Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 28, 2010

Demo Bantah Judi di Bukit Sentosa! [Bergambar]

Demo dimulakan dengan ucapan 'aluan' oleh Ketua Organizer!


Semangat makin membara melihat kemunafikan Kerajaan Malaysia meluluskan judi!


Sepanduk rekaan sendiri dibawa sekali!


Hayati kata-kata di kertas itu! Tepuk dada tanya iman! Jangan tanya UMNO!


Kami juga benci judi tapi apakandaya! Kata-kata najib lebih tinggi dari Al-Quran!- Orang UMNO


Jemaah yang keluar masjid pun turut sama memberikan sokongan..
Ada yang terus joint! Ada yang melihat dari jauh!
Ada yang mengambil gambar.. Ada yang turut sama bertakbir!
teman terperasan beberapa orang UMNO berlalu sambil menjebik muka!
Hmmm.. Seruan telah pun sampai ke telinga mereka..
kelak tika disoal oleh Munkar Nakir jangan kata tak tahu pula!


Mungkinkah sebab kerana Kerajaan Malaysia dah takde duit?
Habis bayar kat APCO?


1Malaysia tolak judi!!!


Bersemangat pengibar Panji itu!!!! Hancur UMNO!


Allahuakbar! Parti Judi ini WAJIB ditolak sejauh-jauhnya!


Tersenyum pejuang ini sambil memegang banner.. Kenapa agaknya?


Hancur! Hancur! hancur Judi! Hancur hancur! hancur UMNO!


Wah! Bro berkopiah hijau pun turut bersemangat! Sat lagi Bukit Aman cari la tu! Wakakaka!



Allahuakbar! InsyaAllah inilah parti yang akan menjulang nama Islam di Malaysia!
Nak harap UMNO.. ghuyyuuppp!!!


Ucapan diteruskan!! Line Clear! SB tak tau rupanya kami nak buat demo!! wakakaka!


Dan terus berlangsung.... tanpa gangguan.. terima Kasih Abang Polis Bukit Sentosa!!!
Kami janji, kami takkan mengadu kat najib atau Musa Hassan!


yang turut hadir memerhatikan..
InsyaAllah kelak mereka akan berada di barisan hadapan pulak!




Ucapan akhir daripada Timbalan Pengarah PAS Zon Bukit Beruntung!





Doa oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Zon Bukit Beruntung




Jumpa Kami di Kuala Lumpur 3 Julai Ini!! InsyaAllah!!


Bertongkat juga turut hadir!! Inilah sunnah orang berjuang!! Syabas cikgu!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
Hancur! Hancur! Hancur Judi!
Tumbang! Tumbang! Tumbang UMNO!
Sokong! Sokong! Sokong Islam!

sunsnake 28052010

Rokok 14 Batang- Lugi looo!!


Hahahaha!!
Begitulah lemahnya Kerajaan Malaysia yang ada sekarang..
Nak banteras judi haram.. memang tak mampu..
so, cara paling senang (baca menguntungkan UMNO)..
Halalkan aje.. so, untung dapat dan boleh guna Polis untuk jadi pencacai Berjaya Group!
Kononnya untuk membanteras perjudian haram! Tuihh!!

La ni.. Nak haramkan rokok 14 batang pulak..
isshhh!! Lugi looo!! Rokok 14 batang ni favourite budak-budak sekolah!
Seiring dengan 'kepesatan' jumlah budak-budak sekolah yang mula menghisap rokok..
Sangat-sangat rugi la kalau budak-budak ni mula mencari rokok seludup!

Untuk pengetahuan semua.. Rokok 14 batang ni..
pilihan utama sebahagian besar golongan perokok..
Especially golongan perokok yang berpendapatan sederhana..
Mat-mat kilang, mat-mat rempit, mat-mat despatch, mat-mat bola, mat-mat lepak..
Jarang sangat la puak-puak ni beli Rokok 20 batang! awal bulan jee..

Lagipun Rokok 14 ni sedap sikit dari Rokok 20... betul!
Macam mana teman tahu? hmmm.. teman pun sama jugak!!
aduhhhh!!!

sunsnake 28052010

Kerajaan gagal haram jualan rokok 14 batang
Mei 27, 10 7:43pm

Pengharaman penjualan rokok 14 batang gagal dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini dengan alasan kementerian kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik Bernama berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini. "Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

Berita Penuh

Kedai-kedai Judi Sport Toto, Awas!

Elok sangat la macam ni..
at least ada lah usaha-usaha serius daripada Kerajaan PR untuk halang dosa besar ini.. Sebagaimana seriusnya Kerajaan BN mahu melaksanakan dosa besar tersebut!

So, semua kita ini bertanggungjawab membuat laporan kepada PBT masing-masing apabila bermulanya aktiviti haram UMNO-BN ini nanti!

sunsnake 28052010


Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan

Mei 27, 10
6:14pm

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

Berita Penuh

Thursday, May 27, 2010

Mugilan, 'Sumpahan' kaum India yang dizalimi MIC

Penulis melihat krisis yang berlaku dalam MIC ni seolah-olah berulangnya krisis Mahathir-Anwar yang membawa kepada gerakan Reformasi oleh Anwar di era penghujung 90-an dahulu. Cuma kali ini ianya tidak melibatkan sebarang jawatan di Kabinet Malaysia dan ianya berlaku didalam parti MIC yang bukanlah parti terbesar di Malaysia walaupun paling dominan dikalangan bangsa India.

Samy Vellu-Mugilan, dua nama yang secara tiba-tiba mengambil tempat dalam perbualan politik rakyat Malaysia bermula sebelum PRK Hulu Selangor lagi. V. Mugilan yang ketika itu masih menjawat jawatan Timbalan Ketua Ketua Pemuda MIC telah secara tiba-tiba membangkitkan kemurkaan Samy Vellu apabila membuat kenyataan sedia menerima tanggungjawab sebagai calon BN pro UMNO apabila UMNO secara jelas menolak cadangan MIC agar Palanivel dikekalkan sebagai calon. Nah! disinilah sebenarnya bermula 'perang' antara Samy Vellu dan Mugilan ini.

Belumpun sebulan PRK Hulu Selangor berlalu, perang antara dua tokoh ini kembali bersemarak malahan lebih hebat apabila Mugilan secara terbuka meminta Samy Vellu meletakkan jawatan! Dan seperti yang dijangka oleh rakyat Malaysia, dia akhirnya dipecat oleh Samy Vellu dengan menggunakan 'kuasa veto' perbincangan Presiden & Timbalan Presiden MIC. Maka akhirnya peperangan secara rasminya bermula!

V.Mugilan memulakan gendang perang dengan sangat bergaya apabila melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang pada penulis agak menarik dan 'tricky'. Anwar Ibrahim sendiri tidak bertindak melancarkan apa-apa gerakan secara rasmi 'direct' menolak Mahathir Mohamad tetapi anak muda India ini menyerang secara terus batang tubuh Presiden MIC! Sangat hebat dan berani!

Bolehlah kita katakan bahawa ini juga adalah agenda reformasi yang mahu dilaksanakan oleh Mugilan dan para penyokongnya. Jika Gerakan Reformasi pimpinan Anwar Ibrahim mendapat sambutan jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum dan merupakan suatu fenomena yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia terutama warga Lembah Klang, mungkinkah laungan Mugilan ini akan disambut oleh rakyat berbangsa India di negara ini?

Didalam suasana semasa yang menyaksikan betapa politik perkauman semakin dijauhi oleh rakyat Malaysia, penulis merasakan betapa MIC ini telah sampai di penghujung hayatnya. Sepertimana parti Gerakan yang kini 'Hidup Segan Mati Tak mahu', situasi MIC sangat kritikal ditambah pula Parti Islam SeMalaysia(PAS) telah berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang sebahagian besar ahli-ahlinya adalah berbangsa India! PAS setakat ini telah berjaya memecah tembok sempit perkauman dengan menawarkan cara politik yang lebih adil,harmoni dan lebih dinamik berbanding politik sempit UMNO,MCA dan MIC itu sendiri!

Pengalaman penulis berbual dengan beberapa orang ahli DHPP sewaktu majlis perasmian dewan tersebut, jelas mereka sebenarnya telah bertekad untuk membuang MIC jauh-jauh kerana terlalu kecewa dengan pengkhianatan pimpinan parti tersebut terhadap bangsa India di negara ini sekian lama! Dan mereka melihat PAS lebih jujur dan terbuka dalam membuat perancangan dan memastikan hak dan privasi orang India dan agama Hindu di Malaysia. PAS yang membawa mesej Islam dan perundangannya lebih meyakinkan mereka berbanding perjuangan bangsa yang dianjurkan oleh MIC pada mereka!

Pengalaman penulis sewaktu membuat aktiviti ziarah di ladang-ladang didalam kawasan Hulu Selangor juga membuktikan bahawa MIC yang menjadi parti dominan kaum India sejak lepas merdeka benar-benar gagal dan mengkhianati bangsa mereka sendiri. Kesusahan dan kedaifan masyarakat India diluar bandar kadang-kala diluar imaginasi penulis! Tambahan pula kemewahan dan kekayaan pemimpin-pemimpin MIC pula sangat melampau terutama Presidennya sendiri yang kekayaan beliau 'diluar imaginasi' masyarakat daif kaum India di Ladang Escott Hulu Bernam! Sikap dan sifat pimpinan MIC dan Barisan Nasional yang hanya menjadikan rakyat sebagai 'dewa replika' hanya apabila musim Pilihanraya benar-benar telah dapat dibaca dan kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memahami dan 'immune' dengan taktik busuk dan basi UMNO-Barisan Nasional ini.

MIC, sepertimana majoriti rakyat berbangsa Tionghua di Malaysia menolak dengan total Gerakan dan semakin menjauhi MCA, pastinya sedang berhadapan dengan sumpahan rakyat berbangsa India dan kini Mugilan menjadi 'makhluk' yang akan menjadikan impian kaum India melihat MIC terhapus menjadi realiti!

sunsnake 27052010

Layakkah UMNO nak ambik alih Kerajaan Kedah?


Bukan nak menghina lulusan akademik rendah..
teman sendiri pun takat SPM je.. itupun nyaris-nyaris nak jadi Gred 3!

Tapi hakikatnya ilmu itu sangat penting..

err.. Ilmu judi kalau dalam UMNO paling penting!!!
sunsnake 27052010

UMNO:
1. Rawi Abdul Hamid (SPM)
2.Ir. Nawawi Ahmad (Ijazah Kejuteraan)
3.Abu Hassan Sarif (SRP)
4.Ahmad Zaini Japar (SPM)
5.Saad Man (SPM)
6.Syed Sobri Syed Hashim (SPM)
7.Mahdzir Khalid (M.A. Pendidikan)
8.Ahmad Bashah Md Hanipah (SRP)
9.Suraya Yaacob (Ijazah Undang-undang)
10.Ku Rahman Ku Ismail (MBA)
11.Tajuddin Abdullah (SRP)
12.Azmi Che Hussein (Sijil Pendidikan)

PAS:
Speaker: Dr Abd Isa Ismail (PhD Pengajian Islam)
1 YAB Azizan Abdul Razak (Master in Law)
2.Abdul Ghani Ahmad (Master Pengajian Islam)
3.Ahmad Izzat Shauki (Master Pengajian Usuludin)
4.Md Roshidi Osman (Master Pengajian Islam)
5.Dr ismail Salleh (Ijazah Perubatan)
6.Ir Amiruddin Hamzah (Ijazah Kejuteraan)
7.Mohd Nasir Mustafa (Sijil Tinggi Agama)
8.Ir Pahrolrazi Mohd Nawai (Ijazah Kejuteraan)
9.Mohamed Taulan Mat Rasul (Ijazah Undang-undang)
10.Yahaya Abdullah (Ijazah Pengajian Islam)
11.Dr Hamdan Mohamed Khalib (Ijazah Perubatan)

Turun Demo Anti-Judi di Bukit Beruntung esok!

SEMUA DIJEMPUT HADIR KECUALI POLIS YANG NAK HALANG DEMO!

Salam...
Umat Islam area Bukit Beruntung / Bukit Sentosa mahupun kawasan sekitarnya..
WAJIB bagi kamu hadir menyatakan bantahan kepada isu diatas..

Kalau rasa tak suka judi la.. kalau dah suka.. sesuai la dengan fitrah syaitan..
Syaitan memang suka judi... macam Israel laa..
Israel memang galakkan judi walaupun bangsanya tak dibenarkan bermain..
jadi tokey takpe!
UMNO pulak ambik APCO yang Yahudi punya sebagai penasihat..
jadi, apa ada hal bila UMNO luluskan judi?

Adik beradik lain mak lain bapak jela depa tuh!!!


sunsnake 27052010