Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 25, 2010

Kesedapan Ariel & Luna - Macam ni pun ada??

Contoh kostum Peter Pan!

Wakakakak!
Tergelak teman baca komen 'ikhlas' lawyer Ariel ni..
Selamba badak je dia bagitau apa perancangan dia..

Aduyaiii..
Satu dunia dah tengok 'aksi-aksi' tu..
hehehehe.. teman? err... errr.. errr..

“Jika dari awal lagi dia mengaku yang imej di dalam video seks itu adalah dirinya, sudah pasti polis akan menyiasat individu sebenar yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan."

wakakakakak!... slumber!

sunsnake 25112010

Pasukan peguam Ariel dikata silap strategi dari awal kes

JAKARTA 24 Nov. – Peguam yang mewakili Cut Tari, Hotman Paris Hutapea mendakwa pasukan peguam bela Ariel telah memilih strategi yang salah dalam mengendalikan kes video lucah bekas vokalis Peterpan itu.

“Atas sebab itu sejak awal lagi saya mencadangkan kepada Cut Tari agar dia mengaku kerana saya tidak melihat sebarang risiko terhadap pengakuannya itu,” kata Hotman ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, kesilapan itu terbukti apabila Ariel dituduh terlibat dalam penyebaran video membabitkan Cut Tari dan Luna Maya itu.

Berita Penuh

Pilihanraya - Bapak Ketua BN punya!

Nak tanya si Paul ni.. Dah arwah la pulak!! wakakaka!


Teman minta sangat-sangat..
Selepas ni.. kalau ada rezeki.. bila PR memerintah..
Tarikh Pilihanraya Umum Dun dan Parlimen wajib diumumkan seawal mungkin!
Setidak-tidaknya setahun sebelum!

Ini tidak.. ikut sukahati mak bapak depa!
Rakyat yang bangang ni la kena tunggu..
Kalau parti BN ada masalah..
tengah kena asak..
tengah kena humban..
boleh delay pilihanray..
tunggu dah ready betul-betul..
Tunggu SPR dah plan baekkk punya untuk BN..
Tunggu Jabatan Pendaftaran dah arrange everything!
Tunggu RTM dan TV3 dah siar skrip-skrip jilat terbaekkk!
Tunggu duit rasuah untuk dana pilihanraya dah cukup..
Tunggu Bik mama kata ok..
Baru nak umum!

Wakakakkaa!
Seladang pun tumbang!

Bersih 2.0?
sunsnake 25112010

Taib sudah ada ‘inspirasi’

KUCHING 24 Nov. – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah hari ini dengan mendapat ‘inspirasi’ mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.

“Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda,” katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.

Taib berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Berita Penuh

Abis?? Takkan Nak Tunggu Sama macam Myanmar?

Untunglah jugak Suu Kyi! Kurang-kurang mata dia tak lebam!


Menteri-menteri UMNO ni..
Kalau nak naikkan harga minyak.. harga barang..
Kompom akan di'compare' nya harga dengan negara luar!

Kalau minyak.. kompom akan compare dengan Singapore!

Dalam isu Anwar ni pun nak disamanya dengan Myanmar!

Takkan nak tunggu Anwar ni kena sebijik macam Suu Kyi baru nak akui?

Setidak-tidaknya..
Anwar dan Pembangkang langsung tak dapat access pada media Malaysia!
Itu pun pada teman dah nak jadi Myanmar dah!

Setidak-tidaknya Suu Kyi dapat bantuan daripada media dunia!

Pada teman.. banyak persamaan Anwar dan Suu Kyi nih..
Antaranya.. sama-sama dapat simpati daripada dunia!

UMNO nak menipu rakyat Malaysia boleh laa..
especially golongan berkarat UMNO..
Tapi UMNO tak boleh tipu satu dunia!!

Contoh apabila 50 orang Ahli Parlimen Australia sokong Anwar dalam isu liwat..
Sibuk UMNO memekik jangan campur tangan urusan Malaysia..
Pada teman.. itulah bukti kehebatan Anwar di medan Antarabangsa..
teman yakin.. 50 Ahli Parlimen Australia tu lagi bijak daripada beratus Ahli Parlimen UMNO!
tengok kualiti integriti negara laaa!!
Mat Taib yang otai di Malaysia pun sangkut di Australia kan?

Kat Malaysia ni..
Mamat Indon pun bebas keluar masuk takyah passport! wakakaka!
sunsnake 25112010

‘Anwar jangan sama dirinya Suu Kyi’

KUBANG PASU 24 Nov. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana di negara ini beliau bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja tanpa sebarang sekatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Anwar tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa nasibnya sama dengan Suu Kyi.

“Macam mana Anwar kata dia macam Suu Kyi sedangkan dia bebas ke sana-sini adakan ceramah politik. Orang ramai boleh nilai perkara ini sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah.

Anwar baru-baru ini dilaporkan mengadakan ceramah di luar negara dan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi serta menyamakan dirinya seperti Suu Kyi.

Berita Penuh

SPRM - Sejukkk Hati teman Dengor!


Hmmm...
Baguslah dan Tahniah teman buat SPRM dalam kes ni..
Bukan mudah nak buat tangkapan dalam kes rasuah ni..
Inikan pulak kes seludup diesel..
Mangkuk-mangkuk ni la yang jadi antara punca Kerajaan Malaysia naikkan harga minyak!
Kalau ikut kata Pak Lah dulu laaa.. wakakakaka!

Tapi harap SPRM jangan la tangkap ikan bilis jaaa..
Tangkap la Bapak Jerung sekaliiii!!!
Walaupun Bapak Jerung tu Ketua Cawangan UMNOOOOO!!!
Wakakakaka!
sunsnake 25112010

Lagi 13 individu ditahan


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Seramai 13 lagi individu dari tiga negeri ditahan hari ini kerana didakwa terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan.

Selain tangkapan baru itu, sebanyak 21 premis industri di seluruh negara yang membeli diesel bersubsidi turut disiasat.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah, lapan individu daripada jumlah tangkapan baru itu ditahan di Sarawak, Perak (tiga) dan Pahang (dua), turut melibatkan pengusaha jeti, pemilik bot, tangki minyak haram, depot dan persatuan nelayan kawasan (PNK).

Berita Penuh

Wednesday, November 24, 2010

Kos Sara Hidup Tinggi? Hidup Melayu!

Sara hidup tinggi? pergi la mamposs!! Janji dapat air mineral!!! Hidup melayu!


Raya Haji baru ni teman sempat hadir di rumah jiran kampung bini teman,,
Tuan rumah tu buat kenduri doa selamat..
Baru kebah dari sakit yang panjang.. Alhamdulillah..
Sakit ni Allah SWT yang beri dan hanya Dia sahajalah yang mampu sembuhkan..
Kita cuma wajib berusaha dengan cara yang betul dan sabar..

Lepas makan-makan teman sempat jugak berbual dengan menantu tuan rumah yang baik dengan teman..
Bro ni tokey kedai makan kat Sekinchan..
Macam biasa ayat mula sembang..

"Amacam bisnes? ok ka?' teman mula pukulan servis..
"Ok laaaa..." jauhhhh je bunyinya!

"Slow ke?" teman bagi bola tanggung..

"Dah makin slow sangat la ni.. orang dah tak berani nak makan di luar".. rendah je balasnya..

"ye laaa.. orang la ni mana ada duit.. duit dah makin beku! orang dah start berjimat la ni.."
teman bagi bola tanggung lagi tinggi

"Betul.. La ni nampak sangat bezanya.." rendah jawapnya tapi still melawan..

"Orang bila takde duit.. mula la budget-budget belanja.. antara benda paling mudah nak control makan laaa.."

"hmmmm.. tak taulah.. takat mana boleh jalan..usahakan la jugak.. nak buat macam mana.. harga barang mentah pun makin mahal! Nak kawal harga yang kita jual pun bukan senang.. nak naikkan karang customer marah.. nak maintain.. mampus!" ha! ni la balasan yang teman nak dengor!

"gaji naik sikit.. barang naik banyak bro! tapi kita kena sahut nasihat Najib.. Rakyat Malaysia Wajib Bersyukur.... negara kita aman..." kali ni teman bagi bola tanggung tinggi giler!

"Pala hotak dia! Ketua Bahagian UMNO kaya laaaa!!" tu diaaa!! jawapan yang teman tunggu-tunggu!!!

Panjang lagi la sembang petang tu.. sampai maghrib santak menyembang!
Itulah antara realiti hidup sekarang ni.. Bro ni dulu meniaga memang masyuk!
Restoran dia bersih dan makanan sedap.. dia pun rajin bersedekah..
Tapi tetap tak terkecuali terima tempias kenaikan sara hidup..
Orang makan gaji yang selalu datang makan kat dia.. la ni orang makan gaji pun dah tak cukup makan! macam mana nak datang makan! aduyaiiii!

Yang profesor kangkung kat bawah ni pulak sibuk nak buat makmal!
Makmal kepala bapak dia!
Budak sekolah pun tahu sebab apa kos sara hidup tinggi!
sunsnake 24112010

Tangani kos sara hidup tinggi

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Ekoran kenaikan kos sara hidup yang kian membebankan, kerajaan digesa mencari mekanisme yang tepat bagi mengurangkan impak terhadap kuasa beli rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan makmal khas yang melakukan kajian spesifik secara menyeluruh mengenainya.

"Kenaikan kos sara hidup sangat membebankan rakyat di negara ini disebabkan kenaikannya terlalu pantas dan tidak seiring dengan kenaikan pendapatan rakyat.

"Fenomena ini perlu dikaji dengan teliti kerana melibatkan banyak faktor, bukan setakat harga barang-barang keperluan sahaja. Bagi saya, penubuhan makmal khas merupakan langkah terbaik yang perlu dipertimbangkan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Berita Penuh

SPR - Lebih Sudu Dari Kuah!


Mengucap panjang teman dengan jawapan SPR kepada kenyataan MB-KM Negeri-negeri Pakatan Rakyat..
Belum sempat Najib mahupun menteri-menteri ulas.. dia dah ulas dulu!
Siap semacam bagi ugutan lagi!

Kalau gitu, macam mana Sarawak boleh selama ini buat Pilihanraya Negeri berbeza dengan negeri-negeri lain?? Budget mana pulak yang dipakai?
Budget Taib Mahmud??
Aikk?? Banyaknye duit dia??? Wakakakak!
Bangang tak sudah-sudah SPR ni..
Nak menjilat sampai tak sempat fikir...

Dah terang lagi bersuluh yang SPR ni hanya bertugas untuk UMNO-BN..
Bak kata TukarTiub..
Mengapa kita masih nak layan ajakan lawan bola depa?
Mengapa kita masih mahu mengikut kehendak pilihanraya mereka?

Sudah tiba masanya usaha memastikan perjalanan Pilihanraya kita bersih..
Sudah tiba masanya BERSIH digerakkan semaksimum mungkin..
Bukan sekadar harapkan NGO sahaja..
Gunakan segala kepakaran yang ada...
Dan kemuncaknya.. mungkin DEMO habis-habisan!
Ada bran?

sunsnake 24112010

Pilihan raya berasingan bazirkan wang rakyat

PUTRAJAYA 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.

Lebih daripada itu, kata beliau, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

“Sebab itu kita lihat kerajaan negeri (Pas) Kelantan selama 20 tahun memerintah tidak pernah terfikir pun hendak mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan tarikh yang diumumkan Kerajaan Pusat.

“Jika semata-mata keputusan ini dibuat atas kepentingan politik, ia hanya mengakibatkan pembaziran wang rakyat. Ini termasuk penglibatan jentera-jentera keselamatan dan tambahan lagi masyarakat akan berada dalam keadaan tegang sentiasa sebab tidak habis- habis berkempen dan berpolitik.

“Jangan ingat pula peruntukan hendak adakan pilihan raya negeri ini boleh dapat secara automatik, kalau Perbendaharaan tidak luluskan, bagaimana?” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ketika spekulasi kemungkinan PRU ke-13 akan diadakan tahun depan, pelbagai pihak dalam pakatan pembangkang pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam PRU berkenaan.

Berita Penuh