Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 7, 2011

Jom Jadi Penagih Dadah!


Haaa.. jap lagi Pemimpin Agung pencacai nak bentangkan Belanjawan (dulu bukan panggil Bajetkan?)

Haa.. setandby la nak kena suntik dengan dadah morphin jap lagi!

rumours kenaikan gaji kakitgn awam 40%, TAPI elaun cola mansuh,
cukai perkhidmatan atas barangan(GST) dilaksanakan - last2 p mai p mai tang tu!
Ingat bajet 2007 ke 2008 dulu, PM umum mansuhkan yuran sekolah,
abis berkokok la rakyat kata krjn be end prihatin masalah/beban rakyat..
last2 bila buka sekolah kena bayar gak, yg mansuh yuran asas persekolahan RM5 SAHAJA!
53 tahun kena tipu, cukuplah....PRU akan dtg kita tukar!!!! - komen di FB

budakbalun 07102011

Penasihat ekonomi persoal kenaikan gaji

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kenaikan gaji yang signifikan bagi 1.2 juta kakitangan awam negara pada pembentangan Bajet 2012 petang ini.

Bagaimanapun, penasihat ekonomi kerajaan mempersoalkan sejauh mana keberkesanan langkah yang bertujuan memancing undi dalam menangani isu kos hidup yang terus meningkat.

"Bagaimana pula nasib mereka yang bukan dalam perkhidmatan awam? Isu gaji lebih mendesak dalam sektor swasta, "kata Mahani Zainal Abidin, anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), semasa menjadi tetamu radio BFM pagi ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya sama ada kenaikan gaji untuk kakitangan awam adalah penyelesaian terbaik bagi menangani isu-isu ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia.-Mkini

MP PR WAJIB Cium Tangan Ibrahim Ali!

Semua MP PR yang 'ponteng' WAJIB cium tangan Ibrahim Ali!
At least Ibrahim Ali ada dalam Dewan masa Undian tuh!!


Hok aloh... MP PR kena jawab isu nie..

1Malaysia tahu yang MP BN ni majoritinya penyamun tarbus..
Duk siang malam fikir macam mana nak rembat hasil mahsul..
Kalau ada yang baik pun..
Nak tak nak kena sokong gak sebab 'cari makan'..

Abis tu?
yang MP PR ni apa halnya pulak boleh ramai yang 'tuang' masa sesi undian belah bahagi tu?
Yang usulkan undian pun daripada MP PR jugak!

Takkan tak kira berapa orang yang ada?
Takkan tak boleh buat simple calculation?
Kalau dah tau takkan boleh menang guna undi,
Apasal nak usul jugak?

kena ada jawapan yang munasabah atas semua itu..
Bukan nak salahkan MP PR akhirnya kita gagal pertahankan Kampung Baru KL..
Tapi sepatutnya @ setidak-tidaknya kita full swing masa undi belah bahagi tu!
Kalau kalah pun puas hati!

ini disebabkan ramai MP PR yang takde dalam Dewan masa tu..
Kita kalah undi.. walhal MP BN pun ramai yang tak datang!
Diulangi, memang MP-MP BN hampas..
tapi wakil yang kita hantar untuk lawan MP BN hampas tu tapi tak datang..
Laaagi hampas!

MP Yang hadir dan mengundi... mana yang lain?

Pas :

P8 : Pokok Sena - Mahfuz Omar
P24 : Kubang Kerian - Salahuddin Ayub
P12 : Jerai - Mohd Firdaus Jaafar
P11 : Pendang - Mohd Hayati Othman
P13 : Sik - Che Uda Che Nik
P111 : Kota Raja - Siti Mariah Mahmud
P31 : Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli
P108 : Shah Alam - Khalid Abd Samad
P23 : Rantau Panjang - Siti Zailah Muhd Yusoff
P21 : Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
P28 : Pasir Puteh - Muhammad Husin
P101 : Hulu Langat - Che Rosli Che Mat
P7 : Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria

PKR :

P115 : Batu - Chua Tian Chang
P99 : Ampang - Zuraida Kamarudin
P53 : Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff
P98 : Gombak - Mohamed Azmin Ali
P104 : Kelana Jaya - Gwo-Burne Loh
P10 : Kuala Kedah - Ahmad Kasim
P82 : Indera Mahkota - Azan Ismail

DAP :

P65 : Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson
P117 : Segambut - Lim Lip Eng
P110 : Klang - Charles Anthony Santiago
P138 : Kota Melaka - Sim Tong Him
P76 : Teluk Intan - M. Manogaran
P145 : Bakri - Er Teck Hwa
P66 : Batu Gajah - Fong Po Kuan
P120 : Bukit Bintang - Fong Kui Lun
budakbalun 07102011

Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.

Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.

Thursday, October 6, 2011

Sayonara Kampung Baru!!! Hidup Melayu!! Hidup GLC!

Meleleh air liur tokey-tokey GLC tengok gambar neh!
Air liur Raja Nong Chik pun meleleh jugak!



KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TITIWANGSA

KAMPUNG BARU KINI HANYA TINGGAL SEJARAH

(6 Oktober 2011)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 akhirnya diluluskan juga semalam dengan hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU ini dari diluluskan sementara majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju ianya diluluskan.


Tarikh 5 Oktober 2011 serta Persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan. Beratus tahun lamanya tanah eksklusif milik Orang Melayu itu tidak terusik, namun pada tarikh 5 Oktober 2011 ia telah berpindah tangan. Apakah lagi kebanggaan yang tinggal pada Orang Melayu di Kuala Lumpur ini? Sidang Parlimen ini juga menjadi saksi bahawa siapakah yang benar-benar berjuang demi bangsanya dan siapakah yang hanya ‘beretorik’ yang pada hakikatnya mereka tidak peduli terhadap apa yang terjadi kepada bangsanya sendiri. Dimana puak-puak yang selalu berkokok kononnya mereka ultra Melayu dan pejuang sejati bangsa Melayu? Tidak kelihatan untuk bangun mempertahankan isu ini sehingga akhir sidang Parlimen semalam.


DPPKT juga merasa terkejut dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membangunkan Kampung Baru. GLC tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad. Dalam keadaan Parlimen baru meluluskan Rang Undang-Undang ini, Menteri Wilayah Persekutuan tanpa sabar terus mahu mengadakan perjanjian dengan GLC tersebut. Nampaknya kerajaan telah melantik beberapa GLC dan persefahaman telah dibuat sebelum Rang Undang-Undang ini diluluskan lagi. Amat malang kerana pemilik Kampung Baru belum dimaklumkan lagi, harta mereka telah diagih-agihkan dengan tujuan ‘pembangunan’.


Nampaknya sedikit masa lagi Kampung Baru akan menjadi sibuk dengan projek pembangunan dan pemiliknya pula menikmati ‘pembangunan’ yang mereka ‘selama ini idam-idamkan’. Biarlah kampung sendiri tergadai asalkan Orang Melayu menang sorak dan pastinya yang mendapat laba dan habuan lumayan adalah segelintir elit golongan yang berkepentingan. DPPKT mengharapkan agar penduduk Kampung Baru jadikan perisitiwa 5 Oktober 2011 sebagai peristiwa penting dalam sejarah moden negara serta tidak lagi memberi kepercayaan kepada BN sebagai hukuman paling adil dalam PRU ke 13!


Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Wednesday, October 5, 2011

Apabila Kakak Dalam Islam pun Jahil...

hehehee.. barisan kepimpinan SIS.. sendiri pikir laaaa!!


hmmm..
Kena ada usaha yang kuat untuk men'cerah'kan pemahaman NGO SIS ni..
Sebab kian lama kian jelas ke'gelap'annya..

Selalu sangat bersetentang dengan Al-Quran puak-puak neh!
Yang herannya...

Jelas.. pada fikiran mereka Hudud ini adalah Undang-undang bercorak hukuman!
Walhal Hudud ini sebenarnya adalah sangat-sangat ke arah mencegah!
Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubat?

pada teman..

bior kita kena hukum 1, 100 yang kemudiannya selamat dari melakukan kesalahan sebab insaf melihat hukuman yang kena kat 1 tadi!

daripada la ni.. yang mati kena hukum gantung kat penjara tu pun yang tau 5-6 orang je..
tau-tau mayat je keluar dari penjara untuk dikebumi dek waris!

Yang kena sebat lagi haru!
Silap-silap ahli keluarga dia sendiri tak tahu yang dia kena sebat!

berapa kerat je yang insaf?

Wallahua'lam...

budakbalun 05102011

Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.

Terengganu membawa enakmen yang sama 10 tahun kemudian.

Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.

Apabila Soalan Ditanya Bukan Pada Ahlinya!


Sikit-sikit tanya pendapat artis..
Sikit-sikit tanya pendapat artis!

Sejarah negara tanya artis...
Hari merdeka tanya artis..
Isu kebuluran somalia tanya artis..
Isu Paletin tanya artis...
Isu maksiat tanya artis..
Itu tanah runtuh tanya artis..

Terbaru..
isu hudud tanya artis??

aduhhh!!!
Ulama' habis kena 'gam'..

aduhhh!!
budakbalun 05102011

Politik Peha Putih Gebu? Pencacai Sukaaa!

Hari tu kat Perak...

Lepas tu kat Pahang...


Ishh.. macam ada kesinambungan plak..


Wakakakaka!!

Ni patutnya Pemuda MCA jemput sekali Zahid Hamidi..
Maklumlah.. Masa kat Perak hari tu ok aje kannn?

MCA ni dah hilang arah 100%..
Dan melainkan cara menipu, teman tak nampak langsung tanda-tanda MCA ni akan pulih di PRU akan datang...

Jauh benor bezanya dengan DAP mahupun Gerakan..
errr.. Gerakan?? ada lagi ke parti ni?

Buat UMNO..
Syabas atas tunjuk ajar yang diberikan kepada MCA!

wakakakakaka!

budakbalun 05102011

Jelitawan MCA: Benar atau sekadar opera Cina?


Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka. Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.

Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.- Mkini