Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 17, 2010

Daulat Sultan Melaka? Aduyaiii!!

Sultan Melaka Yang Sebenar sedang menurun! Wakakaka!


Wakakakaka!!
Macam ni punya manusia pun ada??
Mengaku sebagai Sultan Melaka??
err.. agak-agak kalau teman bantai mamat ni...
kena tangkap dek Polis tak??
kang jadi macam 'penghina' Sultan Perak pulak kang!

Ayat ni yang best tuh!

“Saya telah menjadi Sultan sejak lima tahun lepas. Tapi tidak dibayar gaji mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,”

“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,”

Aduyaiii!!! Dia sendiri lantik diri jadi Sultan.. dia sendiri nak tak puas hati tak dapat gaji??

oooo..itulah puncanya yang sampai bersungguh mengaku Sultan ni..
Nak cari makan rupanya!! Cheh! Spesis UMNO betul!!!

Tapi ntah-ntah betul tak yang dia ni waris Sultan Melaka??
Hah! Kasi Goyang Khalil Yaakob!! Wakakaka!

sunsnake 17072010

Raja Noor Jan tuntut lagi takhta Kesultanan Melaka

July 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Selepas lima tahun Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah kembali mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan menuntut pengiktirafan Majlis Raja-raja menjelang ulang tahun ke-500 pencerobohan Portugis.

Raja Noor Jan pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005.

“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan (gambar) yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya.

Berita Penuh

Maya Karin - Ada chance teman!!!


Buat Maya Karin.. bersabarlah..
Mungkin ada hikmah disebaliknya...
Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan yang Esa..
Perpisahan pun ditentukan olehNya..

Mungkin selepas ini ada pertemuan lain..
err.. mungkinkah dengan bloggerz dari Kampung Balun?? hik hik hik!

p/s: mungkin jugakkah anak perempuan bekas PM akan terpaksa set GPS balik untuk monitor suaminya!! wakakaka!
sunsnake 17072010

Maya Karin, suaminya sah cerai talak satu

July 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.

Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.

“Maya dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

-Malaysian Insider

Friday, July 16, 2010

Buat "Ustaz" Affandi UMNO Kelantan - Tok Guru dah jawab lama dah!



Naik Minyak - Tabik Spring untuk Najib!



Harga Minyak naik? Kami tak rasa susah pun????


Kami pun sama!!! Peace!!! Hidup Melayu!!!

Rakyat - Gini je sudahnya!!!


Hebat!
Hanya itu yang mampu teman ucapkan buat Najib dan penasihatnya APCO Israel..
Maunye tak hebat!
Tiada siapa pun tahu yang minyak nak naik kecuali mungkin tak sampai 20% rakyat Malaysia!

Di area teman, Bukit Beruntung, mungkin tak sampai 5% yang tahu sehinggalah jam 12 malam tadi sebab waktu teman isi minyak kereta jam 11.50 malam, stesen minyak lengang dan sempat teman tanya awek cashier adakah sepanjang malam tadi ramai orang isi minyak?
"biasa je.." jawab awek tu..

Hmmm.. sangat bijak langkah Najib umumkan lewat malam..

Tak seperti Pak lah yang umumkan jam 4-5 petang.. so sindrom panik sempat melanda rakyat Malaysia yang berkerumun mengerumuni seluruh stesen minyak di Malaysia..
seperti lalat menghurung tahi! Dan itulah level rakyat Malaysia dimata pemimpin-pemimpin UMNO dikala itu!

Nah! Sekarang! buat penyokong & pengundi UMNO yang habis hati menyokong UMNO di PRU lepas hanya kerana dapat RM50,kain pelikat dan tudung bawal..
Renungkanlah balik seikhlas-ikhlasnya.. Berbaloikah semua itu dengan kenaikan ini?
Berbaloikah kamu mendapat RM50 yang tak sempat jadi tahi pun dalam perut!
dengan kesusahan yang bakal kamu alami selepas ini??
Apabila nak berjalan dengan kereta motor pun dah terasa mahalnya petrol!
Nak minum air manis pun dah terasa mahalnya gula!
Nak masak didapur pun dah terasa mahalnya gas masak!
Nak naik bas pun terasa mahalnya tambang hingga tiket naik harga!

Tahniah buat Kerajaan UMNO-BN yang berjaya membodohkan rakyat yang setia mengundi kamu.. Respect habissss!!
sunsnake 16072010

Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik
Jul 16, 10 3:44pm

F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini. Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa. "Memand
angkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu. "Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga. "Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat. Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya. - Bernama

Pelarasan Harga? Rasionalisasi Subsidi?? Barang Naik la tuu!!


Tahniah rakyat Malaysia buat kesekian kalinya ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional!!

Dalam keadaan Pak Lah sehingga kini gagal menerangkan kemana duit yang 'berjaya' diselamatkan ketika menaikkan harga secara 'gila babi' sehingga RM2.70 seliter dahulu, PM Najib pula kelihatan lebih 'berhati perut' apabila hanya menaikkan RM0.05 sen sahaja.. Sahaja?

Kena ingat wehh!! Itu RON 95... bukan RON97..RON97 dah kena ikut harga pasaran!! Kalau naik sampai RM3 seliter.. mampus la korang nak kena bayor.. Last-last guna la jugak minyak kurang kualiti RON95.. biarlah pemimpin-pemimpin UMNO guna RON97, minyak yang berkualiti tinggi..
Mereka pemimpin.. wajib dijulang... cheh!

Sama-sama kita nantikan 'tsunami' kenaikan harga barang dalam seminggu dua ni.. Kompom!
sunsnake 16072010

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
Jul 16, 10 4:50pm

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Berita Penuh

Thursday, July 15, 2010

Wacana - Kisah 2 ekor UMNO yang salah masuk kandang!


Teman memang bercadang nak layan wacana ni..
Malangnya agak bz skit.. tak dapat nak layan.. terlupa pun sebenarnya!

Kejap tadi baru layan..mula-mula rasa mengantuk gak..
tapi bila teman dengor "ustaz' Affendi UMNO ni.. Kalau boleh digelar Ustaz..
Lebih sopan Ustaz Akil hayy lagi walaupun dia bukan background agama.. siap artis lagi!

"Ustaz" Affendi ini seolah-olah Hang Tuah lagaknya!
Sibuk dengan perjuangan melayu dan mengulang-ngulang jasa UMNO!
Ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang dia petik pun.. bukan cakap besor..
teman pun hafal! Sudahlah diselang-seli dengan 'kechek Kelate"!
Langsung tak profesional!!!
Fakta-fakta yang mengarut dan apabila ditanya oleh Prof Agus sumber fakta-fakta tersebut,
ntah apa benda yang dijawabnya..
Akhirnya dia 'jammed' apabila Agus bertanya pasal Koridor Pantai Timor? Wakakakak!
Sengal punya 'ustaz'..

Paling malu apabila Dr. Asri secara tegas membetulkan pemahaman 'ustaz' Affendi ini berkenaan hadis dan surah!!!! Agak marah kelihatan Dr. Asri apabila secara tidak langsung 'ustaz' Affendi mengiayakan fitnah terhadap Ummul Mukminin Siti Aisyah! Wal na'uzubillah!

Lokman Nor Adam? Lagi sengal! Langsung takde hujah!
Sangat biadap apabila menjadi satu-satunya ahli panel yang asyik mencelah giliran ahli panel yang lain terutama apabila YB Mujahid sedang berhujah!
Ironinya, tiada siapa menganggu seekor Lokman ini apabila dia sedang berhujah kerana Agus sendiri memberi soalan keoadanya.. dan dia 'jammed' jugak! Wakakaka!

Tahap kebahalolan seekor Lokman ini sampai ke kemuncak apabila melaungkan 'Take Beer' dihadapan batang hidung Dr Asri sendiri! Bodohnya melayu yang sorang ini..
(melayu ke? macam mamak je teman tengok?)

WAJIB tonton jawapan seekor UMNO ini apabila ditanya oleh orang ramai 'Kenapa Bini PM tak tutup aurat?" kelakar gilerr!! Sampai Dr. Asri pun tergelak dengan kebodohan mamak ini!

Dr. Asri paling malang... tersepit di tengah-tengah 2 ekor UMNO itu!
Hujah-hujah beliau seperti biasa penuh dengan ilmu dan sangat menarik!
Dan jelas, kesatuan Islam sangat dimahukan oleh beliau!
Agak jelas juga Dr Asri menyindir 'Ustaz' Affendi atas sikap 'ustaz' tersebut yang sangat jelas 'Asabiyah' melebihi Islam itu sendiri!
Sempat juga Dr. Asri memerli UMNO dalam kes kematian Allahyarham Adik Aminurrashid..

Kesimpulanya..
Wacana ini sangat ilmiah sekiranya 2 ekor UMNO ini bukan sebagai ahli panel..
Langsung tidak ada wacana daripada 2 ekor ni..
Bukan level mereka duduk sebaris dengan Dr. Asri & Dr. Mujahid...

Patut 2 ekor ini duduk di longkang belakang dewan je wehh!!
Bengap sangat!! wakakakaka!

Ayat penutup Dr. Mujahid paling sempoi.. sewaktu 1 ekor Lokman UMNO mencelah-celah ucapannya..
"Kalau macam ni la gaya mereka, macam mana la agaknya kita nak bersatu!???"
wakakakak! Macam berdebat dengan beruk songkok tinggi!

p/s: terbaru klip video debat ni telah didelete dari youtube.. wakkakaka!!
takut satu dunia tahu kebodohan 2 ekor UMNO ni!

sunsnake 15072010

Layan kat sini...

http://mykelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=719&Itemid=2