Tuesday, April 27, 2010
Luahan Pengalaman Seorang pejuang di PRK Hulu Selangor
Sampai berlubang tuh! Pehh!

Nasib baik berlubang lengan! Kalau berlubang dada! Berlubang kepala! Berlubang pipi! pehhh!!
Baru betul bersuka-ria! Kat dalam tanah laaaa!
sunsnake 27042010
Penjenayah parah ditembak ahli perniagaan
ALOR GAJAH 26 April - Tindakan empat penjenayah 'bersukaria' dengan minum minuman keras selepas memecah masuk banglo mewah milik seorang ahli perniagaan memakan diri apabila seorang daripadanya parah ditembak oleh mangsa.
Lebih malang, penjenayah yang berlubang di tangan kirinya akibat tembakan itu ditinggalkan oleh rakan-rakannya di kawasan hutan kira-kira 250 meter dari tepi jalan di Kilometer 214.2 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara.
Kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi itu berlaku, apabila empat lelaki memecah masuk bilik di tingkat atas banglo terbabit di Simpang Ampat, yang digunakan oleh anak ahli perniagaan terbabit, menantu dan cucunya.
Mendengar bunyi bising dan mengesyaki sesuatu yang buruk sedang berlaku, ahli perniagaan itu, E Lai Choon, 60, yang juga Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, bingkas bangun daripada tidur lalu mencapai senapang patah dari bawah katil.
sumber - melayauBeza Pengundi Cina dan Melayu!

Terkilan sungguh nampaknya pimpinan BN apabila jelas pengundi berbangsa cina di Hulu Selangor menolak calon mereka! Pelbagai faktor diajukan oleh mereka hinggakan bekas PM Tun Mahathir turut sama meluahkan kekecewaannya!
Teman mempunyai pengalaman berbual dengan kontraktor cina yang datang membuat kerja-kerja pembaikan di tempat kerja teman. Melalui perbualan jelas apa yang dimahukan olehnya iaitu suatu kerajaan yang menjamin masa depan anak dan keturunannya.
"Sikalang kita mau cali makan pun susah oh! Macam mana nanti anak sama cucu? lagi mati oh!" "Itu MCA sama BN punya olang sumua kaya-kaya maa.. kita susah punya olang bukan mau duit saja.. kita mau warranty anak cucu semua senang cali makan!"
Nah! itu sebenarnya mesej yang jelas buat pemimpin BN jika tidak mahu dipupuskan oleh mereka!
Majoriti kaum cina sudah tidak yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional. Mereka melihat perubahan sedari Datok Nenek mereka lagi. Sememangnya mungkin mereka merasa ada kesenangan didalam hidup kini tetapi jelas mengikut perkiraan mereka kehidupan dimasa akan datang akan menjadi semakin sukar sesuai dengan banyak tindakan dan polisi Kerajaan Malaysia yang semakin bakal mengundang padah buat generasi selepas ini!
Malangnya sebilangan besar pengundi melayu melihat keuntungan buat diri mereka bukan untuk anak dan cucu. Tidak seperti pengundi cina tadi, pengundi melayu lebih gemar berkata
"alah! undi PR apa dapat? bukan depa boleh bagi duit pun! kurang-kurang Bn bagi gak seratus dua.. jadi la! bukan selalu ada Pilihanraya!"
Teman yakin dialog sebegini akan menjadi popular dikalangan pengundi melayu apabila tiba waktu pilihanraya! Yakin sangat!
Sesungguhnya, budaya 'gila duit' inilah yang telah berjaya hampir melenyapkan melayu Singapura kini apabila melayu yang tinggal di pulau tersebut selepas penyerahan oleh UMNO kepada Lee Kuan Yew adalah kumpulan melayu yang hanya meminta-minta dan menjadi barua kepada yang mampu memberikan mereka duit!
sunsnake 27042010
'Bedah siasat' pengundi Cina sokong pembangkang
KUALA LUMPUR 26 April - Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.
Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut.
''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina.
sumber - melayauIt's 'gaji' time!!
Tukang bagi gaji pun boleh buat muka kerek dan serius sambil menghempas pintu kereta blah!
Hek elehh.. dunia bolehlah ko kerek... dalam kubur sok tau la ko!
sunsnake 27042010





Satu Catatan - Pemuda PAS di Hulu Selangor
Setianya PAS dalam Pakatan Rakyat!
Halangan Perjuangan Anak Muda PAS
Alangkah irihatinya anak-anak muda ini apabila melihat van-van berlogo UMNO Perak lalu-lalang dihadapan mereka dengan membawa beratus-ratus guni beras 10kg dan pelbagai lagi barangan buat pengundi-pengundi di sini. Irihati mereka bukan kerana kemampuan UMNO menyediakan barangan berkenaan, tetapi irihati kepada bagaimana mahu menyampaikan kebenaran Islam yang melebihi nilai barangan tersebut!
Jika ditakdirkan Allah SWT PAS dan Pakatan Rakyat mampu menguasai Malaysia, InsyaAllah kita akan jadi kerajaan yang baik sepertimana telah dibuktikan di beberapa buah negeri ketika ini dan jika tidak, menjadi pembangkang yang baik adalah jauh lebih baik daripada menjadi kerajaan yang gagal dan senantiasa menyalahkan rakyat apabila terbukti gagal!Monday, April 26, 2010
HULU SELANGOR ADALAH 'KOTA UMNO'
Walaupun tidak penuh lapan hari di Hulu Selangor, namun hasil kerja disebahgian tempat dan beberapa tinjauan secara 'play on the field', kami memang terasa kemenagan tidak menyebelahi PR, terutamanya tiga hari sebelum hari mengundi.
Namun, sebagai menjalankan amanah yang bukan sekadar setiap pertempuran mesti di akhiri dengan kegembiraan atas keputusdan manusia, banyak perkara yang harus 'disimpan' dalam beberapa hari sebelum menjelang pilihanraya.
bagi saya dan beberapa sahabat, meyakini bahawa prinsip perjuangan kita bukan pengiktirafan manusia semata-mata.
Maka meneruskan apa yang seharusnya dilakukan tidak terjejas, kerana matlamat utama ialah DASAR parti untuk meninggikan syiar Islam.
Kita sedar, pada 2004 Parliimen ini di tandingi oleh PAS dan mendapat LK 13,000 undi 'solid' Muslim dan sedikit sangat bukan Muslim.
2008 menurut perkiraan kami ia telah naik kepada lebih 15,000 undi Muslim Melayu diterima apabila Allahyarham Dato Zainal bertanding atas tiket PKR/PR.
kami memang sedar 3089 untuk memberikan kemenangan dengan jumlah 23,177 undi yang PR terima melalui DZ adalah 'solid' dari undi penyokong UMNO, Muslim Melayu.
Walau bagimanapun, keadaan tiga-empat hari sebelum mengundi, adalah menjadi suatu 'kemenangan moral' sekiranya Zaid/PKR boleh mencapai LEBIH DARI 15,000 undi. Sekiranya sokongan dari pengundi Tionghua dan India dapat membantu sebagaimana 2008, adalah dianggarkan harus mencapai antara tambahan dibawah 10,000 undi.
Apabila keputusan menunjukan undi Zaid/PKR bukan sahaja meningkat dari PRU12, maka adalah menjelaskan betapa undi 'PENYOKONG TETAP PR MUSLIUM MELAYU tidak berubah dan harus bertambah.
berbanding dengan kekuatan UMNO yang mempunyai 136 cawangan yang ahlinya LK 25,000 orang itu.
INI ADALAH KEMENANGAN MORAL YANG SANGAT BESAR sekalipun secara 'adatnya' PR kalah.
Para pemimpin dan penyokong, khasnya ahli-ahli PAS/PKR Muslim dan kelab penyokong PAS serta DAP PATUT bersyukur kerana, hakikatnya PAS/PKR/DAP telah berjaya menambahkan sokongan rakyat lebih dari jangkaan.
Sebaliknya; UMNO yang harus lebih aib disebabkan TELAH TERBUKTI TIDAK LAGI MENDAPAT SOKONGAN MUSLIM MELAYU di Hulu Selangor.
Merekalah yang harus membuat 'bedah siasat' mengapa tidak mendapat sokongan majoriti MELAYU SEKALIPUN PARTI KEBANGSAAN MELAYU.
Sedangkan 25,000 Melayu di Hulu Selangor adalah ahli UMNO.
UMNO hanya berjaya manarik sokongan semula pengundi UMNO yang berpaling tadah pada 2008 disebabkan mereka adalah penyokong calun PKR dimasa itu termasuk penyokong Mike Tyson. Maka apabila DZ sudah tiada dan Mike Tyson pun bukan siapa-siapa dalam UMNO adalah munasabah mereka bergantung harap kepada Kamalanathannya.
MAKA secara pukal,
UMNO TEWAS SECARA MUTLAK MERAIH UNDI MAJORITI MUSLIM MELAYU DI HULU SELANGOR PADA PRK INI.
Dengan itu,
Muslim Melayu PAS/PKR boleh mengadakan kesyukuran atas kemenangan mengekalkan penyokong berada dalam jemaah sekalipun menghadapi serangan dari berbagai kaedah yang pahit lagi kelat.
TIDAK MENGAIBKAN.
InsyaAllah.
ALLAHU AKBAR.
sumber - TKO







