Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 15, 2010

Kalau PR menang PRU 12 hari tu kan senang?


Ada member teman nieh..
Baru-baru ni dok kecoh.. nama dia blacklisted dek imigresen..
Dia perasan pun masa dah kat border... hangin betul dia!!

Rupa-rupanya nama dia blacklisted sebab tak bayar PTPTN..
Aduhhh!!! Jadi pandai pun payah!! Jadi bodoh lagi payah!!

Elok gak jadi macam teman ni haa.. sampai ke menara gading selepas kahwin dan bayar pakai gaji kerja..
Cam dia.. belajar direct dari sekolah.. kena la loan dengan Ahlong PTPTN nih!!

Ayat simple dari teman..
" Tu laaa.. dulu Barisan Alternatif dah manifestokan antaranya PTPTN dimansuhkan! tak ndakk.. pangkah gak la dacing senget tuh!"

senyap je member teman tadik.. maklumlah dia pun agak selalu juga bertengkar dengan teman..
karat biru tu wehhh!! hidup tak la senang sangat.. senang lagi le teman nie rasanya..
lom kawin tapi 'rentung' memanjang!! hahahaha!

Alhamdulillah.. la ni dah pandai tanya-tanya teman pasal PR..
Masa PRK Hulu Selangor hari tu.. sibuk update kat mana ada ceramah dan ada jugak 2-3 kali ceramah yang teman jumpa dia.. ok la tuuu.. pelan-pelan kayuh!!
sunsnake 15062010

PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman

KUALA LIPIS 14 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman menegaskan, pihaknya telah menghantar notis amaran tetapi sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit.

''PTPTN sedia berunding mengenai pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

''Kita belum berhasrat untuk mengambil tindakan yang keras terhadap peminjam terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Waran Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN berjumlah RM270,000 kepada 180 pelajar dalam Parlimen Lipis yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat diploma di sini hari ini.

Berita penuh

Lagi Berudu Telah Menjadi Katak!


Pehh!!! Punya la lama Bhai ni jadi berudu..
Akhirnya hari ini baru berjaya men'transform'kan dirinya menjadi katak yang sebenar..

Kejap je katak ni.. sat lagi jadi umpan taut la dia..
idak pun Zambry buat dia jadi umpan haruan je!!

Tahniah bhai! Tabik Tuan Singh!

Sama-sama kita tunggu apa cerita sebenarnya..

sunsnake 15062010

ADUN Malim Nawar keluar DAP
Jun 15, 10 1:27pm

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

dap perak candidates 230208 keshvinder singh malim nawarKeshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

RM811 juta, direct nego!

Ini direct freekick!


Teman teringat suatu ketika dahulu, company teman nak renovate skit dalaman warehouse..
Ada la dalam RM20k punya projek.. dekat 5-6 kontraktor gak yang datang visit dan bid untuk kontrak tu.. Punya la semangat.. hampir kesemuanya kontraktor bumiputera.

Itu kalau projek tu bernilai 15K keatas.. memang kena open tender..
Bawah RM15k.. baru leh direct nego.. itupun tengok gak..
selalunya kami terus je dengan kontraktor yang sedia ada..
yang terbukti kualiti kerjanya dan ada sejarah yang baik..

Itulah telusnya company 'cap ayam' tempat teman keje la ni..

Bila baca berita bangsat macam kat bawah ni!
terus teman tertanya-tanya..???
Apa cer???
sunsnake 15062010

Kos istana baru RM811 juta, tiada tender terbuka

Jun 14, 10
12:40pm

Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah meningkat dua kai ganda dalam tempoh empat tahun, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Semasa sesi soal-jawab pagi ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta. Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong. Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

Berita Penuh

Gila apa nak resign!!!


Punya la susah bro tu nak dapatkan title yang ada sekarang nie..
Terpaksa buat macam-macam hinggakan mengusung tilam keluar masuk mahkamah 10 tahun lebih dulu!! takkan sonang-sonang nak lotak jawatan syeikh!!

Bagi la chance dia seronok pueh-pueh dulu wehhh!!

Lagipun, Najib lom ada idea sapa yang layak ganti bro nih!!
Banyak rahasyia mau jaga wehhh!!

sunsnake 15062010

Musa Hassan nafi tak akan letak jawatan
Jun 15, 10 9:47am

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam yang mendakwa beliau tidak akan meletakkan jawatan dan akan kekal dalam jawatannya itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman malam semalam, Musa menafikan sekeras-kerasnya laporan terbabit dan berkata tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara bertulis atau pun lisan kepada mana-mana media.

"Malah para wartawan atau wakil media yang hadir dalam sidang akhbar yang diadakan selepas perhimpunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman (semalam) tidak mengemukakan sebarang soalan berkaitan," kata kenyataan itu.

Berita penuh

Radhi Mat Din Ajak turun demo!



hmm.. tunggu Azizol Abu hanifah kata apa plak..
Hari-hari dok nampak dia dok jogging depan umah teman ni petang-petang..
Kena tanya gak nih! huhuhu
sunsnake 15062010

Jangan Rosakkan Masa Depan Pemain Muda Bola Sepak Dengan Gejala Judi

Oleh Suraaya Hulaimi

PENGKALAN CHEPA 14 Jun - Mutu sukan bola sepak negara bakal mengalami kemerosotan yang serius jika judi bola sepak dihalalkan kerana tumpuan rakyat Malaysia akan bertukar daripada aktiviti sukan itu sebagai riadah kepada permainan yang diatur oleh proksi syarikat judi bagi mengaut keuntungan.

Jurulatih bola sepak Kedah, Radhi Mat Din berkata sebagai bekas pemain yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam sukan bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan beliau berasa kecewa dengan sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional yang meluluskan lesen judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi masalah judi haram yang berleluasa di negara ini.

"Bola sepak tidak ada kaitan langsung dengan judi, malangnya sukan ini sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini.

"Ini umpama lain yang sakit lain pula yang diubatnya dan kerajaan sepatutnya mengetatkan pemantauan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membanteras gejala tersebut.

"Bola sepak mempunyai sejarahnya tersendiri, Malaysia pernah dilihat sebagai antara negara yang terkehadapan dari segi mutu permainan satu masa dulu. Kita setaraf dengan Jepun dan Korea, kini kita ketinggalan jika dibandingkan dengan negara tersebut," kata Radhi pada ceramah perdana sempena dengan Muktamar PAS ke-56 di sini Sabtu lalu.

Menurut beliau pada tahun 1996 seramai 126 pemain telah disabitkan dengan kesalahan rasuah bola sepak dan lebih kurang 42 pemain telah didapati bersalah dan dibuangdaerah atas kesalahan terlibat secara langsung dalam skandal rasuah bola sepak negara.

Dikalangan mereka yang terlibat dalam jenayah itu termasuk pemain harapan dunia bola sepak yang bakal menggalas tugas dan tanggungjawab untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Yang menyedihkan lagi hampir keseluruhan skuad pra-Olimpik negara 1996 terlibat dalam jenayah rasuah tersebut.

"Di Malaysia lebih 80 peratus pemain bola adalah anak muda, mereka banyak terdedah kepada judi bola. Tanpa judi bola pun mereka dengan mudah bermain judi melalui internet tanpa kawalan daripada pihak kerajaan, bayangkan apa yang terjadi kepada generasi ini jika judi bola ini dihalalkan oleh kerajaan.

"Justeru itu, jika usia yang masih muda telah terjebak dengan judi maka mereka akan meneruskan sehingga dewasa sehingga menjadi darah daging mereka dan keluarga mereka akhirnya menjadi 'keluarga judi'.

"Saya menyeru agar kita sama-sama turun ke Himpunan 100,000 rakyat Malaysia pada hari Sabtu 3 Julai 2010 di Kuala Lumpur bermula di Masjid Negara dan terus ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan ini.

"Saya dengan ini juga menjemput tokoh-tokoh besar dalam negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai lagi tokoh besar sama-sama turun dalam himpunan nanti," kata beliau lagi.

Wajah Tenang Seorang Pejuang Islam!





Wajah tenang Seorang Pejuang Islam Tulen..
Kini mengembara seorang diri setelah menginfa'kan seluruh kehidupannya kepada perjuangan mendaulatkan Kalimah Allah SWT!
Ya Allah.. Ampunilah dosanya dan terimalah amalannya!

Masih teringat lagi teman mencium tangannya sewaktu bersalam di Hulu Selangor beberapa bulan lalu..
Masih segar lagi ucapannya yang seringkali menceritakan betapa sukarnya perjuangan PAS diwaktunya..
Namun aneh! Dia kerap tersenyum ketika menceritakan segala kesulitan itu!

Beberapa kali diulangnya ayat-ayat agar setiap ahli PAS Wajib mempunyai ketabahan yang sangat tinggi didalam mendokongi perjuangan Islam ini..

Dan setiap kali bersalam dengan anak muda, pastinya riak berbangga dengan ramainya anak muda kedengaran dari mulut Almarhum. Jelas Almarhum seronok dan bangga dengan penyertaan anak-anak muda di dalam perjuangan Islam ini.
Dan dalam keadaan tergesa-gesa Almarhum menamatkan ucapan kerana waktu Maghrib sudah tiba!

Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan perjuangannya, mengampuni segala dosa-dosanya dan memberikan kekuatan buat keluarga yang ditinggalkannya.

Al-Fatihah!

sunsnake 15062010

sumber gambar - misai merah