Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 3, 2010

Muhyiddin - UMNO alami kecelaruan Perjuangan!


Apa yang teman dapat simpulkan daripada 'stetment' Muhyiddin ini adalah.. UMNO dan parti-parti komponen BN sedang mengalami kecelaruan prinsip perjuangan! Dalam suasana UMNO menuduh PAS kehilangan prinsip, akhirnya UMNO sendiri diakui oleh Muhyiddin sedang mengalami kecelaruan!

Jelas, Muhyiddin merujuk kepada PERKASA yang semakin lantang bersuara kononnya mengakkan hak-hak melayu walaupun hakikatnya 1Malaysia tahu yang PERKASA ini adalah pencacai UMNO!

Bagaimana agaknya BN mahu memainkan retorik 1Malaysia ini secara maksimum? Sedangkan hakikatnya kesemua parti-parti utama mereka adalah politik perkauman semata-mata! UMNO,MIC dan MCA terpaksa bermuka-muka dihadapan pengikut masing-masing sedangkan ketika berada di dalam perjumpaan kepimpinan BN, mereka terpaksa bermuka-muka cara lain pula! Dan yang nyata, melayu yang diperjuangkan oleh UMNO semakin terpinggir! Semua orang tahu!

Sangat berbeza dengan parti-parti didalam Pakatan Rakyat, tidak ada satupun parti yang memperjuangkan bangsa sebagai asas perjuangan. PAS sejak dahulu lagi meletakkan Al-Quran sebagai Perlembagaan parti dan Islam sebagai tonggak perjuangannya, jelas! PKR dan DAP bukanlah parti khas untuk satu bangsa sahaja dan DAP majoritinya adalah berbangsa cina tetapi harus diingat, melayu juga sudah semakin ramai menyertai parti ini.

Kegagalan UMNO memperjuangan bangsa melayu di Malaysia ini sebenarnya telah diduga kerana Islam yang menjadi agama rasmi negara dan bermajoritikan melayu sebagai penganutnya sangat-sangat melarang perjuangan kebangsaan kerana perjuangan seperti itulah yang pasti akan memusnahkan agama! mana mungkin perjuangan bangsa menegakkan Islam? Rujuklah sunnah Rasulullah SAW untuk dijadikan contoh suri teladan yang terbaik!
sunsnake 03072010

Muhyiddin: ‘Umno ibarat kapal lama, tidak bergerak lancar’

July 03, 2010
PUTRAJAYA, 3 Julai — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan ahli parti itu supaya melakukan transformasi politik dengan cepat dan lancar seiring dengan transformasi kerajaan.

Malah kata beliau, kini badan bukan kerajaan yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang dilihatnya sekarang, Umno tidak bergerak lancar, dan keadaan itu agak kritikal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Berita Penuh

Zina - Apabila Tuan Guru bukak mulut!


Mana wanita-wanita UMNO yang beria-ria nak subjek Pendidikan Seks diajar disekolah?
Meh sini belajar dengan orang alim ulama' dulu.. baru bercakap pasal hukum-hakam!

Kalau tak mau jugak meh teman seligi! wakakaka!
sunsnake 03072010

Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi. "Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Berita Penuh

SPR -Benci tapi Rindu pada UMNO


Ni sorang lagi! Nada kononnya macam perli UMNO..
"Tanyalah dia mana dapat nisbah tu?"
cheewaahh bukan main ek lagi ye?
Kena sergah dek Najib, berterabur tulang rosok ko!

Bukan kami tak tau siapa Najib di hati kamu!!!
Marah UMNO konon Pengerusi SPR ni.. padahal.. Benci Tapi Rindu!! chehhh!!
sunsnake 03072010

SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini. "Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Berita Penuh

KDN - 'Cubit-cubit Sayang' pada Suara Perkasa!


Percayalah sangat dengan 'lakonan' KDN ni memanggil Ketua Pengarang akhbar pencacai UMNO 'Suara Perkasa' ni.. Teman terus-terang cakap tak percaya 100% dengan KDN nih!

Ini semua pasal nak tunjuk kat bukan melayu yang kononnya kerajaan UMNO-BN ini tidak berat sebelah! Chaitt!! Sudahlahhh...

Ke kome percaya yang KDN akan ambil tindakan kat Suara Perkasa nih??
aduuhhh!!!
sunsnake 03072010

Sehari di pasaran, Suara Perkasa 'mengadap' KDN

Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA.

Berita Penuh

Go! Go ! Holland! Brazil? Wakakaka!



Hah! hah! hah! Pueh hati teman!
Sepanjang hari kena kutuk dengan member-member opis..
Haaa.. lain kali 'baca' game betul-betul!!
Taktik Tradisi Brazil "Menyerang adalah Pertahanan Paling Baik"
itu kalau dia asyik menyerang.. Kalau dia asyik kena serang??

hahahahah!!! Walaupun Belanda bekas penjajah Melaka..
Teman tetap sokong team bolasepak Belanda!!!

sunsnake 03072010

Dutch advance as Melo suffers

Wesley Sneijder dumped favourites Brazil out of the World Cup as Netherlands finally got the better of their South American nemesis.

But they had to come from behind to avenge their heartbreaking defeats of 1994 and 1998 and book their place in the semi-finals.

Robinho, who had already had an effort ruled out for offside, fired the Brazilians ahead with just ten minutes gone, and the Dutch struggled to cope during the opening 45 minutes.

But Felipe Melo's 53rd-minute own goal gave them fresh impetus and Sneijder won it 22 minutes from time as Melo was dismissed for stamping on Arjen Robben.

However, Netherlands will have to do without both full-back Gregory van der Wiel and midfielder Nigel de Jong for Tuesday's semi-final in Cape Town after both collected second bookings.

Dutch legend Johan Cruyff had claimed dismissively before the game that he would not pay to watch this Brazil team, and if he did stay away from the Nelson Mandela Bay Stadium, he may have been glad he did so at half-time.

Dunga's men may not possess the all flair of their forebears, but they had more than enough to cut Netherlands open almost at will, and the 1-0 lead they enjoyed at half-time was scant reward for their dominance.

Robinho thought he had given the South Americans the lead with just eight minutes gone after Luis Fabiano and Dani Alves combined to carve open the path to goal and he supplied the finish.

An offside flag ended that celebration, but the £32.5 million man did not have to wait too long for a chance to ease his disappointment.

This time, it was defensive midfielder Melo who split the Dutch rearguard wide open with a straight ball down the middle, and Robinho left orange shirts floundering in his wake as he beat keeper Maarten Stekelenburg with consummate ease.

But for Stekelenburg, the game would effectively have been over by the break with the Ajax man pulling off a fine one-handed save to keep out Kaka's curling 31st-minute effort after Robinho and Luis Fabiano had left Netherlands once again chasing shadows down the left.

The keeper was relieved to see full-back Maicon's rasping drive, which bore similarities to Carlos Alberto's stunning strike in 1970, tear into the side-netting in injury time with the Dutch very much up against it.

But they resumed in more determined fashion, and they got their reward within eight minutes of he restart when, after Sneijder had curled a cross hopefully into the penalty area, Julio Cesar and Melo challenged each other and the ball went in off the midfielder's head.

Robben started to cause problems in the wake of the goal, but Alves flashed a long-range effort just wide and Kaka also went close at the other end as Brazil responded.

But it was Netherlands who took the lead with 22 minutes remaining when Kuyt flicked on Robben's corner and Sneijder steered a header into the net.

Melo received his marching orders five minutes later for senselessly stamping on Robben with his side's World Cup dream rapidly unravelling.

Andre Ooijer's last-ditch tackle denied Kaka five minutes from time, and there was no way back for the five-time winners.

Friday, July 2, 2010

KDN lebih tinggi dari Mahkamah!


Felda dah saman Suara Keadilan RM200 juta!
So, betul atau tidak berita "Felda Bangkrap" itu,
Sama-sama kita tunggu.. Walaupun macam dah tahu apa kesudahannya!

Yang KDN lebih sudu dari kuah ni aphal??

Dibantainye Mahkamah isytihar berita itu benar nanti??
Mau KDN pulak kena saman RM200 juta!!!

Wakakakaka.. KDN ni sama je dengan PERKASA.. bangang!
sunsnake 02072010

KDN gantung permit Suara Keadilan
Jul 2, 10 10:58am

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.

Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.

Berita Penuh

Suara Keadilan disaman RM200 juta, PKR tak layan

Felda hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata notis tuntutan saman fitnah itu sudah dihantar kepada PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak, hari ini. “Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi kerosakan reputasi ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilan dalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk 'Felda Bankrap',” katanya.

Notis tuntutan itu difailkan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

"Pihak berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda," katanya.

Berita Penuh