Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 13, 2010

Saiful Bukhari - Makin hari makin merapu!

Dari segi Islam.. Merapu pasal mandi junub!
Dari segi Kes... Merapu sampai tahap dah banyak nama-nama yang tidak diketahui dah dipetik!
Macam nak kantoi!

Teman yakin, pengarah/pencipta skrip 'drama' Liwat 2 ni tak tido malam memikirkan macam mana nak pusing-pusing kes!!

Hmmm.. rakyat semakin dapat jelas melihat betapa nasib UMNO kini betul-betul di bontot Saiful!

sunsnake 03052010

Saiful bilas selepas diliwat untuk simpan bukti

Mei 13, 10
11:53am

Saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat.

Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah.

Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.

berita penuh

Jom turun demo esok!

Pemuda PAS demo bantah konsert, lesen judi

Mei 13, 10
12:52pm

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) akan menganjurkan demontrasi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar Pitbull.

Pemangku ketua Pemuda PAS WP, Herman Shamsudeen berkata, demonstari itu akan diadakan esok bertempat Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Menurutnya, perhimpunan itu akan turut disertai oleh Setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Exco Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Herman berkata, pihaknya tidak memohon permit kerana berhasrat berhimpun secara aman untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan itu.

berita penuh

Saiful Bukhari manusia hebat!




Teman giler respect kat Saiful nih!
Dia 'nobody' sebenarnya dalam dunia politik negara sebelum dia muncul mengaku anusnya telah di'telusuri'!

Tetapi dalam keadaan dia tidak dikenali itulah dia mampu menguruskan dirinya mahupun berusaha menghubungi pelbagai jenis VIP yang sangat-sangat hebat! Teman cuba membayangkan bagaimana usaha si Saiful ini mahu berjumpa Najib Tun Razak!! Seorang Timbalan Perdana menteri ketika itu! Kalau Najib ini hidupnya macam Tuan Guru Nik Aziz lain laa... memang mudah nak jumpa.. cari sahaja di Masjid di Pulau Melaka tuh! Tapi ini Najib Tun Razak!! bukannya boleh jumpa di Masjid Negara tiap-tiap kali Subuh! Wallahua'lam laa.. kot-kot dia ada! teman pun tak pernah solat Subuh di Masjid Negara! Masjid Bukit Sentosa selalu la!

Teman juga cuba membayangkan setelah dia berjumpa dengan pelbagai VVIP sebelum 26 Jun 2008 seperti Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor, dia merelakan dirinya diliwat pada 26 Jun 2008 dan setelah diliwat, mengadu kepada Ezam Mohd Nor pada 27 Jun 2008??

Selepas mengadu kepada Najib Tun Razak, kepada Pegawai tinggi Polis, pun masih merelakan dirinya diliwat? Subhanallah!! Hebat sungguh manusia ini!! hebat! Hebat!

Yang teman nampak kes ini semakin menjauh daripada DS Anwar Ibrahim, isu semakin tertumpu kepada Saiful dan persekitarannya! Rakyat Malaysia yang waras dan cerdik politik semakin nampak dan jelas melihat DS Anwar Ibrahim semakin terkeluar daripada kes ini kerana semakin hari semakin tidak logik segala apa yang keluar daripada mulut si Saiful ini!
Sama ada mulut atas mahupun mulut bawahnya!
sunsnake 13052010

Saiful: Najib terkejut dengan pendedahan saya

Mei 12, 10
1:56pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008. Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.
Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Cina MCA & India MIC, tarak nampak lagi ka??


Dey Tambi MIC! Ayyoo Apek MCA!!
Tara nampak lagi kaaa??
Tara kesan lagi ka??

Ini UMNO, mau potong lu orang punya kapla!
Ini pemimpin MIC sama MCA suda berlakon daripada merdeka sampai sekarang woo!!

MIC sembelih India, MCA sembelih cina...
UMNO sembelih melayu!!

Ini 3 parti aaaa.. suka laga-laga sama kita..
Kasi kita gaduh-gaduh.. belakang.. ini tiga-tiga parti punya pemimpin..
Kaya sama-sama!!!
Menteri UMNO kaya-raya!
Menteri MCA kaya-raya
Menteri MIC laaagi kaya serupa Samy Vellu!!

Sudahlah apek, ah so, ann ne, ayya...
Mari la sama-sama tinggal itu MCA.. MIC.. Barisan Nasional!!

Itu semua karut punya parti!!!
Kasi susah kita punya hidup..
Kasi susah nanti kita punya anak hidup!
Kasi susah nanti kita punya anak punya anak hidup!!!

ayyyooooyoooo kaarreewwaallleee!
sunsnake 13052010

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' ditangguh

Mei 12, 10
4:04pm

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.


Pengerusi
Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi. Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.

berita penuh

Fuh! Berdebar nak tunggu habis game lawan raket nih!



Fuh! Akhirnya layak jugak Malaysia ke Semi-Final Piala Thomas 2010..
Setelah berhempas pulas menentang Denmark yang pada teman sama kuat dengan Malaysia!

Walaupun Wong Choon Han dan satu bergu Malaysia tewas, tapi teman salute dengan semangat mereka! Bagi Choon Han, dah tiba masanya Malaysia menggantikannya dengan pemain baru yang lebih bertenaga dan dinamik! Jelas perbezaan usia antara dia dan pemain Denmark itu membezakan corak permainan..

Semi-Final, jumpa China!.. Fuh!
Berdebar lagi sekalikk!!

errr... peluang di semi? hmmm.. peritnya nak berkata benar!!
sunsnake 13052010

ps: cuti la borak politik 2-3 hari nih! gelak dengar kenyataan bangang,bodoh lagi membodohkan Saiful Bukhari dalam mahkamah tak abis lagi!!

Steadylah Karpal Singh!! Ko memang kawan-kawan!!

Tuesday, May 11, 2010

Tok Mufti Perak!!! Tolongggg!!!

Ini rupanya pitbull.. baru teman tau! yang jantan tuhhh!!

Tok mufti Perak.....komen?

yang rajin dan berminat dengan konsert-konser maksiat ni pun bukan orang lain..
geng puteri UMNO jugeeee!!

p/s: hal judi world cup hari tu pun still takde khabar berita dari tok mufti nih!
Dah gi umrah kot???

sunsnake 11052010

PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
Mei 11, 10 1:56pm

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull. Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert". "Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi. "Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya dalam Harakahdaily.net.