Percayalah... Siapa pun yang jadi IGP.. Baik melayu ke.. cina ke.. india ke.. adik beradik artis ke.. bekas pakar 'usung' tilam ke..
sama je.. terpaksa bertindak ikut acuan UMNO jugak.. Bukan ikut undang-undang negara..
macam Presiden US.. Siapa pun jadi Presiden US.. Orang putih ke.. Negro ke.. Zambry Abd Kadir ke.. akan jadi boneka Israel.. boneka yahudi... Dewan Senat pun penuh dengan yahudi yang berfahaman Israel..
So, janganlah fikir sangat sama ada Bro Musa ni sambung kontrak ke idak!! Buang maso yo!
sunsnake 06082010
IGP tidak pasti kontraknya akan disambung
Ogos 6, 10 2:48pm
Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga. Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.
Nak kata tak tahu yang UMNO tu busuk.. mungkin jugak.. sebab dia sendiri duduk dalam tu.. dan menjadi sebahagian daripada bau busuk tersebut!
Nak kata tak tahan bau busuk.. Aiikk?? Takkan sekarang baru tahu yang kat situ memang busuk! Malahan, dia sendiri pun sebahagian daripada perkara yang busuk lagi membusukkan itu!
Jadi? Apa masalahnya? Memang itulah cara UMNO.. Kalau lurus.. bukan UMNO namanya!!
Kalau tak busuk, bukan taik namanya!!! sunsnake 06082010
Umno Bukit Bendera dilanda masalah lagi
Ogos 6, 10 12:05pm
Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian Bukit Bendera, Rose Akmar Ahmed mendakwa beliau tidak menerima notis panggilan mesyuarat bahagian tersebut yang dijadualkan berlangsung Ahad ini. Berikutan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis pada hari mesyuarat dijadual diadakan kerana mendakwa ia melanggar perlembagaan parti. Sepatutnya, kata beliau tersebut perlu dihantar dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh mesyuarat diadakan. Berikutan itu, Rose Akmar (kanan) mempertikaikan kesahihan mesyuarat tersebut sekiranya jadi diadakan pada tarikh tersebut. Malah, katanya, beliau juga tidak menerima sebarang notis panggilan dua mesyuarat perwakilan bahagian itu yang tidak menjadi kenyataan sebelum ini - pada 11 dan 31 Julai lalu.
Yang mati tu.. matilah.. nak buat macam mana.. Kita yang hidup ni.. nak tak nak terfikir jugak macam mana leh jadi macam tu?
Dah banyak dah dengor kes bunuh diri.. hatta Mendiang Teoh Beng Hock pun misteri jugak kematiannya..
Tapi kes Ketua UMNO dan Ketua Wanita UMNO ni lain skit.. ada macam ala-ala Laila Majnun pulak cara mati tu..
macam "You jump.. I jump pulak"...
hmmm... Minta-minta Polis siasat kes ni dengan telus.. jangan jadi macam kes Altantuya pulak! Bukan siasat motif tapi siasat pembunuh sahaja! Dah tahu pembunuh.. bagi hukuman mati... sudaaahhhh!! Kenapa mamat 2 ekor tu bunuh Altantuya? Lantak pi lah depa!!! aduyaiiii!!
sunsnake 06082010
Kematian bekas ADUN, motif hampir dikenalpasti
Ogos 6, 10 10:04am
Polis hampir kenal pasti motif kematian misteri bekas ADUN Permatang, Datuk Aziz Mohd Noor dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, kelmarin, lapor Berita Harian Online.
Ketua Polis Selangor,, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan polis terhadap kes kematian itu kini sudah 90 peratus siap. Beliau juga mengulangi bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kes kematian Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Semalam, Khalid berkata, siasatan polis hanya menjurus untuk mencari motif tembakan terhadap kedua-dua mangsa.
Katanya, polis juga sedang merakam percakapan beberapa saksi antaranya orang pertama tiba di tempat kejadian dan orang yang melihat kenderaan mangsa terbabas di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekatShah Alam.
Menteri yang menipu dan menteri yang kena tipu sebenarnya sama taraf (pengkhianat),sepatutnya sama-sama kena hukum, Sama-sama kena masuk mahkamah, sama-sama kena dakwa. .
Yang menipu,.. cerdik. Yang kena tipu,... bodoh. Kalau dua-duanya cerdik penipuan tak akan berlaku !
Dalam kes menipu ni, ia saling memerlukan. Sama juga dengan Rasuah. Mesti ada pemberi rasuah dan penerima rasuah. Maka kedua-dua harus dihukum.
Dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang. Sepatutnya menteri yang dah kena tipu,sah lah menteri itu bodoh!.
Kenapa Kabinet Malaysia masih memerlukan menteri yang bodoh ?
Dr.Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan dituduh menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.
Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet sekarang adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.
Kalau dakwaan ini benar,kerajaan Najib patut malu,kerana hasil dari penipuan itu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara dan rakyat amatlah besar. Kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mestilah bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Adalah tidak bermarwah jika tak mahu meletak jawatan !
Tun Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku mesti juga bertanggung jawab. Saya cadangkan Tun patut berhenti. Tun patut keluar !Keluar dari UMNO walaupun untuk kali kedua !... Kemudian bertaubat ! diatas semua kekejaman, kezalimandan kerakusan yang telah Tun buat selama dalam UMNO.
Beberapa bulan lepas company teman nak buat satu projek.. nak buat pondok berbumbung untuk dijadikan tempat berehat para pekerja..
Kos dalam RM10K.. tapi rasanya ada 4-5 kali meeting baru budget tu diluluskan! Tapi bagus jugak banyak kali meeting sebab setiap meeting semua pihak yang terlibat termasuk wakil pekerja dapat memberikan pendapat..
Kalau ikut pihak pengurusan.. rekabentuk macam ni.. tapi setelah dapat pendapat daripada wakil pekerja.. rekabentuk diubah balik untuk memberikan keselesaan yang terbaik buat para pekerja yang banyak memberi sumbangan buat syarikat..
Alhamdulillah.. dengan budget sebanyak itu.. beberapa buah 'pondok' rehat pekerja berjaya dibuat.. dan yang seronoknya, semua pekerja berpuas hati dengannya.
[Heran gak, kalau jumlah yang hanya RM10K pun banyak kali meeting baru lulus.. Kerajaan haram UMNO-BN Perak yang diketuai oleh Kepala Lanun Hitam ni boleh luluskan RM80juta hanya beberapa jam bersidang! Sial punya UMNO!]
sunsnake 05082010
Sidang Perak sekadar cop mohor lulus RM80 juta
Ogos 5, 10 10:19am
DAP mahu kerajaan negeri Perak mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minimum persidangan dewan negeri supaya badan perundangan itu tidak lagi dijadikan sekadar cop mohor atau 'rubber stamp' semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.
Setiausaha DAP Perak,, Nga Kor Ming yang juga ADUN Pantai Remis melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan negeri, Selasa lalu yang hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan membabitkan RM80 juta wang rakyat. “Kerajaan negeri BN juga gagal memberi peluang berbahas yang mencukupi kepada ahli-ahli dewan...adalah tidak masuk akal bahawa persidangan dewan yang begitu penting hanya berlangsung satu hari sahaja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dua hari lalu, sidang DUN Perak meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan negeri itu mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.