysia..
Opah belah mak pun orang Kampung Balun Malaysia..

punya la asli teman ni orang Malaysia.. Rakyat Malaysia..
Tak pernah pulak sesapa nak angkut teman naik bas pergi Kursus Keusahawanan??
Kat Putrajaya pulak tuhh!!

Aduiyaiiii!!

Kalau ada yang percaya alasan UMNO nak bawak Warga Asing ni pergi Kursus Keusahawanan..
Tolong berhenti daripada jadi manusia laaaaa..

wakakakaka!

budakbalun 15102011

Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran

Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Sultan Brunei 'Lempang' Najib dan UMNO Seluuuruhnya!

Kalaulah kerja-kerja SPR sekadar dilihat...


Teman tak dapat bayangkan..
Kalaulah kerja-kerja SPR ni dipercayai 100%..
Rakyat hanya melihat tanpa melakukan apa-apa..
Senyum.. tak perlu kata apa-apa!

Kompom tak jadi macam ni..
Takde la terhegeh-hegeh SPR tepaksa mengaku ada 40 ribu nama meragukan dalam senarai pemilih..
Terkena pulak dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan Selangor..
Di Shah Alam sahaja Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam dah bantah beribu nama!
Itu yang berjaya ditemui dan dibantah!
Dan banyak lagi yang dibantah tapi SPR terlebih dahulu 'menyelamat'kan pengundi-pengundi pelik tersebut dengan 1001 cara lain!

aduhh!!.. pilihanraya demokrasi ala Malaysia!

budakbalun 15102011

SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.