Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 28, 2011

Sah! Pakatan Rakyat Punca Huru-Hara!

Lahhh..
Malaysia ni ada berapa set undang-undang sebenornye wehhh!!

Yang puak-puak "mat sengkek" ni takde pulak polis nak tangkap?
sebab apa teman gelar 'mat sengkek'?
sebab puak-puak ni sengkek sampai sanggup kena macai dengan upah RM50 barangkali!
macam geng-geng yang dok buat demo sokong Dato' T hari tu laa..

Adehhh!!!
Lihatlah Rakyat Malaysia!!!
Siapa yang bangsat sebenarnya?

budakbalun 28062011


BERSIH 2.0 - Kita Test Power Esok!


Haaa.
Meh turun malam esok wehh!!
Kita buat Pre-Demo..
Agak-agak apa jadi?

Kalau malam esok ok, takde sebab 9 Julai ni Polisi nak kacau kita di Key Ell!!
budakbalun 28062011

Monday, June 27, 2011

Dato' T - Cinta Palsu rupanya!! Adehh!!

No komen! Bagi chance teman gelak dulu!

WAKAKAKAKKAKA!!
WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!
WAKAKAKAKAKAK!!

WAKAKAKAKAKAKAKAKAK! Hancur UMNO!

budakbalun 27062011


Umno upah anak saya sertai demo sokong Datuk T – bapa pelajar

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.

Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan.

“Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’.

Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama. - Anak Sungai Derhaka

Cer Layan.. Cer Layan... Lepas Tu sendiri fikir!

Sesekali cuba biar otak berfikir sendiri..
Jangan asyik minta TV3 dan Utusan tolong fikirkan aje...
Adehhh!

Syarikat DiGi Dalam bahaya!

jangan kacau gua maaa.. gua cali makan saja maaa.. tapi gua pun sokong BERSIH maaa!


Wakakakaka!!
DiGi kena fikir warna lain neh!
Idak nanti dengan orang-orang DiGi dia kena tangkap!
Wakakaka!!

Polisi dilanda syndrome kuning ke wehhh??

Wahh!! ggi teman kuning pun kena tangkap ke?

wakakakaka!!

hmm.. nak kena pakai baju merah lambang keris la kot..
Baru tak kena tangkap!

Hoi! Ingat Kita Takut...
Jangan Mengarut!
Kita Tunjukkan! RAKYAT KE DEPAN!

budakbalun 27062011

Lapan lelaki pakai kemeja-T kuning Bersih 2.0 ditahan

June 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis “Bersih 2.0” dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan 9 Julai ini.

“Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal,” katanya dipetik Bernama Online.

Amiruddin berkata kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi.-minsider

Sunday, June 26, 2011

Oh TPM ku.. Memanglah Sebab Politik!


Wehhh!!
Aduyai la bapak si artis Najwa Muhyiddin neh!
takkan tak faham-faham kot?

Memang lah BERSIH 2.0 ni bermotifkan politik!
So? Apa masalahnya?
BERSIH ni tuntut pilihanraya yang bersih..
yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR..

Yang bertanding di pilihanraya oleh SPR ni semua parti politik!
So? apa masalahnya?

Bukan PERKASA,
Bukan Yayasan Amal,
Bukan AMAN MALAYSIA,
Bukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Bukan Persatuan Pembela-pembela babi Malaysia
Bukan mereka-mereka yang diatas ni bertanding...

Yang bertanding dalam pilihanraya kelolaan SPR sah-sah parti politik!
BN,PAS,PKR,DAP,PBS dan banyak lagi..
Itu semua parti politik!

Bila sebut SPR.. dia bukan dilanggani oleh Kerajaan Malaysia!
Sewaktu SPR bertugas menjalankan Pilihanraya Umum Malaysia..
Kerajaan Malaysia takde.. sebab Parlimen dah dibubarkan..
Adehhh!!

Inilah masalahnya sebab dah terbiasa..
Buat SPR macam komponen BN..
Buat Polis macam UMNO punya..

sampai dah sembab tak nampak beza antara parti politik dan kerajaan..

hmmm.. memang sah WAJIB tukar Kerajaan Malaysia ni..
kasi Parti politik lain pulak jadi Kerajaan!
waakakakak!!

KOMPOM TURUN 9 JULAI wehhh!!

budakbalun26062011

Muhyiddin: Himpunan Bersih tak relevan, motifkan politik

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bermotifkan politik dan akan memberi ancaman kepada keselamatan negara serta reputasi negara.

Polis sebelum ini menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada tiga perhimpunan selain akan memanggil penganjur minggu depan.

“Kami sudah buat keputusan dan kami merasakan perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan akan memberi mesej yang bercanggah bahawa cadangan mereka seperti mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melaksanakan tuntutan mereka, ada proses dan prosedur untuk melakukannya. - malaysianinsider