Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 27, 2010

Maslan - Ketua Kegelapan UMNO Malaysia?


Debat? Kecut Tel*r.. Depan Media Berani Konon...

Aduyai!!! Bro Maslan..
Apsal la jadi macam ni Ketua Penerangan UMNO Malaysia nih!!
Nama pun Ketua Penerangan!! Patutnya berani la 'menerangkang'!!
Kalau dah takut nak 'terangkan'.. Jangan panggil Ketua Penerangan..
Jadilah Ketua Kegelapan!!! Wakakakaa!

Maklumlah.. Mana ada yang cerah kat UMNO la ni..
So, tak logik kalau Maslan ni dinamakan Ketua Penerangan..

Hari tu Mazlan Aliman ajak debatkan?
Siap bagi invitation letter by hand lagik!!
Direct dari Mazlan Aliman ke tangan Bro Maslan lagik!!
Tak nak la pulakk!!
La ni.. sibuk berkokok depan media... media UMNO pulak tuh!
aduyaiii.. 100% kompom! Maslan ni Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!
sunsnake 27072010

'Cukai RM1.3b bukti Felda tak bankrap'
Jul 26, 10 6:34pm

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.
"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar. "Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur, hari ini.
Berita Penuh

Surah Yaasin bikinan UMNO!

UMNO pun.. takyah sampai cetak Yaasin!!! aduyaii..
salah ayat pulak tuh!!!!

Kemerdekaan Malaya - Bukan UMNO!

Sejarah Yang Hilang....







Monday, July 26, 2010

Apalah sangat RM15 juta dibanding dengan nilai RTM!


UMNO menyatakan tindakan Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan kerajaan negeri sebagai membazirkan duit rakyat. Dinyatakan secara terus oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor juga yang kononnya Kerajaan Negeri 'goyang' dengan kempen UMNO Selangor yang diberi nama 'Selamatkan Selangor'!

Pada teman, apalah nilainya RM15 juta itu jika dibandingkan dengan 'pembaziran' yang dilakukan oleh UMNO selama umur Radio & Televisyen Malaysia diwujudkan! Semua orang tahu bahawa UMNO-BN telah menggunakan RTM seolah-olah ianya adalah kepunyaan milik mutlak UMNO-BN walhal pembiayaan RTM dibawah naungan Kementerian Penerangan sebelum ini adalah hasil daripada cukai yang dikutip dari titik peluh kesemua rakyat Malaysia tidak kira apa partinya!

Adakah RM15 juta itu sebanding dengan nilai RTM? Jika itulah konteks yang UMNO lihat sebagai pembaziran, terlalu jauh nilai pembaziran dan penyalahgunaan oleh UMNO terhadap fungsi dan kegunaan sebenar RTM selama ini!

RTM digunakan oleh UMNO sebagai media utama mereka menyampaikan segala macam agenda propaganda UMNO. Tidak cukup dengan itu, media swasta yang sebenarnya juga dimiliki oleh kroni-kroni UMNO seperti Kumpulan Media Prima dan ASTRO digunakan semahu-mahunya hinggakan boleh dikatakan hampir tiada ruang kepada parti-parti pembangkang muncul menyampaikan agenda!

Jika UMNO-BN tidak menyelewengkan RTM, pastinya Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu memperuntukan sejumlah itu untuk membuat penerangan kepada rakyatnya sendiri!
Hinggakan UMNO tergamak melarang Selangor FM menyiarkan ucapan daripada Menteri Besar Selangor sendiri! Menteri Besar tidak boleh bercakap di ruang udara negerinya sendiri!

Dan dalam masa yang sama, permohonan oleh Parti-parti pembangkang mengadakan saluran media baik televisyen mahupun radio dihalang dengan menggunakan pelbagai akta dan kuasa seperti oleh Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri. Masihkah kita ingat dengan permohonan PAS kepada Kerajaan Malaysia untuk menerbitkan akhbar harian "Purnama"suatu masa dahulu? Apa agaknya khabar permohonan tersebut?

Rakyat Malaysia kini semakin bijak dan cerdik maklumat. Buktinya, kemenangan UMNO-BN pada PRU 2008 adalah sangat-sangat bergantung kepada undi daripada masyarakat luar bandar. Contohnya di Negeri Selangor, hampir 100% kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah di kawasan bandar seperti Shah Alam, Selayang, Kepong, Damansara, Petaling Jaya dan sekitarnya. UMNO hanya menang di kawasan yang jauh dari bandar dan berkepadatan melayu seperti di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan sekitarnya.

Ingin teman berpesan kepada Kerajaan Negeri Selangor, jika boleh lebihkan peruntukan RM15 juta tersebut kepada aktiviti penerangan di kawasan luar bandar tersebut. Cerahkanlah mata masyarakat disitu akan apa yang telah Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan sejak selepas kemenangan rakyat yang cukup bersejarah pada 8 Mac 2008 dahulu!
sunsnake 26072010

Umno: K'jaan S'gor 'seperti cacing kepanasan'
Jul 26, 10 3:42pm

Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang.

Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya. Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan.

Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak.
Berita Penuh

Saturday, July 24, 2010

UMNO buat Ceramah? Tak cukup ke TV3?


Wakakakaka!

tadi teman gi Shah Alam.. masa layan roundabout seksyen 15, depan UMW ternampak jugak la banner kempen ni.. senyum je laa..

Tak sangka gak yang UMNO Selangor terpaksa menjadi pembangkang di negeri bertuah ni..
Betul-betul tak sangka! Selaku antara petugas PAS yang terlibat direct dengan PRU2008, teman hanya jangka boleh dapat banyak DUN tetapi tidak la sampai dapat kuasai negeri..
Allahuakbar! rupanya lain jadinya!

Dan setelah UMNO kalah di Selangor.. akhirnya.. barulah segala cacian.. makian UMNO patah balik ke depa!

Dulu maki PAS dan PKR suka buat kacau dengan buat Demo..
Dulu hina PAS dan PKR suka buat ceramah.. takde permit dan ganggu penduduk sekitar..

La ni.. UMNO pulak dok 'buat kacau' dengan demo...
lagi teruk demo UMNO! Siap bawak kepala lembu..
memang kepala hotak betul la puak-puak nih!

Apapun.. teman setuju dengan demo yang UMNO buat..
Demo sememangnya cara kita... cara PAS, cara UMNO, cara PKR.. cara DAP.. cara MCA.. cara MIC.. cara Hindraf..

Inilah caranya kita menunjukkan ketidakpuasan hati secara betul..
Demo yang terkawal...

so, bila nak ada demo lagi nih???
sunsnake 24072010

Umno lancar kempen tawan Selangor, Anwar turut dikecam

July 24, 2010
Sebahagian daripada hadirian pada majlis pelancaran kempen Umno-BN di Shah Alam malam tadi. - Gambar Choo Choy May
SHAH ALAM, 24 Julai - Umno Selangor memulakan kempennya secara rasmi malam tadi untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan awam di Shah Alam, kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.

Perhimpunan awal ini menarik kehadiran sekitar 200 penyokong dan penduduk tempatan.

Ia sebahagian daripada kempen Umno-BN untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji-janji pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar merupakan penceramah utama malam tadi, mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti perlombongan di negeri itu, telah disalahgunakan untuk membiayai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

“Mereka telah mula untuk mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.” kata Noh kepada penyokong-penyokongnya.

“Saya pasti bahawa kroni mereka akan memainkan peranan dalam kempen pilihan raya,” katanya.

Barisan Nasional kehilangan kuasa kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Ibrahim Ali - Sudah ku jangka!


Cuba banyangkan situasi ini..

Teman bisik macam ni kat telinga member teman..
"Aku pinang anak dara ko yang cun melecun tu untuk aku leh?"

tiba-tiba member teman melenting!
"Hotak ko! Ko tu pun dah la umur tua!, muka tak hensem! amalan takde!"

Lepas tu teman pun kabo..
"tu laaa.. aku dah agak ko takkan setuju! siap melenting lagi! apa la ko ni..
aku dah agak dahhhh.. aku dah agak dahhh!!!"

lepas tu teman dok canang 1Kampung yang buruknya perangai member teman ni melenting seperti yang teman 'dah agak' dah sebelum tuh!

Apa punya bangang la katak sekor ni..

sunsnake 24072010

Ibrahim Ali: ‘Saya dapat tengok hipokrasi PAS, Umno’

TERKINI @ 09:21:20 PM 23-07-2010
July 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memang telah menjangkakan pemimpin Umno dan PAS akan menolak idea Perkasa agar kedua-dua parti Melayu Islam itu dibubar lalu ditubuhkan parti baru jika kerjasama perpaduan tidak menjadi kenyataan.

“Mereka tak setuju OK, saya sudah jangka. Malah mereka akan melenting lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Presiden Perkasa itu berkata beliau tidak sedih sama sekali dengan pendirian Umno dan PAS kerana keputusan itu memang sudah dijangkakan.

Malah kata beliau, mustahil cadangan Perkasa ini akan diterima oleh kedua-dua parti itu.

“Cuma saya dapat tengok hipokrasi masing-masing dalam isu perpaduan.

“Bagi saya ia cuma satu panggilan kebangkitan... penting Melayu Islam dan Bumiputera bersatu kerana ia teras pada perpaduan rakyat Malaysia demi kestabilan dan keamanan negara,” kata Ibrahim (gambar) mengulas laporan awal The Malaysian Insider hari ini.

Berita Penuh