Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 8, 2010

Sorry abang Polis, wa tersilap sapu!

Wakakakakaka!
Memang kelakar la pulak si perembat kereta nih!
Boleh pulak dia pulangkan balik kereta Ketua Polis Selangor dalam keadaan baik!
Siap buat nota lagi tuh!

Wakakakakaka! Memalukan Persatuan Pencuri-pencuri kereta betula laaa!!

Apa pun.. jelas ada sinar 'keinsafan' dalam diri mereka... hahahaha!

sunsnake 08052010

Kereta ketua polis S'gor yang dicuri dijumpai
Mei 8, 10 10:46am
Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.

Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: "Sorry PDRM tesilap sapu."

berita penuh

Parlimen Britain bakal jadi Dun Perak?

Bro Brown, susah-susah ko heret je Speaker Parlimen Britain tuh!! Tiru UMNO!


Wah! Ini sangat menarik!
Kalau benar-benar terjadi silap-silap terpaksa la PM Britain si Gordon Brown tu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan peguam UMNO si Hasfanizam Harun tuh! Mamat lawyer ni memang terbukti terror bab-bab rompakan di dewan mulia nih!

Kalau tak boleh jalan gak, elok PM Britain ni tanya dengan pelakon utamanya si Zambry Kader. Haaa.. mungkin boleh dapat tips cara-cara menslumberkan diri apabila dimaki dan dikutuk.. cara-cara membuat muka tak bersalah gitu!

Last option, elok la jumpa SI Pengarahnya Najib Tun Razak! Kompom! Setel masalah!!!

Tapi mau ke Queen Elizabeth tiru stail Raja Gopal Malaysia nih??
Tergamak ke wanita itu?

sunsnake 08052010

Pilihan Raya Britain: Parlimen Tergantung Sejak 36 Tahun

22 Jamadil Awal 1431H.

LONDON: Parti Konservatif sehingga kini masih mendahului bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum Britain tetapi gagal menyisihkan Perdana Menteri Gordon Brown daripada Parti Buruh.

Bagaimanapun pemimpin Konservatif, David Cameron menegaskan Brown telah hilang mandat untuk mentadbir.

Keputusan tidak rasmi dan tinjauan menunjukkan Konservatif berpotensi memenangi 305 kerusi.

Angka itu masih kurang sebanyak 21 kerusi daripada jumlah majoriti sebanyak 326 kerusi daripada 650 kerusi dalam Parlimen.

Sementara sekutu-sekutu Brown membayangkan parti Buruh akan berusaha mengekalkan kuasa dengan pakatan bersama Parti Demokrat Liberal.

Jumlah majoriti itu terdiri daripada 255 kerusi untuk Parti Buruh dan 61 kerusi (Parti Demokrat Liberal).

Ini akan menyebabkan Parlimen tergantung iaitu tidak ada parti mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian yang merupakan kali pertama berlaku sejak tahun 1974 dan mampu mencetuskan perebutan kuasa di negara ini.

berita penuh

Apa sangat la Dato' Lee Chong Wei tuuu?


Sempena demam Piala Thomas yang akan bermula ahad ni..
Teman siarkan balik kisah benar yang berlaku terhadap diri teman..
Tolong la baca sampai habis.. Fahami dan hayatinya..
Kerana.. "Jika kalian menjadi aku, aku yakin kalian mengerti"-Jibam

semoga pasukan Malaysia mampu membuat kejutan kali ini di halaman sendiri!
Malaysia Boleh!
sunsnake 08052010

Kalaulah Raket itu tak hilang...


Memang tak sabar teman nak joint pemilihan pemain badminton sekolah teman..
Sekolah Kebangsaan Balun..
Slim River leee!!! Mane lagikk??

Pagi tadi cikgu dah kabo dah..
petang karang ada 'seleksen'..
sapa nak main badminton untuk sekolah..
leh la datang..
di kepala teman mula la terbayang..
mamat-mamat darjah 6 yang terrer-terrer..
ayi anak aruah ujang..
Un' anak opah peah..
Pali anak khalid itam..
Wan kenit anak mokhtar ulu..

aduhhh!!! macam mana la teman nak fight dengan deme ni..tapi..
walaupun teman baru darjah 5 badan teman saing-saing deme jee..
kalau setakat wen kenit tu tunjang la teman lagi!

Balik-balik sekolah teman terus makan nasi!
Kena tido wehh!! baru la dapat energi nak berbadminton petang karang..

Sebab punya tido sampai mimpi-mimpi! ZZZZZZ
Dalam mimpi tu teman dapat main wakil sekolah!
wehhh!! Main kat dewan tuhh!! ZZZZZZZ
Kat sekolah kat Pekan Slim..
Dewan Sekolah Vokasional tuhhh!!ZZZZZZ
Tak pernah lagi teman merasa main kat dalam dewan!!
pehhhh! ZZZZZZZZZZ

Teman terjaga dah dekat-dekat nak asar!
Fuhh!! sib baik tak terlajak!
Cikgu kata start kul 5 petang..
kat court sekolah..
ni dah 4.30 petang.. Cantekk!!
heh heh heh sempat mandi dulu..

dah 5 petang!! wahh!! masa yang ditunggu-tunggu!
Teman terus sambar stokin,
Sambar kasut sekolah! (mana ada kasut lain dahhh!)
seluar pendek dah pakai!
T-shirt dah sarung! (abibas tuhh!!)
rambut dah minyak! (guna minyak rambut Brilkrim atuk!)
okeh!
Dewan Sekolah Vokasional Slim Riverr!!
Tungguuu!!!
Aku akan bermain disitu sebagai wakil Sekolah Kebangsaan Balun!!!

errrkkk!!! Tapi??
Mana raket?
Teman langsung terlupa nak standby raket!
haduhhh!!

Cari bawah katil... takde!
Cari kot-kot tergantung kat dinding rumah! takde!
Cari kat dalam bilik opah.. takde!
Cari kat dalam bilik air.. Mana la tau ada.. Takde!
Cari kat dapur.. celah gobok.. takde!
Cari kat dalam bilik Makcu.. pun takde!
Cari kat rumah atas... langsung takde!

Arrgghh!! peluk jantan dah menitik nih!
Dahi dah keluar peluh sebijik-bijik nih!!

Mana Raket nih!! Mana Raket nih!!
Raket Charlton tuh!!
Bapak teman beli tahun lepas kat Kedai Cina kat Pekan Slim!

hmm.. pinjam je lah raket budak-budak darjah 6 tuh..

Soorrryyyy!! mati pun takpe!
Janji aku tak harap rete mende deme!
Bior aku tak main takpe!

Yang teman heran..
Opah, Atuk, We, Cu semua kata tak nampak!
Kemana la raket tuh!

Teman tekad..
Selagi teman tak jumpa raket tuh!
teman takkan gi joint seleksen tuh!
lantak laaa!!!!!!!

p/s: kalau la teman jumpa raket tu petang tu.. hmmm
mungkin tiada nama Lee Chong Wei hari ini....
eh eh eh

apa-apa pun.. Tahniah la buat Ah Wei!

sunsnake 16032010

Kerajaan Kelantan sila double check!

Orang miskin ni dimana-mana pun ada..
Dan ianya pasti akan ada.. melainkan semua orang kaya tak culas bayar zakat!
Ataupun Pusat Zakat tak culas cari asnaf!

Minta Kerajaan Kelantan, kalau tak terperasan keluarga ini.. sila ambil tahu segera!
Kalau tak ambik tahu sekarang.. maka jadi UMNO jugaklah kita!
Tunggu mari PRK atau PRU baru nak sibuk-sibuk!

Kalau ini hanya propaganda Utusan pun.. Kerajaan Negeri kena prihatin!
Lantak la propaganda pun.. macam tak kenal Utusan nih!

sunsnake 08052010

Ibu 9 anak di bangsal lembu


Dalam kepayahan yang terpaksa dilalui bersendirian, Rosnani Mamat amat mengharapkan suaminya pulang lebih-lebih lagi anaknya, Mohd. Shabini disahkan oleh doktor menghidap penyakit buah pinggang.


PASIR PUTEH 6 Mei - Apa yang dipanggil rumah buat seorang ibu bersama sembilan orang anaknya berteduh di Kampung Kolam Tembesu di sini hanyalah sebuah bangsal, bekas kandang lembu.

Sudah lima bulan keluarga itu menetap di situ dan mereka tidak mempunyai pilihan lain biarpun terpaksa tinggal bersesak, tanpa kemudahan bekalan air bersih, malam yang diterangi pelita ayam dan basah bila hujan.

Seperti ibu-ibu yang lain, Rosnani Mamat, 38, mengimpikan anak-anaknya tinggal dalam keadaan sempurna tetapi nasib keluarganya tidak sebaik orang lain kerana himpitan kemiskinan dan diburukkan dengan konflik keluarga

berita penuh

Perkeso Perkosa Umat Islam Malaysia!


Oleh Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .
PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .

Untuk maklumat sepenuhnya sila klik di laman berikut: http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Sorang akak malukan segerombolan UMNO takde tel*r



Punya la semangat mamat 'pemuda' UMNO ni berucap depan pejabat PKR..
Berdegar-degar! Bersemangat Sultan!
Macam lah Sultan Selangor tu yang suapkan mulut dia nestum masa dia kecik dulu!
Macamlah Sultan Selangor tu yang nak tolong dia jawab soalan kubur sok!

Gaya mamat UMNO ni bercakap macam dia nak sangat orang-orang dalam pejabat PKR tu dengar!
Alih-alih, bila ada Serikandi PKR yang berani turun dan berhadapan dengan dia..
dan berhujah dengan sangat sinis dan tegas depan dia..
dia suruh akak tu berambus pulak?

Woi bapok!
Kakak tu bercakap tanpa mikrofon pun!
Dia nak berhujah dengan ko la pondan!
Yang ko belum apa-apa dah surrender apahal?
Yang ko gi halau akak tu bukan surrender?

Kalau ko ada tel*r.. ko kena lawan hujah dengan akak tu..
terbukti memang ko takde tel*r! macam mana la bini ko boleh beranak?
Errr.. memang semua pemuda UMNO takde tel*r kan? kan? kan?
sunsnake 08052010