Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 16, 2011

Ahli-ahli UMNO memenuhi Stesen Minyak Malam Tadi?

Negara Berkebajikan? Naaaa!!!


Bukit Beruntung, 15 Jun 2011- Stesen-stesen minyak di Bandar Bukit Sentosa dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO yang berbaris panjang bersama kenderaan masing-masing menunggu giliran untuk mengisi minyak malam ini. Suasana ini agak 'ganjil' kerana biasanya kejadian sebegini berlaku apabila harga minyak diumumkan naik tetapi kini ianya berlaku apabila pengumuman harga minyak turun?.

Wartawan kami sempat bertanya kepada salah seorang ahli UMNO yang turut sama berbaris bersama kenderaannya dan ini ialah jawapan beliau,

"Kami rasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak RON97 daripada RM2.90 ke RM2.80, penurunan 10 sen ini walaupun sedikit tetapi cukup menyeksakan kami yang berpendapatan rendah! Kami berharap agar pihak Kerajaan Malaysia pimpinan parti kesayangan kami iaitu UMNO dapat menaikkan semula harga miyak RON97 ini kembali dalam masa terdekat! ini juga bagi membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah Malaysia! Hidup Melayu!"

Sekian laporan daripada wartawan kami di Hulu Selangor.

- sumber pening lalat!

budakbalun 16062011


Harga RON97 turun 10 sen seliter

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.-Malaysianinsider

Wednesday, June 15, 2011

Cari Nahas Mufti Neh!

Saya disahkan HALAL oleh UMNO de!
Huihhh!!
Kalaulah Ditakdirkan UMNO dapat balik Selangor nie..
KOMPOM! Tok mufti neh kena tendang dari opis Mufti Selangor dia..
KOMPOM!

Takde dakwa-dakwi dah!

Nasib la Tok Mufti.... Berani sangattt!!
wakakakaka!

Khusrin mesti ngetap bibir bila selisih dengan Tok Mufti neh!
budakbalun 15062011

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia. Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina. "Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor. Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.-Malaysiakini

BERSIh 2.0 - Akhirnya... Polis bersuara!

Hairan ye? demo yang ni Polis tak bagi amaran pun! Polis pun takde!


Teman dok nunggu gak Polis keluarkan kenyataan pasal BERSIH 2.0 nie..
Akhirnya penantian terhenti!

Polis bagi amaran akan tangkap demonstrator sepertimana arahan UMNO kepada mereka.
Akta Polis sekali lagi jadi ugutan..
Hmmm... Adakah kalian semua gentar??

budakbalun 15062011

Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.

Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.-malaysiakini


Siapa Nak Apply Update Facebook Kementerian di Malaysia?


Perghh!!
RM 1.8 juta untuk akaun facebook??
Perghhh!!! bertuahnya badan kalau dapat tender nehh!

blogger-blogger hardcore Pakatan Rakyat dan juga kader-kader PR yang beratus ribu jadi blogger sambilan confirm terkejut + berangan bila dengar berita neh!

Gila apa?

There goes Rakyat money....
budakbalun 15062011

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. “Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga. - malaysiakini

Thursday, June 9, 2011

DAP Pengkhianat!! Sekali Laagi!!


Wakakakaa!
Teman tergelak besor baca komen YB Sekinchan ni..
memang terbaekk lah!

Kalau dah sampai tahap bukan Islam boleh cerita pasal syurga neraka..
cerita pasal fitnah dan saksi yang diterima oleh Islam..
cerita pasal syurga dan neraka..

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT kurniakan hidayah untuk YB ni kembali kepada fitrah kejadian manusia iaitu Islam!

buat Che Det..
wakakakakaka!

budakbalun 09062011

Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya. - Harakahdaily

Syukur..Malaysia Masih Aman! Terima Kasih UMNO!


Tadi teman membeli susu baby untuk Al Fateh teman.. Baru minggu lepas beli, dah kena beli lagi.. Budak tengah naik macam tu laa..

Sampai di kedai.. Tu diaa!
Minggu lepas sekotak kecik RM8.70.. Hari ni dah RM9.00! Mak aihhh!! Itu brand susu baby paling cikai tuh! Tu aje yang mampu.. Lain la teman ni Ketua Bahagian UMNO! Leh la minum susu S-26!

Terima Kasih UMNO..
Mahal pun takpa.. Janji Malaysia Aman..
tak macam Zimbabwe kan?
ptuih!!!

Budakbalun 09062011