Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 14, 2010

Judi Bola diluluskan, Hidup Melayu!!!!


Akhbar Melayu Gelapkan Berita Lulus Lesen Judi Bola

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh Umno tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Tindakan Utusan Malaysia dan Berita Harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.

“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat,khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional. Yang tinggal saki bakinya masyarakat Melayu-Islam.

Jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan Umno. Ini sebabnya Umno tidak memberitahu rakyat mengenai lesen perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Kabinet.

"Ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Nizar Jamaluddin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.

“Sebahagian ini, pulangan kepada tabung dana untuk Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya syak inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil rakyat sama ada di peringkat DUN dan sebagainya.

"Saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli Adun dan Ahli Parlimen yang melompat," katanya.

Thursday, May 13, 2010

Al-Fatihah buat Abuyaku... Ustaz Ashaari Muhammad


Teman masih ingat sewaktu kecil di Kampung Balun dulu..
Selalu teman tertunggu-tunggu ketibaan geng-geng berjubah hijau dan putih.
Selalunya budak-budak kecik je.. mungkin dalam darjah 1-6.

Menziarah rumah-kerumah membawa majalah-majalah Islam yang sangat menarik dan bermanfaat! Dan selalunya teman akan direct menge'pow' opah atau atuk untuk membeli majalah mereka. Majalah kegemaran teman 'Al-Ain' hanya RM1 senaskhah rasanya..

Allahuakbar! Teman dibesarkan dengan majalah-majalah Al-Arqam inilah!
Habis baca Al-Ain, teman baca An-Nasihah milik mak sedare teman..
Habis tu baca Al-Mukminah mak teman punya!!

Memang setiap kali ketibaan mereka yakni geng budak-budak berjubah itu datang adalah antara saat yang sangat menggembirakan!

Mungkinkah saat-saat itu akan turut dirasai oleh generasi akan datang?

Selagi UMNO memerintah! silap-silap MUSTAHIL!

Pada teman, UMNO lebih sesat dari Al-Arqam!
Sewaktu teman tinggal di Bandar Country Homes, Rawang, selalu teman ke Pasaraya Ikhwan untuk mendapatkan bekalan makanan basah yang sangat-sangat teman yakini kesuciannya!
Mee kuning, fishball, bihun, sos,kicap,tauhu dan segala aneka barangan makanan buatan Umat Islam yang halalan lagi tayyibah!

Malangnya, dibawah regim Khir Toyo yang diketuai oleh Panglima UMNO Rahman Palil..
Mereka menghumbankan semuanya ke dalam tong sampah!

Anak sulong teman pun nyaris-nyaris tak dilahirkan di Poliklinik Ikhwan, bandar Country Homes..

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad@ Abuya.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya..

Sekurang-kurangnya, arwah banyak berjasa dalam meninggalkan kesan bagaimana Perniagaan bercirikan Islam berfungsi dan berkesan!

Kesilapan Al-Arqam hanyalah apabila Abuya mengatakan bahawa dia akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri! Kalau tak sebut macam tu, kompom!
Al-Arqam ada sampai sekarang!
sunsnake 13052010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

13/05/2010 5:09pm

IPOH - Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang tadi kerana jangkitan paru-paru.

Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini. - Utusan

SMS punya pasal.. sama parti dia suda kena!!


Pehh!! SMS punya pasal terus kena pecat??
Ini parti membela rakyat apekejadahnya ni?

Ayyooo!! Macha?? suda 3 kali kena patuk ular yang sama laaaa..

kasi tukar laaa....
Ini MIC aaa.. Lanun punya parti! Mana ada law?? sumua ikut Kutua jugakkk!!
Betul-betul tua ooo itu Kutuaaa!!

sunsnake 13052010

MIC bukan milik Samy Vellu' - Barathmaniam dipecat

Mei 13, 10 9:41am
Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, Subramaniam V atau yang lebih dikenali sebagai Barathmaniam, yang dipecat semalam berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai pemecatannya daripada parti itu. "Saya masih tidak pasti, Saya akan memikirkannya... saya bukannya pengemis untuk merayu kepada beliau (Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam semalam. Barathmaniam berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya menerusi surat yang diterimanya.
Katanya antara alasan pemecatannya daripada MIC adalah berkaitan dengan satu SMS yang dihantar kepada Samy Vellu (kiri) minggu lalu, antara lain memberitahu presiden parti itu bahawa MIC bukan milik Samy Vellu atau anggota keluarganya. Barathmaniam berkata dengan pemecatan berkenaan, beliau mencatat sejarah dalam parti itu kerana menjadi anggota yang dipecat sebanyak tiga kali sejak menyertai MIC pada 1978. Barathmaniam pertama kali dipecat pada 1984 dan kemudian pada 1994. Beliau mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh beliau menerima surat untuk mengemukakan rayuan kepada MIC. - Bernama

Lepas ni Logo Halal JAKIM di Kedai Nombor Ekor?


Silap-silap lepas ni UMNO minta JAKIM keluarkan logo halal untuk judi dan ditampal di semua kedai-kedai nombor ekor Sport Toto milik Berjaya Group selaku syarikat yang dianugerahkan oleh Kerajaan UMNO sebagai satu-satunya syarikat judi yang di'halal'kan menganjurkan judi World Cup 2010!

sunsnake 13052010


Kerajaan Sekular Pimpinan UMNO Menghalalkan Judi? Al-Quran Mana Yang Mereka Imani?

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 90].


Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu.

Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.

Wahai umat Islam! Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.

Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam. Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [TMQ An Nahl (16): 98]. Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.

Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah.

Judi beri kesan negatif, imej buruk kepada negara dengan majoriti rakyat beragama Islam

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin Umno kerana ia akan memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. “Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, bimbang sekiranya perjudian sukan itu dibenarkan ia akan mempengaruhi generasi muda termasuk pelajar kerana ia adalah sukan nombor satu negara.

Semalam akhbar melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal Jun ini, bertujuan untuk mengelak kegiatan perjudian haram.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.

Harussani berkata, beliau tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia.

Tokoh agama yang juga bekas penasihat agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, pula berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam juga secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan negatif terhadap masyarakat.

Beliau berkata, sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran. Di KOTA BHARU, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementeriannya menyerahkan kepada kebijaksanaan Kementerian Kewangan untuk membuat pertimbangan bagi mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama bola sepak Piala Dunia.

“Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain,” katanya selepas Karnival Bola Sepak Kota Bharu Piala Datuk Fatmi 2010, di Maktab Sultan Ismail di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian 08/05/10

Judi Halal! Judi Haram! Hebatnya 1Malaysia.

Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah sekular 1Malaysia semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini. Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah taukey judi!

Kita ingin mengingatkan para pelakon drama ini seperti Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, agar tidak bersifat “munafik” di dalam isu judi ini. Kamu kononnya memprotes kegiatan judi ini tetapi dalam masa yang sama kamu juga sebahagian dari mereka yang membentuk kerajaan sekular yang membenarkan kedai-kedai nombor ramalan beroperasi dengan mudahnya. Kamu juga terlibat membenarkan operasi kasino di Genting Highlands. Kita juga ingin mengingatkan rakan seperjuangan Dr Mohd Puad Zarkashi sendiri iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang nampaknya agak mesra dengan judi – kamu akan dipertanggungjawabkan atas ‘kemesraan’ kamu dengan judi ketika kamu berhadapan dengan Allah kelak.

Judi adalah haram secara qat’ie– tidak ada ‘judi yang halal, judi yang haram...’

SUMBER - jebbat

Suruhanjaya Pilihanraya - budak suruhan UMNO!

kelihatan Ketua Unit Amal Hulu Selangor turut sama mempertahankan panji Islam
dari diturunkan oleh wakil UMNO-APCO iaitu SPR!


Senyum sinis...
Hanya itu yang mampu teman buat apabila terbaca berita ini di Harakahdaily..

Teringat sewaktu di kempen PRK Hulu Selangor dulu.. macam ni la kesnya..
Cuma kami selaku penggiat politik Islam yang suci dan luhur...
mengikut arahan Pegawai SPR dan menurunkan bendera PAS, lipat-lipat dan simpan elok-elok..

Tak sabar nak tunggu Pakatan Rakyat dirasmikan! Time tu kita pasak bendera kita kat atas kepala pegawai-pegawai SPR yang pencacai UMNO tuh!

sunsnake 13052010

Kecoh bila SPR mahu buang bendera PAS
Harakahdaily

SIBU, 13 Mei: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba membuang lambang dan bendera PAS yang dipasang pada markas parti itu di Sibu menimbulkan kekecohan pagi semalam.

Ia berlaku apabila sekumpulan pegawai SPR itu cuba membuang lambang dan bendera itu dengan alasan PAS tidak terlibat dalam pilihan raya kecil ini.

Para pemimpin dan petugas PAS yang berada di situ bertindak menghalangnya kerana bendera PBB yang juga tidak menyertai pilihan raya ini dipasang di pejabat mereka di Sibu.

Markas PAS terletak di Kampung Hilir Nangka dengan jumlah pengundi majoriti Melayu seramai hampir 5,000 orang.

Antara pemimpin PAS yang ada di situ ketika itu adalah AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Siti Mariah Mahmud dan anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta AJK Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi.


sumber - Harakahdaily

Bantah Judi bola - teman rela jadi pencacai DAP!


Cakap lebih-lebih karang, UMNO kata PAS pencacai DAP!
Masa hari mengundi PRK Hulu Selangor hari tu.. Itulah wirid budak-budak UMNO..
"PAS jilat DAP!!!" "PAS balaci DAP Komunis!!!" "PAS ikut bontot Lim Kit Siang!!!" "Nik Aziz jilat ludah Karpal Singh!!!"

Paling teman ingat masa PRK Kuala Terengganu bila budak-budak rempit UMNO jerit
"PAS bela babi!!!" kat depan teman!!!

Kesian..

tup!tup! DAP bangkang UMNO nak luluskan lesen judi World Cup 2010!!

Takde pulak ada suara-suara UMNO nak bela PAS??

Ke judi jadi halal bila Najib setuju dengan judi?

Macam teman kabo awal-awal tadi laa.. Cakap lebih-lebih karang lain jadinya!!

Dalam isu membantah lesen judi dihalalkan oleh UMNO, teman rela jadi pencacai DAP!
Daripada sokong UMNO yang Islam tetapi munafik!
Mahu menghalalkan lesen judi??

Apa lagi isu terbesar yang ditunggu oleh UMNO untuk keluar parti munafik ini??
sunsnake 13052010

Judi bola sepak: PAS, PKR DAP bantah keras
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.

Umno undur ke belakang - PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan.

Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.

Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.


berita penuh