Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 6, 2010

Wakil Pemuda PAS Hulu Selangor akan ke Sibu!


InsyaAllah, Subuh nanti wakil daripada Unit Amal PAS akan berangkat ke Sibu, Sarawak bagi membantu jentera Pilihanraya PAS membantu wakil Pakatan Rakyat dalam PRK Sibu kali ini iaitu DAP.

Sazali Nor Saham, yang juga Pengarah Unit Amal Hulu Selangor merupakan satu-satunya wakil daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor yang berpeluang dan diberi amanah bagi melaksanakan segala gerak kerja dan mengawasi keselamatan atas kapasiti Unit Amal sepanjang kempen di sana kelak.

Beliau dan ahli rombongannya dijangka akan berada di Sibu selama seminggu.

Semoga Allah SWT memberikan kemudahan dan keselamatan buat beliau dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang akan berjuang di sana nanti.

Kami yang 'ter'tinggal akan senantiasa mendoakan segalanya yang terbaik buat para pejuang keadilan dan penentang kezaliman UMNO-BN.

sunsnake 06052010

Pasukan petugas PAS mula tiba di Sibu
Harakahdaily

SIBU, 6 Mei: Gelombang pertama pasukan petugas PAS bagi membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu mula sampai di lapangan terbang Sibu jam 4.30 petang tadi.

Yang mula tiba adalah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Rahim di samping dua lagi petugas (gambar). Malam ini, lapan orang lagi akan tiba ke Sibu.

Menurut Wan Johari Wan Omar, salah seorang petugas PAS itu, kumpulan pertama ini akan berada di Sibu sehingga 10 Mei dan akan disambung oleh petugas yang lain.

Turut tiba bersama beliau di Sibu adalah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Teresa Kok, kata Wan Johari kepada Harakahdaily.


berita penuh

Ahli-ahli UMNO Selangor WAJIB datang Masjid dan Surau!

Selepas ni, ahli-ahli UMNO WAJIB hadir ke surau-surau dan masjid-masjid di kariah masing-masing didalam negeri Selangor bagi menjadi mata dan telinga MAIS & JAIS atau lebih tepatnya menjadi mata dan telinga Dato' Khusrin.

InsyaAllah, selepas ini akan lebih ramai ahli-ahli UMNO akan mula meninggalkan parti reput itu setelah selalu sangat mendengar ceramah,kuliah dan juga khutbah Jumaat di masjid. Semoga mereka cepat mendapat hidayah dan cepat mengeluarkan diri mereka daripada kebinasaan akidah UMNO...

sunsnake 06052010

JAIS tegas banteras ceramah politik di masjid

SHAH ALAM 5 Mei – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan itu diambil hasil mesyuarat MAIS semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.

Beliau yang juga Pengarah JAIS berkata, penguatkuasaan itu akan dilakukan JAIS dari semasa ke semasa dengan kerjasama polis untuk memastikan tiada pihak melanggar titah baginda.

‘‘Kita berharap kerjasama semua pihak supaya tampil membuat aduan sekiranya terdapat khutbah, ceramah dan sebagainya yang berunsurkan politik di dalam masjid di Selangor,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu bagi memudahkan kedua-dua agensi itu bergerak dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus membantu memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.-Utusan

Alang-alang dah Haram, Halalkan saje sudahhh!!


Ayat sebenarnya dalam benak pemimpin-pemimpin UMNO!

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi memastikan keuntungan hasil perjudian tidak terlepas ke tangan orang lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku dan pemimpin-pemimpin UMNO akan melepas untuk mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit hasil perjudian tersebut.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi pemimpin-pemimpin UMNO dengan mendapat untung yang sangat besar atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika ianya akan mendatangkan keuntungan yang sangat besar kepada pemimpin-pemimpin UMNO kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu kerana adalah merugikan pimpinan-pimpinan besar UMNO sekiranya lesen tersebut terlepas ke tangan tokey-tokey judi yang lain.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain kerana jika ianya haram, maka pimpinan UMNO dan kroni tidak akan merasa walau satu sen pun!.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh merugikan pemimpin-pemimpin UMNO kerana inilah hasil yang sangat mustahak dalam merencana dan dana untuk kemenangan parti didalam pilihanraya yang akan datang!"

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah dan ianya diwajibkan melalui pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kemahiran dan kegemaran dalam perjudian," katanya.
sunsnake 06052010

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

sumber - malaysiakini

Mamat UMNO biadap dikesan!

Lokasi kejadian - Hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Hulu Selangor.


Mamat Biadap (UMNO) : Korang kena turunkan khemah ni! Ni salah!

sunsnake (PR) : Ehhh?? Apsal pulak?

UMNO : Arahan SPR tak boleh ada pondok panas la woi!
PR : Ehh?? Ni diluar jarak 50 meter bro! Ko siapa?

UMNO : Peduli hapa aku! ko tunggu.. (sambil menekan2 button handset mahal dia)
(sambil tu mamat biadap ni melambai-lambai Pegawai Polis dari jauh)
Cikkk! Cikk!! Mari sini! (dengan biadap jugak dia panggil Pegawai Polis)
Pegawai Polis tu pun sampai..

UMNO : Ni saya nak cik robohkan pondok bodoh nih!
PR : Tuan, apa salah pondok ni? ini bukan pondok panas.. cuma tempat penyokong berteduh!
Polis : Minta maaf cik, pihak kami cuma diamanahkan menjaga kawasan 50 meter dari pintu masuk sahaja.. pondok ni diluar line SPR ni.. (sambil tunjuk line SPR)

UMNO : Saya tak kira! Kalau cik tak nak robohkan khemah bangsat ni!, saya akan arahkan budak-budak saya robohkan!

PR : kamu jangan kurang ajar dengan Polis! betul Tuan, pondok kami ni diluar jarak 5o meter! malah lebih 10 meter dari line SPR tu!

UMNO : Takpe! Korang tunggu! (siap bagi amaran pada teman & Pegawai Polis sambil masih lagi menekan-nekan handset dan meletakkan ke telinga beberapa kali!)

Ketika ini bangsat-bangsat upahan UMNO menjerit-jerit ROBOH! ROBOH! ROBOH! sambil mengejek-ngejek dan ketawa macam tak ingat mati!
UMNO : Saya nak cik panggil ketua SPR sekolah ni! macam manapun pondok ni wajib kena roboh! Kalau perlu saya panggil budak-budak saya tolong robohkan!

PR : Kalau ko berani buat la! Tuan, apa ni? kurang hajar sangat nih Tuan!

Polis : Sudahlah tu cik (sambil memegang tangan UMNO biadap nih!).. jangan bagi keruh suasana!

Pegawai SPR pun sampai...

SPR : Pondok panas ni kena diturunkan ye? Salah ni... Tak dibenarkan memasang pondok panas...

PR : Tapi ini bukan pondok panas, bukan ada komputer pun, cuma tempat berteduh..
SPR : Ini arahan Ketua SPR.. Saya pun tak boleh buat apa-apa..

PR : Arahan SPR dalam kawasan 50 meter kan? ini di luar kawasan..

UMNO : Puan, nak saya minta anak-anak buah saya robohkan ke? kami takde masalah, sekejap je ni! Kecik punya hal!

........... sakit hati teman nak sambung dialog Kisah benar di hari mengundi ni..

Inilah mamat UMNO Biadap tuh! Si UMNO Bangsat Subang rupanya...

posting pasal UMNO biadap sebelum ini


UMNO bahagian Subang yang diwakili Naib Ketua UMNO Bahagian Subang, Abdul Raof Abdullah, (lima dari kiri) membuat laporan Polis terhadap kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan kuasa-kuasa Sultan yang telah termaktub didalam Perlembagaan Negara Malaysia. 6 Mei - Utusan/AMIN

Maria Ozawa - Jangan sampai ke Malaysia!

Teman harap sangat jangan sampai ke Malaysia!
Tak kenal pun dengan minah jepun cun nih!
tapi kalau googlekan nama dia.. pehhh!! bergoyang ketayap atas kepala!!
wakakakaka!

Wak AlBanjari kompom suka! hahahaah! jangan marah wak!

sunsnake 06052010

Filem kontroversi mula tayangan di Indonesia


JAKARTA - Filem lakonan bintang porno Jepun, Maria Ozawa yang juga dikenali sebagai Miyabi, dijadual mula ditayangkan hari ini selepas Lembaga Sensor Filem (LSF) membenarkan tayangannya.

Produser filem tersebut, Ody Mulya Hidayat dari syarikat Maxima berkata, filem berjudul Menculik Miyabi dikelaskan di bawah bimbingan ibu bapa dan sesuai ditonton oleh remaja.

“Filem tersebut melepasi lembaga penapisan dengan hampir tiada babak dipotong,” kata Ody.

Beliau berkata, tiada babak menggoda dilakonkan Miyabi di dalam filem komedi itu.

Menurutnya, pegawai di lembaga penapisan berjanji membantu mempromosikan filem tersebut.

Rancangan menerbitkan filem itu menimbulkan kemarahan orang ramai tahun lepas.

Kontroversi itu menyebabkan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Muhammad Nuh melarang Ozawa mengunjungi negara itu untuk penggambaran.

sumber - Sinar Harian

Integriti PDRM harus dikembalikan


oleh - Amin Iskandar

4 MEI — Kematian adik Aminulrasyid Amzah yang baru sahaja berumur 14 tahun akibat ditembak oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memilukan hati ramai pihak.

Namun kesedihan orang awam sudah pasti tidak akan dapat menandingi kesedihan yang dialami oleh ibu dan keluarga kepada arwah Aminulrasyid Amzah yang sehingga kini masih lagi tersentak dengan kejadian yang ngeri dan menyayat hati itu.

Jika ahli keluarga kita yang menjadi mangsa kejadian seperti ini, sudah pasti kita akan turut merasakan kesedihan yang sama. Persoalannya ialah, apakah kita mahu menunggu sehingga anggota keluarga kita menjadi mangsa untuk mula melakukan sesuatu?

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menjadi sangat defensif bila dikemukan persoalan mengenai kes ini sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan yang “kebudak-budakan” seperti, “Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.

“Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya.”

Ramai pihak yang terkejut bagaimana kenyataan sebegini boleh keluar dari mulut seorang KPN. Sebagai seorang ketua kepada PDRM, beliau seharusnya lebih berjiwa besar dan memahami kemarahan orang awam terhadap kes seumpama ini.

Satu lagi yang Musa perlu faham ialah kes seumpama ini melangkaui perbezaan politik yang ada di negara ini. Lihatlah bagaimana ahli-ahli politik daripada kedua-dua kerajaan dan pembangkang yang mengecam kejadian ini.

Sudah pasti apabila berlakunya kes seumpama ini, ramai yang akan marah apatah lagi mangsa adalah seorang remaja yang baru sahaja berumur 14 tahun!

Bukankah lebih banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghentikan kenderaan yang dipandu oleh anak muda tersebut selain daripada menembaknya di kepala?

Beliau seharusnya bersyukur oleh kerana orang-orang di Malaysia majoritinya masih bertindak secara rasional dan menunggu siasatan dijalankan terhadap kes ini tanpa melakukan tindakan diluar batasan undang-undang.

Respon Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut memarahi orang awam yang bising mengenai isu ini. Beliau meminta rakyat supaya berlaku adil terhadap anggota PDRM.

Apakah ketidakadilan rakyat terhadap PDRM? Lupakah beliau bahawa walaupun telah benyak kejadian kematian rakyat ditangan anggota PDRM, rakyat masih terus membayar pelbagai cukai agar kerajaan boleh membayar gaji anggota PDRM.

Tambahan lagi rakyat sedikitpun tidak melakukan apa-apa apabila baru-baru ini kerajaan menggunakan wang cukai yang dibayar oleh mereka untuk kenaikan gaji anggota PDRM. Tidak adilkah lagi rakyat kepada PDRM? Bagaimanakah pula dengan keadilan kepada rakyat yang diberikan oleh PDRM?

Seperti biasa, apabila berlaku kejadian seumpama ini, Menteri Dalam Negeri akan memberikan jawapan yang “standard”.

“Satu panel memantau siasatan polis terhadap kes itu akan dibuat, saya beri jaminan lantikan itu nanti akan pertimbangkan mereka yang benar-benar bebas, kita simpati terhadap apa yang berlaku, dalam masa yang sama ianya perlulah melalui proses keadilan,” kata Hishamuddin selepas merasmikan mesyuarat serentak 30 cawangan Umno bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat Raub pada 2 Mei lalu.

Berapa lamakah lagi rakyat perlu menanti agar panel yang bakal atau telah ditubuhkan ini untuk menyelesaikan kes ini? Apakah keluarga adik Aminulrasyid Amzah dan rakyat Malaysia perlu menanti selama bertahun-tahun barulah kes ini dapat diselesaikan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa siasatan terhadap kes pembunuhan adik Aminulrasyid Amzah akan dilakukan secara terbuka dan “no cover up”. Lega hati rakyat mendengar jaminan perdana menteri itu. Akan tetapi bukankah perdana menteri turut memberikan jaminan yang sama apabila Teoh Beng Hock terbunuh dahulu? Sehingga kini kes Teoh Beng Hock masih belum selesai.

Kes-kes seperti ini akan terus berterusan jika masalah pokoknya tidak diselesaikan. Suka atau tidak, integriti PDRM sebagai pasukan yang seharusnya menjaga keselamatan awam perlu dikembalikan.

Salah satu cara yang paling baik untuk menggembalikan kepercayaan rakyat terhadap anggota PDRM ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis atau dalam bahasa inggerisnya di panggil Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC).

Penubuhan IPCMC adalah cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang mana salah seorang anggotanya adalah Tun Hanif Omar yang juga bekas KPN. Suruhanjaya ini telah dilantik sendiri oleh kerajaan Malaysia sewaktu dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi.

Apa kebaikan IPCMC?

IPCMC adalah badan yang berperanan sebagai sebuah badan bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis. Dengan adanya badan seperti IPCMC, anggota-anggota polis tidak boleh lagi bertindak sewenang-wenangnya kerana ada sebuah badan yang mengawasi mereka.

Selain daripada itu, mereka juga akan dikenakan hukuman jika melakukan kesilapan. IPCMC akan membantu PDRM untuk menggembalikan kepercayaan orang awam terhadap institusi tersebut yang semakin hari semakin hilang wibawanya akibat daripada pelbagai kes-kes sumpama kes pembunuhan adik Aminulrasyid Amzah ini.

Kerajaan harus serius untuk membantu menggembalikan integriti PDRM dengan menubuhkan IPCMC. PDRM juga tidak harus melihat badan seperti IPCMC sebagai ancaman kepada mereka sebaliknya IPCMC boleh dijadikan sebagai salah satu sebab kepada anggota-anggota PDRM untuk bekerja dengan lebih baik.

Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar, exco-exco, ahli parlimen dan adun itu sendiri dipantau oleh rakyat dan “ujian penilaian” akan diberikan kepada mereka pada musim pilihanraya.

Jadi apa masalahnya dengan IPCMC untuk mengawasi PDRM?

sumber - themalaysianinsider