Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 10, 2011

PRK Dun Sri Muda Selangor?


Wakakakaka!!
Makin hayun puak-puak yang mengaku setia pada Sultan Selangor ni..
Bab berdemo tu dah biasala dah..
Walaupun mereka derhaka dengan pimpinan UMNO yang mengatakan demo bukan budaya mereka!

Tapi sampai desak Adun Sri Muda letak jawatan ADUN yang tak tahan tuh!!

Wakakakakaka!

Sebab 'derhaka' pada Sultan sampai kena letak jawatan??
Kalau betul derhaka takpe la jugak..

Yang UMNO hilangkan kuasa Sultan tahun 1993 tu macam mana pulak?

Kalau ikut teori dan desakan UMNO nie..
Maknanya semua ADUN UMNO di Malaysia kena letak jawatan laaa!!!

Perghhh!!! jenuh nak layan banyak sangat PRK lepas niehhh!!

Dah macam PRU pulak nanti!!
Adehhh!! makin terdesak puak-puak nehhh!!

sunsnake 10012011

Penduduk bakar patung ADUN Sri Muda


Kira-kira 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di Klang hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutarbelit titah ucapan baginda.

Mereka menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai ADUN. Sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' dan menyanyikan lagu 'Selamat Tuanku', penduduk kampung terbabit turut bertindak membakar poster Shuhaimi bagi menggambarkan kemarahan mereka.

Berita Penuh

Sunday, January 9, 2011

Live! - "Pengkhianat" Berhimpun di Stadium Melawati!

Kalau ikut kata pencacai UMNO laaaa...wakakkakaka!

sunsnake 09012011

LIVE dari Shah Alam:

Hampir 30 ribu umat penuhi Stadium Melawati Shah Alam!!

sumber - Pria Malaya!





















p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul...

Solat Hajat penuh sesak di Stadium Melawati

SHAH ALAM, 9 Jun: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. - HD

"Jalinan Kasih" PAS Zon Bukit Beruntung, Meriah!


Bukit Beruntung 8 Januari - "Eratkan Ukhwah, Gerakkan Usaha," itulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada Majlis 'Jalinan Kasih' PAS Zon Bukit Beruntung yang diadakan di Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya disini malam ini. Majlis yang dijangka akan mengumpul lebih kurang 100 ahli bagaimanapun diluar jangkaan apabila lebih 250 ahli dan keluarga masing-masing hadir di majlis berkenaan.

Majlis yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk mengikatkan kembali ukhwah sesama ahli PAS Zon Bukit Beruntung yang terdiri daripada 8 cawangan iaitu Cawangan Bukit Beruntung/ Bukit Sentosa, Jalan Cempaka, Jalan Kasturi, Jalan Kesumba, Bukit Sentosa 2, TBR Teratai, Apartment Anggerik dan Apartment Kenangan. Didalam majlis yang sama juga, muslimat zon mengambil kesempatan untuk menambah ahli daripada kalangan isteri-isteri ahli PAS yang sebelum ini agak jarang kehadapan.

Sesi pemuda turun memasak ke? Adehhh!!


Mana muslimat neh? Ada bran lawan masak dengan Unit Amal Pemuda??


Basuh beras syeikhh!!


Chef sedang start nak masak nasi minyak tuuuu!!


Basuh periuk pulakkk!! adehhh!!


Ketibaan ahli-ahli... Unit Amal pun ada punyaaa!!


Ahli-ahli PAS Zon Bukit Beruntung mendaftarkan diri..
"Lama tak nampak Syeikh?? Ingat dah tukar khemah!! Wakakaka!!!"



2 orang kuat Unit Amal Bukit Beruntung..
Masing-masing ada silat tuu.. Silat 'Langkah Seribu' nama dia!!!


Suasana didalam... Sesak... Alhamdulillah..



Meja utama.. Banner utama..
Syeikh MC sedang mencatat sesuatu daripada Pengarah Program


Mai imfa' syeikh... Masuk tabung ni baru duit kita...
Yang dalam poket belum tentu kita punya..
Balik karang isi minyak skit, dah jadi milik tokey petrol station duit tuhhhh!!


Suasana didalam dewan dari belakang..


Pengerusi Majlis merangkap Ketua PAS Cawangan TBR Teratai memulakan majlis..


Semua ahli berdiri menyanyikan lagu Rasmi PAS
"Berkorbanlah wahai yang beriman, dengan harta dan segenap kepunyaan"..


Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor turut hadir dan menyampaikan sedikit ucapan dan pesanan daripada kepimpinan Pemuda PAS Selangor mahupun Pusat.


Ketua Muslimat Zon menyampaikan ucapan
"Izinkanlah isteri Tuan-tuan menyertai aktiviti muslimat,
takkan tuan-tuan nak simpan mereka dalam almari lauk?"
mungkin itulah ucapannya kot? hehehe


Air tembikai susu tuhh.. terbaekk!!


Antara muslimat yang berjaya menerobos ke dalam dewan! Barakallah!



Suasana di luar dewan dalam masa yang sama...


Wah! Lepak luar lagi sejuk sambil dengar ucapan ye?



Wakil Muslimin merangkap Bendahari PAS Kawasan menyampaikan sedikit 'presentation' berkaitan Gerak kerja Pilihanraya.. Sangat baik!


Amanat oleh Tuan Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung.. Barakallah Ustaz!



Wajah-wajah bakal pewaris perjuangan Islam ini.. InsyaAllah!


2 Ketua Cawangan sedang berbincang sambil makan kari kambing! Perghh!!


Sesi terakhir pada malam itu, makan-makan.. Alhamdulillah..
2 ekor kambing Aqiqah oleh seorang ahli 'otaimer' PAS Zon Bukit Beruntung..
Terima Kasih YB Hang Kebas!


Suasana di meja makanan muslimat...


Ahli-ahli berpusu-pusu keluar dari dewan menuju ke ruang makan


Wehh!! Sempat bergambor lagi nehh!!

Saturday, January 8, 2011

Lim Guan Eng Buat Hal Lagi! Pengkhianat!!

Ke kami yang bodoh?? kata mereka didalam hati...


Nampaknya..
Kepala kontraktor kroni UMNO Penang dah surrender..
Akhirnya mengakui bahawa...
mereka memang tak boleh meniaga kalau terus berseteru dengan Kerajaan Negeri..
mereka memang tak boleh bisnes kalau terus bergaduh dengan Ketua Menteri...
mereka memang tak boleh dapat kontrak kalau terus mengharapkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menganugerahkan tender direct kepada mereka tanpa bersaing dengan orang lain!

Hari tu kepala kontraktor ni kata..
Lim Guan kurang sangat bagi kontrak pada orang melayu!
Last-last Kerajaan Penang keluarkan list..
Nah kau!
Almost 90% tender dapat ke company melayu!

Kata Lim Guan Eng..
"Hanya kontraktor UMNO sahaja buat bising, bukan kontraktor melayu!"

wakakakaka!!
Khianat sungguh Lim Guan Eng nih!!

sunsnake 08112011

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri. "Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu. "Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

Berita Penuh

Hampeh Punya Kartunis Zunar!!


Adehhh!!!
lawak..lawak...
Kalau puak-puak songkok tinggi ketuanan melayu UMNO tak sedar lagi tak tau laaa!!
Hampeh punya bro zunar!

sunsnake 08012011

Thursday, January 6, 2011