Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor (87)UMNO-BN kompom menang 25 hb ini!


Kalau ikut majoriti PKR menang dulu 198 undi, tapi dalam kes ini 228 undi akan hilang dari Hulu Selangor! Kalau kita kira secara mudahnya, anggaplah 228 ini undi PKR dahulu, BN dah menang dengan majoriti kecil jugak! Janji dia menang!

SPR oh SPR! Memang laknat ke atas kamu!
sunsnake 19042010

SPR perjelas pemindahan pengundi Kpg Tanjung
Apr 19, 10
4:41pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi 'dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pengarah strategik PKR Tian Chua bahawa atas SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang.

Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.

"Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang," katanya dalam satu sidang media di pejabat tanah daerah Hulu Selangor hari ini.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (86) Pak Saleh! Manusia terhebat di Malaysia!





Apakah kehebatan jantan ini? Adakah kerana kemachoannya? adakah kerana kehitaman bibirnya? Atau adakah kerana ketinggi lampaiannya?

Itu semua anugerah Allah SWT kepadanya..

Yang pasti kehebatannya adalah jarang gagal menghadirkan diri di kebanyakkan sidang media ahli-ahli PKR yang melompat! Baik melompat jadi bebas mahupun melompat masuk BN!

Apakah rahsianya? Pergi "mam" lah dengan rahsia dia ni tapi yang pasti.. mungkin dikalangan yang melompat, dialah yang paling kaya! mau tak kaya? semua percent dia makan maaa!!!
Komisen tuhhhh!!

Apa-apa pun.. buat manusia pengkhianat No.1 ini, kamu tunggu la balasan rakyat kepada kamu nanti.. Barisan Nasional yang kamu serahkan maruah tu tidak akan lama bertahan.., Pasti akan tersungkur di kaki gelombang kebangkitan rakyat Malaysia! Di kala itu.. melompatlah kamu dihadapan kami!
sunsnake 19042010

Dr Halili keluar PKR masuk Umno

Sebaliknya, jelas Dr Halili, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".

Dalam sidang media kira-kira 25 minit itu, Dr Halili bagaimanapun kelihatan sedikit 'gugup' dengan mengabaikan beberapa soalan media, kerap meneguk air dan kerap kali mengambil masa dan berbisik kepada Salehuddin sebelum menjawab soalan.

Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."

Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.

"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (85) Dr. Halili umum keluar PKR masuk UMNO!


Pulak! sebab apa? merajuk tak dipilih jadi calon?
Haaa... sama-sama kita tunggu apa cerita!!!

Actually, teman pun tak berapa kenal Hamba Allah ni..
masa dia jadi calon dulu pun teman dok sibuk di Slim River!

sunsnake 19042010


Dr Halili keluar PKR masuk Umno
Apr 19, 10 11:19am

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

sumber - malaysiakini

PRK Hulu Selangor (84) UMNO repair bumbung flat?


PROJEK TUKAR BUMBUNG DI HULU SELANGOR : SIAPA YANG UNTUNG BESAR?

Kerajaan Pusat BN sedang menukar bumbung pangsapuri-pangsapuri kos rendah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa di Hulu Selangor. Kos yang diperuntukkan menurut Perdana Menteri adalah RM17 juta. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah menukar bumbung bagi 2 blok dengan kos lebih kurang RM400,000 atau RM200,000 setiap blok.

Setelah ditolak 2 blok yang Kerajaan Negeri tukarkan, ada baki 52 blok. Maka jika satu blok RM200,000 maka kos untuk 52 blok adalah RM10.4 juta. Katalah blok-blok itu dicat dan kos mengecat adalah RM40,000 setiap blok maka untuk 52 blok adalah RM2.8 juta. Kalau dicampur kos tukar bumbung dan mengecat maka jumlahnya RM13.2 juta. Ini termasuk keuntungan bagi kontraktor. Tapi peruntukan RM17 juta.

Maka ke mana perginya lebihan RM3.8 juta? Adakah ia untuk pilihanraya kecil P.94? Saya mengalu-alukan projek menukar bumbung ini tetapi janganlah peruntukan disalahguna. Pastikan ia benar-benar untuk rakyat

PRK Hulu Selangor (83) Siri fitnah UMNO semakin menjadi-jadi!

Baru je teman post malam tadi akan kegusaran teman dengan gerak kerja kempen UMNO di Hulu Selangor ni, dah pagi ni menjadi kenyataan!
Laporan daripada beberapa orang sahabat dan mms yang disertakannya jelas UMNO cuba mengelirukan rakyat dengan sebaran cd-cd yang meragukan!

Jelas, walaupun mempunyai kuasa media, UMNO masih lagi gagal meyakini kemampuan mereka sendiri! terpaksa menggunakan cara lama dan tidak profesional!

Semoga Rakyat cerdik daripada tipu daya UMNO ni..

p/s: benda-benda ni ditemui di kawasan Bukit Sentosa@Jalan Teluki.

sunsnake 19042010


PRK Hulu Selangor (82) Gerak kerja BN di Genting Highland?


Ketika ini jam 2.37pg di Bukit Sentosa.. Suhu sejuk.. sebab lepas hujan lebat petang tadi!
Namun ketika hujan itu teman di Hulu Bernam meneruskan agenda perjuangan menuju kemenangan buat rakyat dan masa depan Malaysia..

Mungkin teman akan dibelasah dengan tajuk posting kali ini..
Katalah apa nak kata.. tapi inilah hakikat yang teman nampak..
Jika tak kena gayanya, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR akan kalah Ahad ini..
Dan mungkin dengan majoriti yang besar mahupun mungkin sangat besar!

Kemenangan PKR pada PRU 2008 pada teman bukanlah kemenangan mutlak! Sebelum ini pun teman dah postingkan betapa teman sangat-sangat mencurigai kemampuan PR untuk memenangi sebarang pilihanraya kecil didalam Parlimen 'bertuah' ini!

Jangan terlalu yakin bro!
Dan jangan tertipu dengan kemenangan kita di hari penamaan calon tempoh hari! Kalau nak ikut penamaan calon hari tu, di Bagan Pinang pun kita ramai!

Gerak Kerja BN di Genting Highland?

Dimana-mana pun sekarang ini, teman dapat lihat betapa perlahannya mereka. Ceramah-ceramah ala-kadar, hanya sesekali apabila menggunakan kapasiti Kementerian maka terlihatlah pemimpin-pemimpin mereka. Gerakan rumah-ke rumah sangat perlahan walaupun kadang kala sangat jarang kelihatan. Tinjauan malam teman mendapati puak-puak ni hanya melepak-lepak di restoran mamak, tomyam dan berpeleseran baik puterinya, pemudanya mahupun wanitanya! Malangnya di Hulu Selangor ini tiada tempat yang 'happening' malahan kebanyakkan pekannya akan 'shutdown' selepas jam 12 malam! Mujurlah di Bukit Sentosa, restoran mamaknya banyak dan besar-besar! Jadi bolehlah puak-puak BN ini melepaskan 'lelah' mereka. Memanglah kerja-kerja poster,banner dan billboard mereka di'swastakan' namun usaha petugas-petugas itu sendiri sangat malap! Berbeza sungguh pendekatan mereka kali ini! Ke memang mereka takde orang?

Informer teman bagitau, alang-alang dah sampai Bukit Sentosa ni, apahal pulak tak ke Genting Highland? Lagi sejuk doww!! Puteri pun ramai turun!! Duit pun dah mahsyukk!! Wallaweyy!!

Masalah teman, informer teman inipun la ni ada kat atas genting nuh! Hampeh! dia berpoya-poya tanpa pesan padaku! hanya sms penawar duka!

Apa Gerak kerja Sebenar BN?

Ini adalah satu-satunya keraguan teman yang amat agung buat masa ini!!! Teman yakin sangat-sangat bahawa mereka sedang mengatur suatu strategi yang sangat-sangat membunuh! Baik membunuh semangat mahupun jentera PRK PR! Gerak saraf PR sila ambil perhatian! Jangan lepas ni salahkan orang lain yang kamu tak tahu apa-apa! Ni ada orang dah bagitahu! So? kaji la sendiri? takkan pancing orang dah bagi, ikan pun nak dilambung?

Pointnya ialah Jentera PRK BN slow! Dan mereka memang sangat sangat sangat mahukan kemenangan! Adakah ini logik?
Jika ada yang menjawab "BN akan full swing 2 last days".. so? apa persiapan PR?
masih nak menyalahkan SPR? Media? Polis? Itu semua memang kompnen BN!

Takat ini dulu.. mata dah ngantuk! Tak sabar nak tunggu Jumaat.. layan ceramah 3 katak!

Sebelum tu paham betul-betul maksud Lim Kit Siang kat bawah.. berdasarkan risikan dan underground teman, apa dia kata tu betul dan silap-silap akan jadi kenyataan! Full Stop!

sunsnake 19042010

Kit Siang: Pakatan tak boleh terlampau yakin kekal di Hulu Selangor

Dalam analisis terperincinya, Lim menjelaskan, Barisan Nasional (BN) tewas kerusi Parlimen dengan perbezaan undi tipis tetapi menguasai ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti keseluruhan 6,175 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di DUN Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru masing-masing dengan majoriti 3,548, 2,179, dan 448 undi.


Justeru, Lim persoal mengapa majoriti 6,175 undi BN membabitkan ketiga-tiga DUN itu terbalik berbanding kelebihan 198 undi diperoleh oleh Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad.


“Undi peringkat Parlimen bagi PKR (23,388) hanya lebih 54 undi berbanding yang diperoleh calon-calon Pakatan Rakyat bagi tiga kawasan DUN (23,334),” katanya.


Beliau berkata ketika pilihan raya umum Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel memperoleh 23,190 undi, di mana kurang 6,320 undi berbanding keseluruhan 29,510 undi yang diperoleh ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari BN.


“Jelas lebih 6,200 pengundi memberikan undi kepada BN di peringkat Dewan Undangan Negeri, dan tidak mengundi untuk Palanivel. Apa yang signifikan ialah lebih 6,200 undi tidak pergi kepada Pakatan Rakyat,” katanya.


“Ke mana perginya lebih 6,200 undi ini?” kata beliau.


“Jika 2,000 atau 3,000 pengundi keluar mengundi untuk BN pads 25 April ini, BN boleh menang,” katanya.


Oleh itu kata Lim, kesemua pemimpin PKR, PAS dan DAP, dan mereka yang berkempen untuk Pakatan Rakyat harus sedar bahawa pihaknya boleh pasti akan mencapai kemenangan muktamad Ahad ini.


Dalam analisis itu Lim menambah, BN hanya tewas di Hulu Selangor dua tahun lalu kerana pengundi tidak gembira dengan calon yang diturunkan, bukannya tiket yang dia tanding.


berita penuh