Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 9, 2010

UMNO Anjur Karaoke? Tu biasa tu...


Senyum sinis teman malam ni bila terbaca berita ni..
Apa nak heran beb?
Memang hiburan jenis karaoke,joget lambak ni dah semacam darah daging pada UMNO nih!
Teman tau laa...
Kg teman Kg UMNO terhebat wehhh!!

Teringat teman masa kempen PRK Hulu Selangor..
Di sebuah petempatan orang asal di dalam Dun Ulu Bernam..
Seminggu berlangsung joget lambak nih!
Siap siang-siang buta ada band..
buktinya? tanya la pekebun-pekebun sawit di sekitar petempatan tu..
Siang-siang pun terdengar-dengar bunyi band dok layan lagu-lagu joget!
hmmm... siapalah agaknya penaungnya ye?
Takkan MIC kot? wakakakaka!

Dengar-dengar pulak.. berlori-lori todi dibawak masuk ke petempatan tuh!!
Hmmmmm...
Harap-harap itu semua takde kaitanlah dengan orang melayu apatahlagi Islam!
harap-haraplahhhhh...
sunsnake 09112010

Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.

Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit.

Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama.

Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal.

“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.

”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning).


Berita Penuh

Monday, November 8, 2010

Sorry PKR! Teman Tak Faham!

Rakyat Rindukan Kegemilangan Dulu!

Aduhh!!
Kepada semua ahli-ahli PKR baik penyokong mahupun pemimpin..
Sorry Bro.. Teman betul-betul lost!
Betul-betul tak faham!

Canangnya dulu..
Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu sejarah..
Nak jadikan pemilihan PKR yang pertama ini sebagai suatu contoh demokratik!

Tapi..
Dari pandangan teman yang naif nie..
Teman tak nampak tang mana kelebihannya pemilihan sebegini diadakan!

Dan sebagai parti yang masih terlalu muda..
Baik dari segi umurnya..
Baik dari segi pengalamannya..
Baik dari segi pimpinannya..
Baik dari segi ahlinya!

Impian dan 'over confident' itu banyak perbezaanya..

Contohnya tanpa menafikan kredibiliti DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ulung..
Tapi didalam 'mode' pembangkang, beliau tidak berpengalaman luas sebagai pembangkang sepertimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
sepertimana Tuan Guru Hadi Awang,
sepertimana Mat Sabu,
sepertimana Ustaz Idris Ahmad,
sepertimana Lim Kit Siang,
sepertimana Karpal Singh..

Mereka-mereka ini tidak pernah merasai 'nikmat' sebegai pemerintah Malaysia!
Sebagaimana DS Anwar Ibrahim..
Malahan, DS Anwar Ibrahim sendiri adalah sebahagian daripada mereka yang pernah menghinjak-hinjak nama-nama diatas tadi sebelum ini!
kadang-kadang teman sangat kasihan melihat DS Anwar terkial-kial terpaksa melayan karenah para penyokong dan pendokong PKR dan dalam masa yang sama menahan asakan UMNO-BN yang senantiasa menghunjam batang tubuhnya!

Seperti yang pernah teman suarakan lama dahulu..
Dan kini teman suarakan kembali...

PKR perlu sangat-sangat muhasabah diri..
PKR perlu sangat-sangat menjadikan parti-parti 'abang long' nya didalam PR
sebagai suri teladan sebelum membuat sesuatu gerakan..
PKR perlu sangat merendahkan dirinya agar boleh melompat dengan lebih tinggi selepas ini..
Tidak salah menjadi seperti seekor kucing yang mahu melompat tinggi kan?
Bukankah kucing itu akan merendahkan dirinya sebelum melompat?

Pengamatan teman yang sering berhubung dengan akar umbi PKR..
Akar umbi parti kalian sangat lemah dan lembut..
Malah tidak keterlaluan kalau teman katakan terlalu lemah!
Diperingkat ranting(cawangan) sendiri teman dapat rasakan seolah-olah hanya nama!
Di peringkat cabang(Bahagian) pun teman lihat sangat lembut dan tidak stabil langsung!

Manakan mungkin kekuatan parti mampu dijana sekiranya yang asas iaitu cawangan masih tidak betul?
Manakan mungkin kekuatan parti mampu digerak sekiranya yang asas iaiatu bahagian masih berkecamuk?

Jadikan gerakan cawangan dan kawasan PAS sebagai contoh..
Jadikan gerakan bahagian DAP sebagai panduan...

Diulangi...
Tidak salah merendahkan diri sebelum melompat lebih tinggi.......
Itupun kalau tidak dihenyak oleh rakyat dengan penyapu!
sunsnake 08112010

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR. Berita Penuh

Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil juga tarik diri?

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan “kelemahan dan penyelewengan” dalam pemilihan langsung PKR. "Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Berita Penuh

Kes Pukul Adun - Percayalah! Tarak Apa-Apa Punya



YB Azmin minta Polis siasat?
Tak payah la susah payah YB oii..
Kalau minta Polis siasat pun..
Paling-paling tinggi pun silap-silap akan kata YB Ng pukul diri sendiri!!!

Nampaknya.. makin subur budaya samseng dalam UMNO ni..

Ingat lagi peristiwa 'Ayahanda Lajin' PEKIDA Ipoh?
Bukan main Islamik dia mencarut-carut dan menunjukkan jari tengah di hadapan bangunan SUK Perak?

Pengalaman teman sendiri bagi salam pada 'Ayahanda Lajin' di pagi hari pengundian PRK Bukit Gantang di Trong.. Hanya dibalas dengan muka 'kerek' oleh Ayahanda didalam pertubuhan yang mengaku Dakwah Islamiah ni!

Aduyaiii!!

Adakah dengan memukul Adun berbangsa Cina ini seruan Islam dah dilaksanakan?
Adakah dengan memukul Adun berbangsa Cina ini seruan Islam telah dimartabatkan?
Adakah dengan memukul Adun berbangsa Cina ini maruah Islam telah terbela?

Aduyaii!!
Ayuhlah bangsaku.. Jangan bodohkan diri sebegini..
Islam tak ajar cara jahiliah begini..
Dakwah bukan dengan kekerasan!
Jauh sekali dengan dendam kekejaman!

sunsnake 08112010

Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini, Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.

Berita Penuh

Serang Cara Agama? Wakakaka!



Aduyaii!!
Dah buat perkara khurafat tu..
Ngaku aje laaa..
Ngaku aje yang saya ni kurang ilmu agama..
Dan andainya perbuatan itu khurafat, saya mohon maaf..
InsyaAllah, dimasa-masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dengan hal-hal sebegini..

Pengakuan sebegitu lebih mulia daripada terus menyerang PAS yang nak perbetulkan apa yang khurafat..

Aduyaii!!!

Masa bila pulak nak lagakan Zambry dengan Harussani nih?
Takdo maso dohh!!!
Samo jo kelian berduo!!

wakakakakak!

sunsnake 08112010

PAS guna cara agama serang saya, kata Zambry
Nov 8, 10 7:08am

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa oleh kerana sokongan orang Melayu telah kembali meningkat terhadap kerajaan BN, PAS terpaksa menggunakan cara lama mereka iaitu memainkan agama sebagai isu untuk menarik semula sokongan itu.

Dakwanya, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung amalan khurafat yang didakwa dilakukannya ketika upacara meletak ancak di tiang seri rumah semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu.
Berita Penuh

Sunday, November 7, 2010

Patut La Nak Sangat Rampas Perak!


Wakakakaka!
Tak sangka pulak ada kes sebegini..
Sama-sama kita saksikan kesudahannya..
kalau senyappp je..
hmmm.. ye lah tu.. tu kroni MB Haram...

aduhhh!!! ingatkan nak bela melayu!!
rupanya nak collect duit lawat gua!
Gua Batu caves pun free rasanya kalau nak lawat!

sunsnake 07112010

Kena bayar masuk Gua Kandu

IPOH – Pelancong tempatan dan penduduk Kampung Jahang, Gopeng melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat yang mengenakan bayaran untuk memasuki Gua Kandu bagi aktiviti rekreasi.

Ketua Biro Penerangan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Daerah Kinta, Mior Azman Aminuddin Mior Aris berkata, permasalahan yang dialami pelancong dan penduduk setempat telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan termasuk membuat laporan polis serta aduan kepada Exco bertanggungjawab.

Menurutnya, kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung Gua Kandu dipercayai baru diwujudkan kerana tiada sebarang bayaran dikenakan sebelum ini.

“Persoalannya, bagaimana syarikat berkenaan boleh mengenakan bayaran kepada pengunjung sedangkan tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri setelah Pejabat Tanah Kampar mengesahkan status hak milik.

“Menurut maklumat, apabila penduduk kampung menegur pemilik syarikat berkenaan untuk tidak mengenakan bayaran, beliau menggunakan nama Menteri Besar kononnya kawan baik, menyebabkan penduduk akur dengan penjelasannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Berita Penuh

Pemilihan PKR - Cucu Mat Kilau Jadi Korban seterusnya?

Teman dah lama follow Mat Kilau ni.
Sejak teman belum kenal apa itu blog pun!!
setelah lama teman admire dia dalam alam cyber..
akhirnya teman dapat bertemu mata dan berbual dengan CMK ni..
Sewaktu beberapa jam sebelum band carburetor dunk kena penyepak di Stadium MPPJ..
Protes minyak dulu beb!

Dapat la berborak dalam 1/2 jam dengan dia..
Masa tu tengah siapkan posting "Balasundram,Bala buat Najib?"
Macam tu lebih kurang...

Hmm.. makin berkecamuk PKR nih!

sunsnake 07112010

Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya.

Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain.

Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini.

Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya. Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini.

Berita Penuh