Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, February 12, 2011

Rakyat Mesir Pengkhianat! Tak Sedar Diri!


Rakyat Mesir yang sibuk suruh Hosni Mubaraq ni berambus betul-betul pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara Mesir!
Memang betul-betul tak mengenang jasa!

Selama 30 tahun Hosni Mubaraq ni memerintah Mesir..
Dia bina sekolah, bina jalanraya, bina masjid, izinkan Al-Azhar beroperasi,
Tubuhkan wakil Kerajaan Mesir uruskan rakyat Mesir pergi Haji,
Tubuhkan Bank Islam, buat highway, lawat mangsa banjir bila tiba musim banjir,
Pelihara monumen bersejarah daripada rosak dimakan masa,
Adakan pilihanraya 5 tahun sekali dengan adil dan saksama,
Bekalan beras dan gandum sentiasa ada dipasaran Mesir,
Minyak mahal tak mengapa sebab Mesir bukan pengeluar minyak,
lagipun harga minyak Mesir lebih murah berbanding di Antartika dan Alaska.

So, apa yang rakyat Mesir mahukan lagi?
Siapa pun memerintah sama sahaja.
Buang masa!
Tak taat pada Pemerintah langsung!
Bukankah kita kena pegang ayat
"Taatilah Allah, Taatilah Allah dan Taatilah pemimpin-pemimpin kamu"..

So, kenapa tak taat pada Hosni Mubaraq?
Bukankah berdosa menentang pemimpin ulil amri neh?

ikhlas
Abdel Maslanul el Feldac - Suez
Ketua Pencacai Parti Hosni Mubaraq

(sila tukar perkataan Mesir=Malaysia, Hosni Mubaraq=Barisan Nasional)

sunsnake 12022011

Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman. Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah. Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh. Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Berita Penuh

Ceh! Bikin Malu Orang Hulu Selangor!!!



Ceh!!
Hujah dan soalan macam YB Kamalanathan ni..
Teman pun boleh bagi!
Soal pasal Tiang letrik di Hulu Selangor...
Kompom pasal Bukit Beruntung!
Teman pun tak pernah tahu berapa batang tiang..
Tapi teman taulah isunya..

Memang kegagalan Khir Toyo & the regime!
So, Kerajaan PR telah membanntu sedaya upaya hinggakan pernah Kerajaan PR melalui exconya Dr Hassan Ali bayarkan bil letrik yang mencecah jutaan ringgit ke ratusan ribu ke..
Jumlah sejak dari zaman BN dulu lagi!

Lepas tu YB ni meleret-leret hinggakan hal Kesultanan Selangor dan Perak laaa.
Adehhh!!

Heran gak.. Apa motif RTM jemput YB ni bercakap soal ekonomi?
Takde sebutir habuk pun pasal ekonomi yang dia cakap melampaui pengetahuan teman yang failed subjek Perdagangan Tingkatan 4 nih!

Teman tak kenal sangat wakil PR-PKR ni..
Tapi apa-apa pun, teman bangga kamu duk dalam PR..
Jangan melompat udahhhh!!!

wakakakaka!

Tahniah buat mangkuk-mangkuk di Hulu Selangor ni yang mengundi YB Kamalanathan masa PRK hari tu... Inilah hakikat kepala hotak dia.. No Class! wakakakaak!

sunsnake 12122011

Friday, February 11, 2011

Abang Mat Sabu di Bukit Beruntung Ahad Ini!

Semua rakyat Hulu Selangor,Selayang,Batang Berjuntai,Kuang,Bandar Tasik Puteri, Tanjong Malim dan Genting Highland dijemput sangat-sangat untuk hadir!

Lokasi..
Keluar tol Bukit Beruntung, 1st traffic light-kanan.. sebelum sampai Stesen Minyak Esso-belok kiri..1st simpang empat-kiri.. InsyaAllah.. Unit Amal dah ada dari situ...

Kalau tak pun sila guna Maps@GPS@Garmin anda.. Nama jalan ada diatas..

"Malu bertanya tak sesat jalan dah.. leh guna garmin!" wakakakakaka!

oppsss lupa... SB-SB Polis pun dijemput untuk mencatit,merakam mahupun mendengar apa yang patut!.. Sekali kalian sudi.. seribu kali kami sudi! waakakakaka!

Paling penting.. ahli-ahli UMNO Hulu Selangor dan Bukit Beruntung khasnya..
Tak jemu ke layan TV3??

adehhh!!

sunsnake 10022011

Thursday, February 10, 2011

Anwar @ Interview with CNN.. Pengkhianat!!!



Hmmm.. disebabkan Najib tak diinterview langsung oleh CNN..
maka pencacai UMNO akan mengistiharkan Anwar Ibrahim adalah boneka negara asing!!

Cuba kalau CNN interview Rosmah Mansor..
Kompom!!

CNN lebih mulia daripada Tv3!!

wakakakaka!

sunsnake 10022011

Hebat Sangat ke Isa Samad tu? Wakakaka!

PD Marina.. disinikah bermulanya kredibiliti@kehebatan Isa Samad? wakakakak!


Wah!
Sinis betul cara YB Isa Samad tak puas hati bila perlantikannya sebagai Pengerusi Felda dipertikai orang..
Siap tanya hebat sangat ke mamat 2 orang yang dok pertikai dia tu?

wakakakak!
Teman tak la kenal sangat dengan 2 mamat yang belasah YB Isa ni..
Tapi tengok pada kelulusan dan pengalaman mereka..
memang gempaq laaaa..

Nak dibanding dengan YB Isa.. Wallahua'lam..
Dan yang paling penting..

Mereka berdua bukan orang politik..
Mereka bukan Ketua UMNO mana-mana bahagian..
Mungkin juga mereka cuma ahli mana-mana parti...

Pandangan mereka bukan berdasarkan politik..
Mereka pertikaikan kredibiliti..
Sebab apabila kredibiliti diragui..
Macam mana nak berniaga?
Melainkan berniaga dengan kerajaan UMNO..
Kredibiliti letak no 45...

Wakakakakaka!

Apa kredibiliti YB Isa?
Pandai simpan rahsia kotttt???

siapakah Datuk Dr Zainal Aznam?

Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd Yusof was a Deputy Director-General of ISIS Malaysia from 1995 until 2002. Prior to that, he was the Deputy Director of the Malaysian Institute for Economic Research (MIER) and the South East Asia Regional Economist at Kleinwort Benson Research (Malaysia) Sdn. Bhd. From 1990 – 1994, he was the Adviser of Economics at Bank Negara Malaysia. Dr Zainal was a consultant of UNIDO/UNDP Malaysia and in the World Bank in charge of The Political Economy of Poverty, Equity and Growth. He was responsible in the preparation of the Industrial Master Plan of Malaysia, the Second, the Fourth and the Fifth Malaysia Plans. Dr. Zainal holds a BSc (Economics) from Queen’s University, Belfast, Northern Ireland, an M.A. (Development Economics) from the University of Leicester and a D.Phil. (Economics) from the University of Oxford, United Kingdom. - sumber

siapakah Tengku Zafrul?

Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz serves as Chief Executive Officer at Avenue Securities Sdn Bhd. Mr. bin Tengku Abdul Aziz served as Group Managing Director at Avenue International Capital Bhd. Mr. Aziz served as Head of Investment Banking at Citigroup Malaysia. Mr. bin Tengku Abdul Aziz also served as Chief at Tune Money Sdn Bhd, headed it for about 18 months. Mr. bin Tengku Abdul Aziz served as Chairman at Avenue Invest Bhd. and served as Group Executive Director at K&N Kenanga Holdings Bhd since December 2008. - sumber

siapakah Tan Sri Isa Samad?

sendiri cari laaaa.... wakakakaka!

sunsnake 10022011

Isa: Hebat sangat ke orang yang buat kritikan?


Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana tidak mahu menjejaskan fokus beliau untuk memajukan Felda.

"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya
Berita Penuh

'Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran'

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.
Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.

Berita Penuh

Lagi Pengkhianatan Terbaru Kerajaan PR Selangor!


Teman malas nak komen..
Kang kalau teman kata Kerajaan Selangor bagus..
MB Khalid Bagus.. Hassan Ali bagus..
Kerajaan PAS,DAP dan PKR Selangor bagus..

Pencacai UMNO yang masuk sini kata riak pulak!

so.. sendri mau ingat laaa..

Syukur pada Allah SWT atas rezeki wang ringgit buat ustaz-ustazah kita..
Terima Kasih pada kerajaan negeri yang prihatin..
Dalam bagi air free 20m3 pun mampu bagi elaun lebih!!
hmmm.. menangis tak berlagu la guru-guru KAFA negeri bawah UMNO!!
Minum air banjir leeee!! wakakakaka!
Sabor ye ustaz-ustazah negeri bawah UMNO.. sama-sama kita buat perubahan..

InsyaAllah...
sunsnake 10022011

Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.


Berita Penuh