Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 21, 2011

Himpunan 30K Pemuda PAS 2011- Catatan budakbalun

Tulisan Allahyarham Fathi Yakan didalam kitabnya "Generasi Pemuda Dan Perubahan"..

"Sebenarnya,matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia....ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam.....dan juga pemikiran,perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran,perundangan dan akhlak Islam".

Alhamdulillah, dengan semangat menyahut seruan Kepimpinan Pemuda PAS dan keinginan menyambung perjuangan pejuang-pejuang Islam terdahulu, Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor telah berjaya menghantar pemuda-pemuda PAS Hulu Selangor seramai lebih 80 orang dengan menggunakan 2 buah bas. Sedikit catatan pengalaman bergambar oleh budakbalun yang juga diizinkan oleh Allah SWT untuk turut serta... Allahuakbar!



Ketua Pemuda PAS Pusat,
Al Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi sedang berceramah
di Kalumpang sebelum kami bertolak ke Kedah...



Antara sahabat yang baru tiba dari Bukit Beruntung,Serendah, membawa ke Kalumpang.. steady syeikhhh!!


KP Pusat membacakan doa buat perjuangan ini.. Semoga Allah SWT berikan keizinan kemenangan Islam di Malaysia..


Ameen!


Haaaa.. Inilah dia rezeki teman di RR Tapah..
Dia tulis "Roti Turki" tapi yang siapkan roti ni Bangla??? adehhh!!


Ni RR Tapah ke Kota Sarang Semut tempat Himpunan??
ramai semacam pemuda PAS... Allahuakbar!


Bulan purnama penuh mengiringi perjalanan kami sepanjang malam itu...
"bulan' purnama di hati kami!



Warung Nasi Lemak tepi masjid Gurun jadi 'mangsa' serangan pemuda PAS hulu Selangor yang kelaparan!!! hahahaha!


Akak berbaju biru tu naik pening layan order pelahap-pelahap yang datang dari jauh nehh!! wakakaka!


Saksikanlah bukti betapa laparnya mereka...


Haaaa.. bukan takat pemuda.. 'pe-tua' pun joint!!
Ya Allah! Istiqmahkanlah hati aku ni.. agar sekuat hati mereka ini... Ameen!


Ijad si Kaki 'takbir' Bukit Beruntung...
mana-mana dia leh takbir hatta atas motor sekali pun!! wakakaka!


Rezeki budakbalun pagi tu..
Nasi lemak ikan masin sebungkus.. roti kosong sekeping.. teh o suam secawan!
Terima kasih buat sahabat teman yang sudi membayarnya..
(kalau tahu dia nak bayor.. mau 4 bungkus teman sapu nasi lemak tuh!!)..

Geng 'PAS Tegar" Serendah sedang santappp!


Ketibaan kami disambut ribuan pemuda PAS yang semakin memenuhi ruang di padang rumput (ada rumput ke?) Kompleks PAS Kedah! Allahuakbar!


Yang pakai snowcap merah ni adalah seniman dari Serendah! wakakaa!




Pimpinan kami antaranya...


Idola teman.. Salahuddin Ayub! Tak pernah jemu dengar pidato beliau..
di Rusila masa Ijtima' Tarbawi hari tu.. tak sedar menitiskan airmata dengar kisah pengalaman beliau diawal perjuangannya dalam PAS... sehinggakan nak beli susu anak pun takde duit! duit diimfa' sepenuhnya pada perjuangan!!! Ya Allah mampukah aku jadi begitu?


Kebiruan langit memayungi kami.. Allahuakbar!






betul punya fanatik puak2 nih.. ayor pun hijau??


Sunnah org berjuang.. Solat itu wajib menjadi salah satu cara merintih,merayu dan mengadu kepada Rabbuljalil.. Ya Allah,kasihanilah kami yang lemah ini dlm perjuangan menegakkan hukumMu!

makan pun kena berbaris daaa...


Ikhlas cakap..
gulai kawah PAS Kedah hari tu lah gulai kawah paling sedap teman pernah makan! perghhh!!! Allahuakbar!


Agak2 kalau himpunan Pemuda UMNO..
ada tak scene macam nih?? jangan marah ye? tanya je...

sesi ambil wudu' beramai2..


Banner di Pentas utama..


sesi petang.. dalam dewan pulak.. aktiviti JPRK..
ada 'stand-up speech' by Bro Bob Lokman! yang baru beberapa jam menyertai PAS!
hehehehe



suasana dalam dewan.. ada lagi 2x ganda jumlah ni diluar!
macam mana teman tahu? sebab teman lah antara golongan diluar!!
tak muat kat dalam syeikhhhh!!


Bekas vokalis kumpulan Melissa rasanya..
Syeikh Radzi menyanyikan semula lagu Cinta Untuk Nabila..
jadi Cinta Untuk Nabi..lah! sempoi!!


Bob Lokman menceritakan pengalamannya bersama UMNO dulu..
hok aloh... pernah joint pemuda UMNO rupanya mamat nih!!
kelakar giler cerita dia..

"Perhatian kepada yang benama Najib,
sila berundur sebelum kamu diundurkan oleh rakyat!" wakakaka! sempoi!



Pemuda PAS Hulu Selangor bergambar kenangan dengan syeikh radzi..
adehhh!! mane gambo teman??


Solat Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Solat Isya berbumbungkan langit berlantaikan tanah!
ada yang tak guna apa lapik pun! dahi sujud atas batu tuh!!


Zikir munajat... sebelum Solat Hajat..



Suasana dihadapan kompleks...
Menantikan bermulanya Ceramah Perdana bersama MB Kedah dan Presiden PAS.


Wakakakak!!
Kata pejuang?? hujan skit dah menyorok bawah banner?? adehhh!


Berbaris naik bas.. dah nak balik dahhhhh!! isk isk isk!






Friday, February 18, 2011

Bukti UMNO Tolak Islam Kecil-Kecilan..


Islam itu datang dengan lengkap dan melengkapi..
sesuai dengan fitrah kejadian manusia..

Allah SWT jadikan manusia ini.. maka Dia tahu apa yang diperlukan oleh manusia..
Bila sebut manusia termasuklah melayu,cina,india,benggali,english,arab hatta orang asli di Kepulauan Carribean pun!
(UMNO nampak Islam ni melayu je.. So Islam hanya untuk melayu jee..)

Malangnya.. UMNO tak mahu gunakan Al-Quran yang Allah SWT kurniakan sebagai satu-satunya panduan buat manusia..
Sanggup guna style barat dalam mendidik anak-anak muda berkaitan seks..

Dah jenuh alim ulama' tegur hal ini..
Baik yang dalam PAS mahupun ulama' tak berparti!
UMNO tetap dengan kedegilan dan kejahilannya!

Cakap jahiliah karang marahhh!!
Macam Mahathir marah Nik Aziz!!
adehhhh!

Weii Shahrizat UMNO...
Company jepun buat kereta.. dia sediakan 'manual' untuk rujukan kalau nak repair atau setting atau macam mana kereta itu berfungsi dengan baik... serta tips2 khas untuk melancarkan lagi fungsinya..

Macam tu jugaklah manusia..
Allah SWT jadikan manusia.. macam jepun buat kereta tadi..
So, Allah SWT sediakan 'manual' untuk manusia dan seluruh alam iaitu Al-Quran..
Hadis Rasulullah SAW pula untuk melancarkan lagi perkara yang disebut dalam Al-Quran..

Malangnya UMNO tolak semua itu..
Tolak Al-Quran untuk mendidik anak-anak manusia di kem PLKN..
Sedangkan Al-Quran bukan hanya untuk melayu.. tetapi untuk semua kaum..
Atau UMNO takut MCA dan MIC marah sebab guna Al-Quran dalam PLKN?
Takut hilang undi?

Adehhh!!!..
Nilai-nilai murni dalam Al-Quran boleh dikongsi oleh semua agama bro!

p/s: Udahlah pergaulan dalam PLKN tu bebas tak ingat.. Ajar pasal seks pulak! manusia ni dah lah berfitrah mahu mencuba... jahanam!!
sunsnake 18022011

Pendidikan seks jadi subjek di kem PLKN


Pendidikan Seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) hari ini rasmi menjadi subjek untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Perasmian PKRS sebagai subjek dalam PLKN disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kem PLKN Sri Perkasa di Seremban. Ketika berucap, menteri itu berkata subjek PKRS diharap dapat membimbing seramai 100,000 remaja pada setiap tahun mengenai kemahiran hidup berkeluarga, kemahiran menjalinkan hubungan positif antara gender seperti hormat dan menghormati di antara lelaki dengan perempuan..

Berita Penuh

Berani NGO Ni Cari Pasal Dengan Mahathir!!!


Cisss!!
berani sungguh NGO Suaram ni cari pasal dengan pejuang melayu terulung ini!
Tergamak Suaram ni memperkotak-katikkan Pahlawan Terbilang Melayu!

Che Det ni... satu-satunya Perdana Menteri yang berjaya membangunkan negara Malaysia!
Hanya Che Det yang mampu lakukannya..
Lihatlah anak-anak Che Det ni..
Semua hidup berwasatiah yakni sederhana..
Baik Marina..Baik Muhriz..Mirzan mahupun Mokhzani...
Semuanya hidup bercirikan Al-Quran dan Hadis..

Maha benarlah kata-kata Che Det yang dia tak suka ISA dan pernah memberi cadangan kepada Polis agar ISA dimansuhkan tapi Polis tak setuju..
So, bukan salah Che Det... Itu salah Polis..
Lagi pulak polis kata tak salah..

hmmmm..
sunsnake 18022011

NGO pelawa Mahathir sertai kempen mansuh ISA


NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama. "Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Berita Penuh

Dr M: Polis halang saya mansuh ISA

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut. Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Berita Penuh

Lawak Dr Mahathir?

Ishh..
bukan teman tak nak percaya..
Tapi susah sungguh teman nak percaya!

Che Det kata dia pernah nak mansuhkan ISA..
Tapi Polis tak bagi!

Hok aloh...

sunsnake 18022011

Dr M: Polis halang saya mansuh ISA

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Berita Penuh

Ahli PAS Bukit Beruntung Kemalangan - Al Fatehah

Bendahari PAS Cawangan Jalan Kesumba, PAS Zon Bukit Beruntung Sdr Malik telah meninggal dunia setelah kemalangan di sebuah persimpangan berhampiran masjid As-Salam ketika menuju ke tempat kerja pagi tadi.

Motosikal yang ditunggang Allahyarham telah melanggar sebuah kereta yang memasuki simpang ke Jalan Perodua E9 disini.

Marilah kita sama-sama membaca Surah Al-Fatehah dan pahalanya kita sedekahkan buat Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya.

Al-Fatehah.

sunsnake 18022011

Takziah buat Abang Mat Sabu

Baru je hari tu berbual dengan Abang Mat di PKM Jalan Semarak, Bukit Sentosa..
Takziah atas kehilangan bonda tercinta..
Kelak, kita semua akan turut ke'sana'...
Hanya masa yang kita tak tahu.. ntah kejap lagi..

Al-Fatihah....

sunsnake 18022011

Guan Eng ucap takziah pada Mohamad Sabu

TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dengan mesyuarat Exco pagi tadi semata-mata mahu mengucapkan takziah kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu kerana kematian ibu tercinta, Halijah Mat, 91.

Beliau yang bergegas setelah selesai mesyuarat berkenaan sampai pada pukul 1.15 tengahari iaitu ketika jenazah Allahyarhamuha sedang dikafankan untuk dibawa ke Masjid Padang Menora untuk disembahyangkan selepas solat Zohor.

Berita Penuh