Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 4, 2011

Bukti Pakatan Rakyat Salahguna Duit Rakyat!

Sokonglah isteri saya! Nescaya akan selamat harta negara! Percayalah!


Perghh!!

Pagi ni teman dapat sms..

"Salam… Ustaz, Su**** nk mohon sumbangan sikit bleh x?..dah 2 hari Su**** skluarga makan nasi goreng,kat umah x ada ape dah nak makan, suami su**** keje pengawal keselamatan gaji RM850.

017********, **-38 apt Kenanga MK bkt beruntung"

sendiri pikir la kawan-kawan hoh!
Jap lagi tunggu la pencacai masuk sini dan bagi komen

"Rakyat tak bersyukur dapat hidup di Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan terbilang!"

phuiii!

budakbalun 04102011

RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini


Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. - Mkini

Keluar Mulut Rimau Masuk Mulut Boye!


Hmmm..
Apa lagi nak kata..
teringat komen ahli keluarga mangsa ISA yang masih dok dalam..
Bila Najib umum nak mansuhkan ISA hari tu..
Ahli keluarga ni komen syukur kerana tahanan ISA akan di dakwa di Mahkamah..

Wakakakkakaa!!
Silap-silap lepas ni sambung kena tahan bawah akta yang baru tu pulak!
Hahahaha..

teman jangka yang akan bertukar hanya nama ISA tu..
Yang lain-lain 99.9% sama kot??
kalau itulah dia.. hmmm...
1Malaysia hancinggg!! seperti biasa laaa!
Apa ada hal.. pencacai memang suka hancing!!

budakbalun 04102011

ISA belum boleh dimansuhkan lagi


Dua undang-undang baharu yang dicadangkan untuk keselamatan negara perlu berkuatkuasa terlebih dahulu sebelum Akta Keselamatan Dalam Ngeri (ISA) boleh dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan mahu mempastikan kedua-dua akta berkenaan siap sebelum ISA dimansuhkan.

Mohamed Nazri menegaskan tidak boleh ada ruang di antara mengenakan undang-undang baharu itu dengan memansuhkan ISA supaya tidak berlaku sebarang kerumitan termasuk perlunya membebaskan tahanan ISA.

Beliau memberitahu ini kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. -Mkini

Susah Benor ke Nak Ke Mahkamah?


bak kata pujangga..

Berani kerana Benar..
Takut kerana salah!

bukanlah maksudnya berani sebab betul..
Kadang-kadang ada jugak yang berani tapi sebenornye menipu!
Kadang-kadang ada pulak yang takut walhal dia betul..

Standard la manusia..
Tambahan zaman hujung-hujung usia dunia nih..
Menipu tu dah jadi mainan bibir pada mereka yang tak rasa wujudnya tuhan!

Aiseh!
Paling-paling tidak pun..
Beranilah datang ke Mahkamah bagi keterangan..
Cakap depan wartawan Utusan, depan jurukamera TV3..
Bukan main pung-pang!!

bak kata anak-anak muda la ni..
"Apa celup torqqqq!! Tak berani turun court???"

adehhhh!!!
budakbalun 04102011

Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan.

Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN. - Mkini

Saturday, October 1, 2011

Nak kata Miskin.. Kaya!


Pelik betul lah manusia ni..
Nak kata miskin kaya..
Gaji puluh-puluh ribu seminggu!
adehhh...

pelik..pelik..

tapi teman lagi pelik bila melayu UMNO mengaku Islam tapi takut nak laksanakan hudud sebab MCA ugut nak keluar BN!

wakakakaka!!

budakbalun 01102011

De Gea warned over stolen doughnut


Manchester United goalkeeper David de Gea has found himself in a sticky situation after being warned for allegedly eating a Krispy Kreme doughnut at a local shop without paying for it.

David De Gea has made a few errors during his fledgling Man United career
GettyImagesDavid De Gea has made a few errors during his fledgling Man United career and one of them may have been in Tesco.

De Gea, who joined United this summer from Atletico Madrid, earns around £70,000-a-week but apparently decided that he wasn't willing to shell out £1.19 for the sugary treat and, according to the Sun, ate it in store, before attempting to leave.

The Spaniard was tackled by security staff, who showed him CCTV footage of the incident in the store's "stop and search" room.

Friday, September 30, 2011

Apabila Pencacai Diberi Jawatan...

Contoh Pencacai Yang Terbaekkkk!!! Chupp! Chuppp! Chuppp!


Aduhhh!!
Ni sorang lagi..
tapi pencacai ni up skit level dia sebab ada title..

Punya la complain pasal hudud nih!
Takut siasatan tak adil laaa
Sebelum jatuh hukuman rejam kena siasat betul-betul laa..

woi macchha!

Abis yang selama ni Mahkamah Malaysia dok jatuhkan hukuman hatta sehingga hukum mati tu?
Adil sesangat ke?

Subhanallah!

Yang dok agungkan undang2 Kafir ni apahal?

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia??
phuii!!

Dakwah diri sendiri dulu la macchaaa!!

budakbalun 30092011


YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.”

“Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya,” kata beliau. - MInsider

Thursday, September 29, 2011

Rindunya pada Pencacai UMNO!

Utusan ni hina siapa sebenarnya? Hina Nik Aziz ke hina Allah SWT? Na'uzubillah!


Rindu pulak teman pada 'cabaran-cabaran' pencacai-pencacai UMNO pada PAS supaya laksana Hukum Hudud!
hah! Sekali MCA buka mulut, bersepah semua seluar dalam pencacai!
Maunye tidak!
Goyang maaaa!! Jerit Hidup Melayu tapi goyang beb!
Mengaku pejuang melayu tapi bila ada cina buka mulut tak nak hudud..
teruss.. yang melingkaq jadi bulat macam guli!
wakakakaka!

budakbalun 29092011

Hukum hudud: Tak guna mesyuarat, kata MCA

Pemuda MCA menyifatkan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

Ketua pergerakan itu, Datuk Wee Ka Siong berkata, mesyuarat berkenaan juga hanyalah satu helah untuk menutup mulut para pemimpin Pakatan daripada membincangkan isu berkenaan. "(Sebabnya) selagi pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud tidak diterima dengan baik, isu ini akan terus dibangkitkan berulang kali," katanya lagi.-Mkini