Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 24, 2010

Pakatan Rakyat - Medan dakwah PAS yang sebenar!


Modus Operandi UMNO senang sahaja dibaca..

Setelah gagal dalam usaha memporak-perandakan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan sewaktu muktamar Agung PAS di Shah Alam dahulu, UMNO melihat isu ini boleh dijadikan senjata bagi melumpuhkan PAS. Apabila PAS lumpuh, semestinya Pakatan Rakyat pun akan turut lumpuh kerana semua orang tahu PAS adalah penyumbang tenaga kerja terbesar didalam Pakatan Rakyat. Tenaga kerja PAS adalah melebihi PKR dan DAP malahan UMNO sendiri mengakui akan kegagalan jenteranya menyaingi ketekunan jentera pilihanraya PAS.

Walaupun PAS bukanlah parti yang berpaksikan kepada perjuangan melayu, namun oleh kerana Islam adalah bermajoritikan melayu di Malaysia ini, maka lebih 90% ahli PAS adalah orang melayu terutama terutama di sebelah pantai timur Malaysia dan kini mula berjangkit ke sebelah selatan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ada juga maklumat yang menyatakan bahawa permohonan keahlian PAS kini sangat menggalakkan daripada negeri-negeri selatan tersebut!

Semangat memperjuangkan kaum ini sememangnya ada di jiwa setiap bangsa termasuk melayu. Bukan semua ahli-ahli PAS mendapat pentarbiyahan yang cukup dan kuat. Dimanapun pasti ada ahli-ahli PAS yang akan berdetak hatinya apabila disogok dengan doktrin perkauman yang kini semakin hebat dilaungkan oleh UMNO melalui media-medianya hinggakan mereka yang bertaraf 'Mufti' juga turut dihambakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat mereka menggoyahkan jiwa orang-orang PAS disamping menimbulkan stigma buruk PAS kepada orang-orang melayu atas pagar yang pastinya masih kuat pegangan kemelayuan mereka.

Pada UMNO mudah sahaja, goyangkan, anginkan, tiupkan api perkauman kepada orang-orang melayu dan canangkan bahawa hanya apabila PAS dan UMNO bergabung sahaja yang mampu 'memulihkan' maruah dan hak orang melayu! Persoalannya, benarkah begitu? Adakah hanya kesatuan antara UMNO dan PAS sahaja yang mampu mengembalikan segala milik orang melayu?

Apakah benar hak orang melayu semakin tergadai? Persoalan yang seharusnya dikembalikan kepada UMNO ialah bagaimana hak orang melayu boleh tergadai didalam suasana UMNO menjadi ketua pemerintahan Malaysia sejak 1957 lagi? Jika persoalan itu sudah terlalu lama (mungkin ahli-ahli UMNO sudah lupa), persoalan yang terbaru, mengapa sewaktu UMNO menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004, tidak ada bunyi langsung dari UMNO untuk mengajak PAS berpadu dengannya? Apakah sebenarnya indikator keruntuhan ahak orang melayu pada UMNO?

Mengapa Selangor?

Isu Kerajaan Perpaduan ini bermula di negeri Terengganu dan Selangor namun kini hanya tinggal Selangor yang masih diserang dengan isu Kerajaan Perpaduan. Mengapa? Adakah kerana jumlah kerusi Dun Selangor yang sekiranya PAS dan UMNO bergabung memungkinkan menubuhkan kerajaan negeri? Bukankah di Perak juga berlaku situasi sebegitu? mengapa tidak berbunyi sekarang melodi perpaduan di Perak?

Kerana di Perak, UMNO telah kembali berkuasa walaupun menggunakan 'jalan belakang' iaitu rampasan kuasa ala kudeta.

Yakinlah! Sekiranya Selangor ini berjaya dirampas oleh UMNO melalui jalan yang sama (sekiranya mereka berpeluang) pastinya melodi perpaduan ini tidak akan kedengaran! Pastinya tidak sama sekali!

Selangor selaku negeri yang kaya hasil pelbagai jenis industri dan sesuai dengan lokasinya yang sangat strategik, menjadi suatu kekecewaan yang amat sangat oleh UMNO apabila terlepas ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 dahulu. Sehingga kini Khir Toyo masih lagi meroyan dan meratapi kehilangan statusnya sebagai MB Selangor dan kehilangan mungkin lebih 70% punca pendapatan UMNO! 1Malaysia tahu punca kekuatan UMNO adalah duit dan apabila UMNO kehilangan sumber duit bermakna bermulalah zaman kejatuhan UMNO!

Agak mustahil bagi mereka yang normal mempercayai sekiranya masih ada golongan yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib melayu dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO melainkan hanya kekayaan dan kekuasaan yang menjadi tujuan hidup mereka!

Kerajaan Perpaduan

Mungin telah beratus kali PAS melalui pimpinannya seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan lain-lain mengeluarkan kenyataan menolak sama sekali perpaduan atas dasar politik namun media UMNO selama itu jugalah terus cuba meyakinkan rakyat bahawa PAS masih lagi mahu melayan permintaan UMNO yang satu ini. PKR dan DAP di peringkat tertinggi parti masing-masing pastinya memahami dan mengetahui akan ketegasan PAS bahawa PAS akan turut serta memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Biarpun UMNO mencuba berkali-kali namun pastinya kegagalan tetap mengunjungi mereka. InsyaAllah, dengan doa dan restu daripada Rakyat yang menyokong dan mendokong perjuangan ini, dan juga keizinan daripada Allah SWT, UMNO-BN akan berjaya dikuburkan dan dimuziumkan namanya oleh Kuasa Rakyat! Suara Rakyat, Suara Keramat!

sunsnake 24072010

PAS Selangor nafi bincang kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno

July 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Julai — PAS Selangor menegaskan ia tidak menjalin kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno walaupun ada pihak mendakwa ketuanya Datuk Dr Hasan Ali telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Mei lalu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Roslan Shahir berkata beliau hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian pemimpin PAS sehingga akhirnya terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

“Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?” kata beliau dalam tulisan blognya.

Katanya, PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor.

“Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan,” katanya.

Malah kata beliau pihaknya telah mengadakan mesyuarat dwimingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana pelbagai isu strategik dibincangkan.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh (Menteri Besar) Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar.

“Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja,” kata Roslan lagi.

Berita Penuh

Maut sebelum sempat jadi bapa - Kekuasaan Allah SWT


Subhanallah..
Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah SWT..
Mat Rempit yang berzina dengan bohsia..
Dapat anak haram.. dibuang..dibunuh..dibakar!!!

Yang Bersungguh-sungguh inginkan anak...
Yang bersusah-payah cari duit.. berkahwin.. dan impikan kehidupan berkeluarga..
disaat-saat akhir sebegini.. Allah SWT menjemput dia..
tanpa disangka-sangka!

Allahuakbar..
Al-Fatihah buat Allahyarham..
Moga dia akan bersama anak dan isterinya di akhirat kelak...

Sesungguhnya.. perancangan Allah SWT adalah yang paling baik buat segala isi alam..
sunsnake 24072010

Lori dipandu terbabas, pemandu bakal jadi bapa maut

July 24, 2010

JELEBU, 24 Julai — Seorang pemandu lori yang bakal menimang anak pertama bulan depan maut apabila lori seberat tiga tan bermuatan batu bata yang dipandunya terbabas ketika menuruni bukit di Kilometer 17, Jalan Bukit Tangga dari Kuala Kelawang menuju ke arah Seremban dekat sini pagi ini.

Anuar Md Noh, 28, terkorban bila lori yang dipandunya "terbang" melintas satu gaung kecil sebelum merempuh lereng bukit itu.

Sepupu kepada Anuar, Samsli Abd Rahman, 45, ketika ditemui Bernama di tempat kejadian berkata, Anuar dari Kampung Petasik baru saja memandu lori itu selama empat hari dan sebelum ini beliau bergerak ke pelusuk tanah air sebagai pemandu lori kontena dan lori tangki.

"Isteri sepupu saya ini sedang sarat mengandung. Sebelum ini selalu gugur dan Anuar memang suka sangat bila dapat tahu bulan depan dia akan jadi bapa," katanya sambil memandang ke arah tompokan darah pada ruang memandu lori itu.

Isteri Anuar berusia 20an adalah kakitangan Hospital Kuala Kelawang.

Berita Penuh

Friday, July 23, 2010

Shafie Pakar BOM UMNO! Kata PAS yang sesat?


Tak sangka pulak UMNO Bahagian Sg Petani yang betul dan tak sesat ni boleh nak meletup!
Sebab kalau ikut kata Ketua UMNO Kedah si Shafie Apdal ni.. Yang sesatnya PAS! bukan UMNO!

Tapi yang heran.. yang bergaduh dalam meeting UMNO! meeting PAS siap berpeluk-peluk sesama sendiri sebelum balik lagi!! Aduyaiii!!

Bodoh tak dapat diempang-empang lagi si Shafie nih!

sunsnake 23072010

Shafie halang Umno Sg Petani 'meletup' 2009

Jul 23, 10 12:44pm

Desakan supaya ketua bahagian Umno Sungai Petani, Ali Yahaya meletak jawatan bukanlah perkara baru kerana ianya hampir "meletup" sewaktu mesyuarat perwakilan bahagian itu pada 2009.
"Dan perkara itu memang diketahui oleh pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Shafie Apdal," kata seorang pemimpin bahagian tersebut kepada Malaysiakini.

Malah, katanya, Shafie yang menasihatkan pihak berkenaan supaya jangan menimbul sebarang kekecohan di mesyuarat perwakilan pada 2009.

Shafie dilantik menerajui Umno Kedah selepas Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008

MCA Kristian - Teman cabar UMNO & PERKASA!


Woi UMNO!
Korang selalu cakap DAP khianat Islam!
PAS dicucuk hidung!

Ni apa cerita?
Teman nak dengor apa kata Mufti Harus disini..
Teman nak dengor apa kata Ibrahim Al Kataki..
Teman nak dengor fatwa baru dari sembab..

Teman nak dengor mamat MCA ni kena maki!!!

errr.. boleh ke UMNO maki MCA?
sunsnake 23072010

Loh: Guru aktif persatuan bukan Islam ditukar

Kementerian pelajaran digesa supaya segera membatalkan arahan yang mengharamkan pembentukan persatuan keagamaan bukan Islam di sekolah kebangsaan.
Anggota jawatankuasa MCA pusat Loh Seng Kok dalam satu sidang akhbar hari berkata isu berkenaan menjadi masalah serius, terutama di sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Katanya, setakat ini hanya persatuan agama Islam sahaja yang disenaraikan dalam satu garis panduan pengurusan ko-kurikulum yang ditetapkan kementerian. Tambahnya, kementerian perlu segera menghentikan interpretasi yang bercanggah dalam melaksanakan dasar ko-kurikulum. Loh turut menggesa supaya layanan adil diberikan, termasuk dengan membenarkan persatuan bukan Islam dimasukkan dalam garis panduan berkenaan. Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila sebuah akhbar bahasa Inggeris pada awal bulan ini melaporkan mengenai pembubaran Persatuan Buddha, Hindhu dan Kristian di Sekolah Tinggi Klang.

UMNO Penang - Gajah dalam Seluar Pun Tak perasan!


Inilah contoh politik merugikan bangsa!
Kalau nak sembang pasal bangsa laaa..
Orang UMNO ni.. Agama runtuh takpe! Jangan bangsa!
Melayu biar ramai.. walaupun tak solat!
Itulah Islam dimata UMNO..

Sibuk nak jatuhkan kerajaan negeri..
Melalak sana.. melalak sini..
Padahal dalam Dun sendiri melayu tak terbela!

Hidup melayu sana.. hidup melayu sini!
Last-last Cukong gak yang diusung!

Hmmm.. patutla 50 tahun UMNO pegang Malaysia..
Melayu makin hancur!!!

sunsnake 23072010

Umno P Pinang gagal lihat 'gajah' depan mata

Jul 23, 10
5:19pm

Apabila ketua pembangkang negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendedahkan penduduk Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dianiaya kerana rumah mereka akan dirobohkan, beliau sebenarnya tidak menyedari yang beliau telah membuka pekung di dada.


Ini kerana pada masa yang sama, pihak berkuasa persekutuan juga melakukan perkara yang sama di kawasan dewan undangan negeri yang diwakilinya iatu di Penaga. Ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa sehubungan itu, menemplak Azhar (kiri) yang juga setiausaha Umno supaya tidak campur tangan hal di Jelutong “sedangkan urusan rumahnya sendiri terabai”.

Katanya, beberapa perkampungan Melayu di kawasan yang dipegang oleh ADUN Umno seperti di Bayan Lepas dan Tasek Gelugor juga menghadapi nasib yang sama tetapi tidak mendapat liputan media. Mujahid, yang juga timbalan ketua PAS negeri berkata beberapa kampung di kawasan Azhar diberikan surat mengosongkan kediaman mereka daripada pihak berkuasa persekutuan dan beliau gagal membantu penduduk kampung berkenaan.

Berita Penuh

UMNO Selangor - Semut kehabisan gula!


Dulu semua orang tahu..
UMNO Selangor adalah antara UMNO terkaya di Malaysia!
UMNO Shah Alam siap ada bangunan sendiri!
UMNO Hulu Selangor pun ada bangunan sendiri di KualaKubu Bharu!

Bak kata Dr. Hassan Ali..
"Malaysia ini kaya, dan Selangor adalah kuncinya!"

So, hidup matipun UMNO WAJIB rampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat!

Dengar cerita, pendapatan satu PBT seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya pun dah melebihi pendapatan kerajaan negeri lain! Fuh!

Kompom meleleh air liur UMNO Ampang Jaya!

jangan PKR, DAP dan PAS pun sama meleleh jugak sudahhh!!
sunsnake 23072010

'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'

Jul 23, 10 4:27pm

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua. Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya. Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.