Thursday, August 12, 2010
Hebatnya Tazkirah Tarawih!
Dah 2 malam teman menunaikan Solat Tarawih di Masjid As-Salam Bukit Sentosa..
Dan Alhamdulillah.. teman melihat perjalanan aktiviti Solat tarawih di masjid ini semakin baik berbanding tahun-tahun lepas.. Lebih tersusun dan bersedia terutama apabila melihat beberapa persediaan pihak masjid seperti khemah tambahan yang berlampu dan ruang solat muslimat yang diperbesarkan.. Namun apa yang paling menarik pada teman adalah format Solat Sunat Tarawih yang diubah dengan cara yang lebih 'ilmu oriented'.
Bermula 1 Ramadhan baru ini, masjid As-Salam Bukit Sentosa melaksanakan Solat Sunat Tarawih dengan hanya 8 Rakaat dan diisi di tengah-tengah Tazkirah Ramadhan. Bermakna selepas 4 Rakaat Solat Sunat Tarawih akan berhenti seketika untuk mendengar Tazkirah Ramadhan yang akan disampaikan oleh Ustaz jemputan selama lebih kurang 30 minit sebelum Solat Sunat Tarawih disambung lagi 4 Rakaat berserta Solat Sunat Witir 3 Rakaat.
Wah! Hebatnya! Tambahan pulak setakat ini Ustaz-ustaz jemputan sangat hebat dan memang berilmu! Malam pertama Ramadhan Ustaznya adalah Tuan Nazir Masjid sendiri dan malam tadi adalah Ustaz jemputan daripada Kuala Kubu Bharu. Walaupun hanya 30 minit namun sangat berisi dan tidak patut dilepaskan peluang ini.
Malangnya, ada sesetengah jemaah yang langsung balik selepas 4 Rakaat Solat Sunat Tarawih, mungkin ada urusan yang lebih penting, namun mengenangkan akan larangan Khir Toyo suatu ketika dahulu yang meng'haram'kan Tazkirah Ramadhan, terfikir juga, mungkin yang bergegas balik ramai-ramai ni adalah penyokong tegar mazhab Khir Toyo agaknya.. Wallahua'lam.
Dengan adanya Tazkirah Ramadhan di tengah-tengah Solat Sunat Tarawih, ini adalah peluang untuk berdakwah dab ber'Islah' kepada golongan yang sebelum ini jarang-jarang hadir ke masjid. Di saat Allah SWT melimpahkan Rahmat-Nya diawal Ramadhan inilah waktu terbaik bagi mengisi minda mereka dengan sedikit ilmu yang dicurahkan oleh ustaz-ustaz jemputan. Lagipun jikatidak sekarang, bila lagi?
Seperti juga tazkirah Jumaat, ianya lebih kepada mengambil peluang kehadiran jemaah yang ramai di masjid yang sebenarnya ramai diantara mereka yang sangat jarang ke masjid bagi mengikuti kuliah-kuliah ilmu pun!
InsyaAllah, semoga aktiviti-aktiviti ilmu seperti akan terus subur di Negeri Selangor yang tercinta ini dan seterusnya ke seluruh negara. Kepada Allah Rabbul Jalil kita bermohon agar kemenangan Islam melalui Pakatan Rakyat ini dikekalkan disamping meneruskan kemenangan di negeri-negeri yang masih diselubungi kegelapan UMNO-BN! Amin!
sunsnake 12082010
Wednesday, August 11, 2010
Satu Lagi Kejayaan Rakyat Menentang Kezaliman!

Syabas Rakyat Malaysia!
Syabas pimpinan Pakatan Rakyat!
Syabas kepada mereka yang cintakan keadilan!
Syabas kepada penyokong UMNO yang sudah insaf dan mulai sedar..
Bahawa UMNO langsung tak boleh harap!
Syabas jugak kepada Kerajaan Najib yang jelas terpaksa!
errr.. kalau rakyat tak bantah..
kompom benda zalim ni berterusan!
Ni dapat stop kejap pun jadi la!
sementara nak humban terus UMNO-BN di PRU 13 nanti!
InsyaAllah.. Amin!
sunsnake 11082010
| Senarai hitam saman trafik ditarik balik | |
|
Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri. Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.
"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya. "Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya." Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.
Berita Penuh
Surat Sokongan - Dah mula jadi Barah dalam PR!

Sudah-sudahlah tu MB Khalid..
Haramkan terus aje benda Surat Sokongan ni..
Banyak keburukan daripada kebaikan!
Sampai terpaksa pecat ahli-ahli majlis yang dilantik sendiri!
aduyaii!!
Sibuk nak bunuh nyamuk aedes..
Tapi air bertakung bekalang rumah dibiarkan!
bila nak abis??
Takkan nak tunggu rumah kena lelong?
sunsnake 11082010
| Tee dipecat sebagai ahli MPK | |
|
Menteri Besar Selangor berkata Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Menurut Menteri Besar, tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli majlis supaya jujur dan telus dalam kerja mereka, dan tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan rakan dan anggota keluarga mereka.
Hebatnya Bung!

Bini baru dapat..
Hukuman penjara pun lepas!
Apa lagi nak Bung oii??
banyak-banyak la bersyukur pada Allah...
Lagipun.. undang-undang keizinan isteri pertama ni hanya dibuat manusia..
Dalam Islam leh sampai 4 bini wehh!!
cuma.. Hukum Hudud pun hukum Allah SWT jugak Bung oiii..
awat tak nak tolong tegakkan?
sunsnake 11082010
| Poligami: Mahkamah ketepi hukuman penjara Bung | |
|
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke ahli parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin atasnya itu dan menggantikannya dengan denda RM1,000. Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.
Bagaimana
pun jika gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama enam bulan.Bung Mokhtar, ketika ditemui di luar mahkamah kemudian, berkata ia adalah hadiah Ramadan baginya.
"Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya. "Terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya dengan sebak. Isteri kedua beliau, pelakon Zizie Izette A Samad yang hadir menemani Bung Moktar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada mereka.
Apabila Melayu Islam Bunuh Diri...
Teman pernah ceritakan dulu..
Teman asal dari Slim River..
Yang kelilingnya banyak estet..
Yang majoritinya berbangsa India..
Dan minta maaf cakap..
selalu jugak teman dengor cerita India bunuh diri..
Baik gantung leher.. minum racun... bakar diri..
Walaupun tak selalu...
tapi kira pada teman.. bunuh diri ni sinonim dengan bangsa bukan melayu la di Malaysia ni..
Teman tak pasti apa hukumnya bunuh diri dalam agama Hindu atau Buddha mahupun Kristian..
tetapi didalam Islam ianya sangat-sangat berdosa besar!
Agak mustahil memikirkan yang seorang manusia yang mengaku Islam, membunuh diri!
Lebih-lebih lagi seorang manusia yang mengaku sebagai Pejuang Agama, Bangsa dan Negara!
Jauh di sudut hati teman.. teman melihat kes ini seolah-olah 'diselubungi' misteri..
Agak banyak persoalan dan kemusykilan..
Kalau kita baca di pelbagai forum baik pro PR mahupun Pro UMNO..
ramai dikalangan mereka masih sangsi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Polis.
"Terlalu ringkas dan mudah" itulah katakunci kemusykilan mereka.
Ada benarnya juga.. Polis benar-benar terlalu 'hebat' didalam kes ini sehingga berjaya 'menutup' kes ini dalam masa seminggu!
Tapi mana mungkin kita nak mengalahkan teori polis sedangkan kita hanya mengharapkan gambar dan berita di media sahaja?
Jadinya.. setakat ini.. terimalah hakikat akan kesimpulan yang telah dibuat oleh Polis..
Dan jangan lupa terangkan kepada rakyat betapa hinanya pemimpin UMNO yang seorang ini!
yang sanggup membunuh dan bunuh diri!
Sesuatu yang teman langsung tak pernah dengar dibuat oleh Bangsa India dan Cina di kampung teman dulu!
Tahniah UMNO! Satu lagi bukti konsep 1Malaysia!
sunsnake 11082010
Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri
Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.
K
Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.
"Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di Kuala Lumpur hari ini.




