Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, September 22, 2011

Khas Untuk Pencacai UMNO!


Tauuuu..
Memang pencacai takkan faham benda-benda ni..
Saja nak ulang..

Mana la tahu kot-kot dapat hidayah di hujung-hujung nafas!

Ameen!

Lagipun.. puak-puak pencacai ni bukan suka baca tulisan panjang-panjang..
Sebab tu apa yang dibaca dek pembaca berita kat TV tu pencacai terima sebulat hati dan sebulat suara!
Lain kalau gambor-gambor lucah dan hina lagi jijik yang selalu dibuat dek jefreydamien tuh!
Bukan main suka pencacai!!
wakakaka!

budakbalun 22092011

PERDANA MENTERI MALAYSIA.

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan.
KELANTAN
...
Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993.
DI NEGERI KELANTAN.

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26).
Bertarikh 8 Jun 1994.

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD.

Che Det...Belit Serupa Sawa!


Hok aloh...
Berbelit-belitlah..

Patutlah Tukartiub selalu tulis..

Kalau jumpa ular ketuk madey dulu!!

wakakaaaka!

budakbalun 22092011

Saya bukan lagi PM laksanalah hudud, Mahathir beritahu PAS

September 21, 2011

TANJUNG MALIM, 21 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya (gambar) ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.-minsider

Wednesday, September 21, 2011

Saya Hanya Takut Kat Karpal Singh!!

Sekali wa suda keluar wa punya sengggattt!! - Ajib KL gangster lagi berani la woi!


Bila cerita Hudud..
Pencacai UMNO kompom akan ungkit kata-kata Karpal Singh 2-3 dekad dulu!
Hakikatnya..
Pencacai UMNO memang wajib spin kalau persoalan hudud dikemukakan..
Sembang la kat mana-mana pun..
Kalau tajuk hudud kompom pencacai UMNO akan spin 360'!!

Walhal..
Karpal Singh itulah yang najib takut sesangat!

wakakakakaka!
budakbalun 21092011

Najib, Rosmah buat permohonan tolak sepina


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini. Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.-mkini

Najib: Saya tak takut hadapi Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 17 Sept — Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sementara Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden.

“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,” kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini.-minsider

Penipuan Semakin Terbongkar!!!


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

PENIPUAN SEMAKIN TERBONGKAR

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup positif dan gembira dengan pembongkaran isu-isu yang telah dibuat mutakhir ini oleh orang perseorangan ataupun badan-badan NGO yang membabitkan penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam dan agensi jabatan kerajaan di dalam memastikan penerusan kuasa UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya lalu. Baru-baru ini melalui laman sesawang Malaysiakini telah didedahkan bahawa seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan negara ini telah ‘dinasihatkan’ oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara supaya ‘membalas budi’ dan menjadi tugas utama beliau sekiranya diberikan kerakyatan untuk mengundi parti pemerintah iaitu UMNO/BN.

Begitu juga dari petikan Wikileaks (kabel diplomatik Amerika yang bocor), pendedahan Pengerusi Mafrel (NGO Pemantau Pilihanraya), Malek Husin, terhadap pengakuan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengakui UMNO telah melaksanakan ‘kempen kotor’ untuk merampas Sabah daripada PBS waktu itu dengan memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja asing (kebanyakan dari Indonesia dan Mindanao, Filipina) untuk menjadi pengundi berdaftar di Sabah. Bahkan Tan Sri Rashid mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu khusus untuk membantu UMNO di Sabah. Ianya juga dikenali sebagai ‘Projek IC’ yang turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menurut laporan tersebut.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pendedahan sebegini telah jelas mengesahkan dan membenarkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selaku pihak kerajaan untuk meneruskan kekuasaan mereka memerintah negara ini secara ‘kotor dan haram’. Sepatutnya pihak UMNO/BN selaku Kerajaan yang memerintah negara ini berasa malu dan insaf terhadap tindakan mereka membelakangkan undang-undang negara dan mengkhianati amanah rakyat.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang bebas dan telus serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang telah menyalahguna kuasa hatta mantan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka yang telah terlibat di dalam sebarang penyalahgunaan kuasa ini adalah merupakan PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk tampil membuat pendedahan sekiranya ada terhadap penyelewengan dan penipuan sistem pilihanraya di dalam negara ini.


MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

21 September 2011

Tuesday, September 20, 2011

Syabas Polis Diraja Malaysia!


Teman nak ucapkan tahniah atas keberanian dan kejayaan PDRM dalam membanteras jenayahdi negara yang kita cintai ini.

Sewajarnya inilah tugas hakiki pihak polis..

Sekalung penghargaan buat mereka!

Syabas! Alhamdulillah!
budakbalun 19092011

Polis tembak mati empat lelaki di Ipoh

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis. "Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini. Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang. Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut. Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu. - mkini

Laporan Polis terhadap UMNO Hulu Selangor!






UMNO..UMNO...
Marah kehilangan jawatan di masjid-masjid negeri Selangor tak habis lagi rupanya..
1Bukit Beruntung/Bukit Sentosa tahu macam mana perubahan yang berlaku pada masjid AsSalam selepas PRU12.

InsyaAllah..
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor ini untuk bertaubat dan menjauhi amalan membuat dan menyebar fitnah ini..

Laporan ini dibuat pada Jumaat lepas selepas Solat Fardhu Jumaat di Balai Polis Bukit Sentosa..
Hancur! Hancur! hancur fitnah!

budakbalun 20092011

link fitnah UMNO..

http://www.macamnilahkita.com/2011/09/khatib-baca-khutbah-jumaat-sokong.html

http://rakyattranung.blogspot.com/2011/09/biadap-khutbah-jumaat-sokong-komunis.html